JOM KITA KAWAN....

Sunday, 12 October 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru buat sepupu kami Che Su Mazni dan pasangannya Hairil yang berlangsung di Pasir Mas pada 4 October 2008 yang lalu. Semoga aman bahagia dan diberkati sehingga akhir hayat. Amin.
Seronok berhari raya di kampung. Saya pulang ke kampung di Tanah Merah pada malam hari raya sebaik habis berbuka. Agak penat untuk melalui perjalanan yang agak jauh selama hampir 7 jam berkereta..tetapi semangat berhari raya melupakan pada kepenatan yang bertamu.
Sebagaimana hari raya tahun2 yang sebelum ini kami menyambutnya dengan meriah, adik beradik berpakat mengadakan hidangan raya yang berbeza dari raya pertama sehinggalah hari raya ke empat. Memang happening dapat berkumpul bersama, cuma kali ini abah nampaknya kurang sehat. Penyakit batu karangnya menyerang lagi. Kesian abah. Teruk juga...Kalaulah ada sesiapa yang dapat memberikan idea bagaimanakah cara terbaik untuk mengubati penyakit ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...