JOM KITA KAWAN....

Sunday, 21 December 2008

NOVEL NORHAYATI BERAHIM TERBARU DI PASARAN

c
Novel Norhayati Berahim " Kembalikan Cintaku" saya beli pada 25 Sept 08 dan "Chinta" pula saya beli pada minggu yang lepas. Di mana? Mestilah di Minerva, Jln TAR kerana di sana anda akan diberi diskaun pembelian sebanyak 20% biarpun tidak menjadi ahli. Ini yang saya suka tentang Minerva!

Membaca karya Norhayati Berahim (NB) sebenarnya memberikan saya kepuasan. Gaya bahasanya bersahaja, senang di fahami malah turut diselitkan kisah kembara dan pengetahuan am.

Emm... penulis yang baik akan turut membawa bersama pembaca hanyut di dalam alam penceritaannya. Pembaca akan tersenyum diulik perasaan , geram, marah, ketawa serasi bersama ..malah airmata juga akan murah mengalir tanpa paksa.

Saya kagum dengan NB kerana di dalam tempoh 3 bulan pasti beliau akan kembali dengan wadah dan cerita terbaru. Malah kini turut menerbitkan karya penulis lain di bawah nadi NB Kara Sdn Bhd.

Cuma apa yang saya ingin sentuh adalah penggunaan bahasa inggeris dalam karya NB terasa tidak natural. Seolah membaca hasil cedukan atau terkadang rasanya kurang "smooth". Manakala kualiti cetakan juga kurang diberi perhatian .. kertas yang dicetak seperti kekurangan ink..gitu..malap satu macam.

Menyusuri lewat karyanya, saya juga mendapati NB kerap memperihalkan watak antogonis dengan garapan yang agak sama. Watak2 ini selalunya akan digambarkan tersangat keji dan mainan gila dan membunuh diri sering diulang suara bagi manggambarkan betapa sakitnya jiwa watak2 jahatnya itu . Sebagai seorang Islam rasanya tak payah lah perkataan membunuh diri itu diulang tayang...agak stereo type bila diulang2..

Walau bagaimanapun saya masih tetap terhibur dengan karya2 NB dan belum jemu untuk terus menanti karya2 barunya, nanti.

" Kembalikan Cintaku" mengisahkan tentang pengembaraan cinta seorang pemuda yang bernama Zafrul, anak seorang kaya yang berkahwin dengan Wardina di perantauan. Desakan ayah yang cinta dunia dan lupa tentang balasan akhirat kemudian mempengaruhi Zafrul untuk meninggalkan isterinya dan kemudian hidup dalam serba kekalutan. Wardina pulang ke Malaysia untuk mencari suaminya berakhir apabila secara tidak sengaja melihat kelibat suaminya bersanding di hotel mewah. Wardina membawa diri ke Beijing dan menjadi usahawan yang berjaya. Novel ini juga menekankan erti sebuah perhubungan persahabatan dan persaudaraan yang hakiki. Harga RM24.00.

"Chinta" pula adalah kisah tentang hidup dan percintaan di antara seorang gadis bernama Chinta dan Raja Akid seorang pemuda yang mengalami trauma akibat melihat perlakuan sumbang ibunya bersama lelaki2 yang lain. Memusuhi ibunya yang mengkhianati cinta ayahnya seorang usahawan berjaya yang tidak punya masa untuk keluarga tapi mempercayai kesetiaan cinta seorang isteri.

Manakala Chinta pula adalah anak yang ditinggalkan oleh sang ibu yang dibuang keluarga kerana mengahwini jejaka di awal usia muda. Kehidupan Chinta adalah penuh dengan ranjau disebabkan ketidak puasan pakciknya terhadap tingkah laku adiknya (ibu kepada Chinta).Namun seperti novelnya yang lain NB menggambarkan Chinta sebagai wakil wanita yang pantang beralah ,penuh berhemah , berperi kemanusiaan dan tabah menempuh alam hidup. Harga RM24.90.

Bacalahhh...tidak rugi membeli karya2 yang bagus..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...