10 Q WITH 1000 SMILES

Sunday, 12 February 2012

Whitney Houstan...dah tak derr!

Semalam saya ke Sogo, carik wedding gift utk kawan opis...Pn Murniwati...sorry Murni, kami terlewat bagik adiah...tapi tak pe masih dalam mood Honeymoon ekkk!

Dua anak pompuan sekolah ...3 anak lelaki...mahu rilex kat umah..maka mama korang jalan solo ke kolumpo!Tempat lepak terbaek..utk saya pegi mestilah Sogo..walau tak shopping..jamu matapun jadik lah..

Tempat feveret..mestilah tempat handbag...belek sana belek sini..Tetiba teringat..kat kawan saya yang sorang ni..

Ring.... ring...call my kawan..kalo2 dia free....yezzzz!

Cantekkk! Dalam masa setengah jam.. dia tiba, kami lepaks sat kat Redbox..ngan forever sahabat..Cik Teng, loyar dari Penang. Dah lama tak berkaroeke dgnnya..agak2 dalam setahun lebih kot...

Pilih- pilih lagu...termasuk lagu penyanyi feveret kami Si Whitney Houstan. Teringat Pilem BODYGUARD lakonannya yang kami tengok di zaman kampus dan lagu2nya yang memang best forever evergreen di hati kami.Dalam hati saya tertanya gimanalah keadaan Si Whitney ni lani..masih dibelenggu masalah dadah lagik ker...

Abis lepaks kami sambung sembang...sat..bercerita tentang kerja dan diri masing2.. Mengimbau kisah lama..dan saya minta diri utk balik umah..

Tangahari ni..sedang dok kemas bag Mr Hubby yg nak outstation, tetiba dengar news from TV3 Si Whitney udah menghembuskan nafasnya yang terakhir...terjawab jugek persoalan saya semalam...

Hmmmm...begitulah hidup kita..tak ada yang kekal kecuali Sang Pencipta!

Thursday, 9 February 2012

RONDA-RONDA KE SINGAPURA

Dah makan...maka yokk jalan lagik. Kami nak menapak ke masjid tertua di Singapura. Kedudukan masjid ni cuma berhadapan aje dengan Restoren Zam-Zam tempat kami singgah makan tengahari.


Manakala ...Arab Street yang jugek berjiran dengan Kg Glam ni adalah pusat masyarakat Muslim di mana kat sini dahulu merupakan tempat penjualan utama kitab suci Al’Quran, sejadah dan tekstil tapi kini ia lebih menjadi tumpuan kepada penggemar tekstil.

Kami ke sini hari Ahad, kebanyakan kedai tutup. Tapi tak pe lah sebab tak bercadangpun nak beli kain ela.

Maka ...stori kami cuma berkisar dipersekitaran masjid ini ajelah.


Nama masjid ni ialah The Sultan Mosque atau Masjid Sultan.Terletak di kawasan Kampung Glam.

Pembinaan masjid ini dikatakan bermula pada tahun 1924 dan siap sepenuhnya pada tahun 1928. Lani tahun 2012, maka usia masjid ini adalah sekitar 88 tahun.





Kerajaan Singapura telah mengisytiharkan masjid ini sebagai monumen kebangsaan pada 14 Mac 1975.


Mempunyai ciri2 gabungan rekacipta Melayu-Arab..dengan gabungan menara dan kayu ukiran yang membentuk birai di bahagian bumbung masjid.


Bersih terjaga dan ia turut menjadi tumpuan pelancung untuk menyinggah dan juga para muslim dan muslimat menunaikan solat.




Saya tidak melepaskan peluang untuk melihat dipersekitaran...


Tempat wuduk bagi para Muslim terletak bersebelahan tangga di sini...


Lihat ...sliding door dan begitu juge daun2 pintu yang ada kat masjid ni ..semuanya menggunakan material dari kayu...dan jadual waktu solat dipamirkan bagi kemudahan jemaah.



Di bahagian luar...diadakan sedikit ruang pamiran menceritakan tehtang sejarah dan perihal masjid ini tentunya.



Dewan solat



Dan bagi jemaah wanita, disediakan sedikit ruang bagi mengerjakan ibadat solat di sini tanpa perlu menapak ke ruang solat sebenar yang disediakan di tingkat atas.



Mereka seperti kami sibuk mengambil gambar...



Kami kemudian melilau sekejap di kawasan yang berhadapan dengan masjid. Maaf kerana saya tidak pasti apa yang mereka panggil kawasan ni.


Melihat deretan lama kedai2 kat sini mengingatkan saya kepada deretan kedai2 lama di sepanjang Jalan TAR dan Chow Kit di Kuala Lumpur.


Tatkala bangunan kita menunggu saat utk rebah atau dihuni “sang hantu penanggal” atau cubaan meruntuhkan bangunan lama utk digantikan dengan bangunan baru yang moden, mereka seboleh mungkin masih cuba utk mengekalkan bangunan zaman penjajah ni . Di solek dengan pelbagai cat. Tapi itulah..kalau dah nama bangunan lama nan usang akan tetap kelihatan “kerepot”nya di sana sini walau dah di cucuk botox!!!

Walaubagaimanapun, perlu diingat...credit perlu diberikan kerana mereka masih sudi mengekalkan bangunan bersejarah dan tidak dilupakan di celah arus pemodenan!


Sepi tanpa pengunjung...

Saya lebih tertarik dengan suasana membeli belah di Aked, Jalan Tuanku Abd Rahman; di Tangkak, Johor atau Nilai, Negeri 9 berbanding sini..

Juga terdapat Malay art Gallery yang menempatkan beberapa barangan kraf tangan.



Booth ..yang punyai sentuhan dan kelibat seni Arab..


Kami cuma melhat tanpa membuat sebarang belian. Di sini kebanyakan peniaga adalah muslim.


Kedai buku pun ada..


Balai Seni Melayu..Saya tidak pasti selama mana bisnes mereka boleh bertahan di sini!



Hmmm..terdapat juge jualan pelbagai pilihan jamu..

dan... ada jugek B&B bagi mereka yang menginginkan suasana percutian bajet!

Saya mengambil kesempatan untuk berehat ..melepaskan penat buat seketika. Terfikir sejenak, adakah anak cucu bangsa Melayu saya akan jadik begini suatu masa nanti, sekadar menjadi picisan sejarah buat pamiran dalam arus pemodenan?

Tetiba teringat bait2 lagu nyanyian ND Lala...

Lagu Rumah Kita -ND Lala

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...
Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...
Baru tentu hala tujunya,

Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata!

Tuesday, 7 February 2012

JALAN-JALAN KE SINGAPURA

Kami cuma punya masa 2 hari 1 malam aje untuk merendut ke Singapura. Banyak tempat yang kami nak pergi ni...Yang pasti jadual kami tentunya...tersangatlah padat. Harap2 ...kaki dan badan dapat bertahan..keh..keh...



See the word..Tanah Merah..wah...kampung ku di Kelantan rupanya ada adik kembar kat Lion City ni rupa2nya..

Seperti yang saya nyatakan pada entry kami yang lepas . Kami berjalan mengikut rasa hati. Berenti bila penat, makan kalo lapar. No urgency....santai dan bersahaja. Semuanya menggunakan kemudahan tren yang sangat efisen...




Kalo kat Kolumpu ...haram tak akan bergambar punyalah dalam tren gini gaye..tapi entah lah ye..bila kat tempat org...perlu lah pulak bergambar ...hmmm..nak endorsed lah trenmu itu pernah ku naiki..gitew!



Pening tak nak guna MRT/LRT?

Kalau kita biasa guna LRT kat KL, ni maka tak lah susah sangat nak guna MRT/LRT kat Singapore. Cuma pastikan peta laluan MRT tu sentiasa ada ditangan kerana kat sini depa ada 4 lane yang dibezakan dengan warna. Gerenti tak do sesat punyalah. Cuma kalau korang yang jenis lemah kepala lutut dan sering dilanda penyakit “otak sengal” ……sendiri mahu ingatlah..sebab kat mana2 ponnn…kalau kita menggunakan kenderaan awam sebagai “kenderaan rasmi”, stamina dan minda mesti stabil..beb!

Jadik …ke mana hala kami dalam tempoh dua ari kat Singapore ni. Anak tak bawak, masa terhad maka tak adolah kami merayau ke tempat2 glam cam Marina Bay, Universal Studio, Sentosa Island ataupun ke Zoo Malam. Kami nak jelajah tempat biasa2 yang tak perlukan entrance fee+membuat sedikit shopping mopping barangan cenderamata+cuci mata, nak survey , nak ngumpat dan nak komen sana sini!
Yok..ikut kami! Sebelum tu …beli mineral water dulu…saja buat penghilang dahaga. Arga utk botol besar dalam $2.00 @RM5.00 kalau convert ke Ringgit.

Soooooo…. Moral of the story..Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ..negeri sendiri lagik baekkk!!! I luv my country , MALAYSIA!!!




Kami memulakan perjalanan ke arah Bugis Street.



Dari Bugis Street MRT station kita akan jumpo satu shopping complex @ BUGIS JUNCTION MALL. Dibina di tempat  asal kawasan membeli belah once upon a time.



Hari ni cuti krismas ....harap2 masih ada org yang berniaga...kalau tak kami akan sekadar menatap pintu kedai...la nampak gayanya.


Siap ada jangkasuhu nak ukur...suhu


Ini dipersekitaran booth yang didirikan sepanjang Bugis Mall ni. Kami cuma melilau seketika jer...kat sini.



Hmmm...hiasan Krismasnya memang happening. Kalau datang waktu malam mesti cun..dengan lampu yang bergemerlapan!


Satu perkara kat sini, hiasan Krismasnya ada dimana2 tak kira tempat. Saya masih membayangkan kalau kami datang waktu malam pasti meriah …lip lappp-lip lappp dengan lampu yang pelbagai warna!



Rusa polka dot!



Ada kincir angin...Go Gaga!



Tak kira di mana...anak2 ini riang berbasah2an...biarpun cuma kat pancuran ..ini gaye..Mak bapak pun cam selamber jerk..agakknya Pak Guard pun  tak kose nak larang..takut habis kuyup..di simbah air kat bebudak ni haaaa...




Kami tak berenti lama di Bugis Junction kerana tumpuan kami yang sebenar adalah nak ke Bugis Street. Kononnya “pasar tradisional bugis”, apa yg tradisionalnya saya pun tak paham sb kebanyakan brgan yg dijual kat sini cam moden2 ajerk!


Terdapat  ratusan “street stalls”  di sepanjang jalan kat sini. Barang jualan?? Kebanyakannya adalah berbentuk pakaian, aksesori wanita, T.Shirt, jam tangan murah, barangan cenderamata, gerai buah2an pun ada , snek dan minuman.

Kalu uoals nak beli cenderamata..disarankan anda beli ajelah kat sini..murah berbanding kat tempat lain …saya beli kat satu kedai apeksss…diskaun tak de tapi kalau beli byk boleh mintak extra cenderamata! Jadik le dr tak dpt apa2!





Dengar citer makin menghala ke malam makin happening, tambah lagi kalau ada pasar malam.



Jam-jam gantung gini banyak dijual kat sini...




Dun worry..ada jaminan setahun wooo!



Masa  kami datang...suasana masih terkawal..tapi menjelang ke tengahari..sesaknya ya ampun...Mungkin mereka seperti kami..curious nak tahu..apa yang specialnya tempat ni..atau mungkin gak nak mencarik ole-ole..murah!


Bila dibandingkan harga barangan cenderamata...kat sini lagi baguih..banyak pilihan dan agak murah...kat Mustaffa Center...??? Rasenya tak dak pilihan gini gaye!



Minat fesyen? Kat sini nak carik jenama vogue..tak nampak lah..tapi kalau T.Shirt dan lain2 tu..ada. Kami jugek menuju ke aras atas...tapi banyak kedai yang masih ditutup. Mood..cuti!



Selipar dan sandal yang gini gayepun banyak diniagakan kat sini!



Ok..dah melilau ke sana  sini..yok jengah...beli jangan tak beli!



Kebanyakan pekedai di sini berbangsa Cina...dan mereka ni peramah!

Dan ada gak gerai2 buah-buahan tempatan..



Pertama kali saya sampai ke Singapura adalah pada tahun 2009 bersama famili. Tak berkesempatan utk round ke bandarnya ni kerana masa kami banyak dihabiskan di Sentosa Island. Jadik kali ni saya mahu amik kesempatan sepenuhnya utk jenguk2 ...ke persekitaran..bumi yg once upon a time adalah keluarga Tanah Melayu.

Dari Bugis Street kami akan menuju ke Arab Street. Berjalan kaki aje. Kira2 dalam 500 meter. Ada satu keluarga bersama anak2 dari Seremban mengekor kami..mereka jugek nak kesana. Kami ni bukan tahu sangatpun arah nak ke Arab Street ni...tapi naluri mengatakan jalan yang kami pilih tu..betul dan akan membawa kami ke situ!

Dan ..betuiiii..kami dah sampai ke Arab Street ni..perkara pertama yan kami lakukan ialah carik kedai makan yang bernama Singapore Zam-Zam. Bukan nak carik air zam-zam tapi nak pi pekena nasik beriani yan dikatakan terbest kat sini.





Terletak di bangunan lama zaman kolonial. Jika tak kena waktu..kena menunggu lama utk mendapat tempat makan. memandangkan jampun dah menunjukkan ke angka hampir 3 petang..maka tak lah lama sangat kami menunggu.



Order...order! Tengok my sister..nampak dah macam nak pancit...penat lah tuuuu!



Saya memilih beriani ayam , segelas teh tarik dan air mineral. Rega dalam $8.00. Bila dah makan kenalah komen, betui tak...


Ini kuah yang kami dapat...baik sikit aje dari kuah dal kedai roti canai mamak kat KL. Fokuskan pandangan kat mangkuk yang sumbing tuuu.. adoi..saya memang "agak pantang" makan dalam bekas yang dihidangkan dalam keadaan sumbing cam gini gaye...org Kelantan menyebutnya sebagai "majal"! Dengan kata yang tepat..tidak menghormati tetamu lebih2...lagi yang "berbayar"!

Kami cuba meminta agar ditukarkan ke bekas yang lebih elok, tapi menurut mereka semua pinggan mangkuk mereka gitu gaye...sebab kedai mereka ni laku sangat dan menyalahkan pekerja mereka yang...dek terlalu mengejar masa..tidak berhati2 bila melakukan kerja2 pembersihan! ...

Bila kami komplen air yang dibuat agak manis...dan memohon ditambahkan sedikit  air..arahan kepada pekerja dibuat sambil meninggikan suara agar mereka membuat air elok2...

Dalam hati ..saya menggerutu...melihat cara kendalian restoren yang dikatakan menyajikan salah satu masakan beriani terbaek di Singapura. Betul ke sedap + terbaek???

Beriani yang saya makan tak tertelan habis, mungkin sebab hati jengkel, penat atau memang nasinya tak kena taste saya? Jawapannya ialah...nasi yang saya makan tu tak sedap ..and not my taste. So mintak maap lah yer..lain orang lain cita rase..Jika diminta taruhan bintang dari 5 bintang, saya cuma ingin memberikan 2 bintang!




So..ke mana kami selepas ini???



Sambung lagi...nanti!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...