JOM KITA KAWAN....

Monday, 22 December 2008

TAMAN TERGANTUNG BABYLON ..SEBUAH CATATAN CINTA

Sering kita mendengar tentang kisah cinta hebat Shah Jehan terhadap Mumtaz yang sering diabadikan dalam bait2 puisi yang indah. Malah tidak kurang juga kisah cinta agung Laila dan Majnun yang penuh ranjau. Dan jangan lupa kisah cinta Ratu Balqis terhadap Nabi Sulaiman.

Sememangnya Cinta dan Pengabadian adalah satu rasa yang sukar digambarkan dan ia sememangnya anugerah istimewa dari Tuhan buat makhluknya. Lantaran kisah cinta samada pahit atau manis tidak akan habis diperkatakan biarpun sang empunya diri sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini.

Saya tertarik hati tatkala membaca kisah cinta yang dilakarkan oleh Raja Nebuchadnezzar II terhadap isterinya, Permaisuri Amytis. Walau sesetengah pihak hanya beranggapan ia cuma mitos tetapi siapa kita untuk menafikan kewujudan kisah ini jika ditilik menerusi penemuan sejarahnya?

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) telah dipertimbangkan untuk dinobatkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Taman ini dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal sekitaran tahun 600BC.
Taman ini terletak di Babylon di tenggara Iraq yang dulunya dikenali sebagai Mesopotami. Ia terletak berhampiran tebing tinggi sungai Euphrates kira-kira 50 km di selatan Baghdad.



Hmm.. Raja Nebuchadnezzar II dalam "dunia " berbeza


Karikatur Raja Nebuchadnezzar II

Taman Tergantung Babylon adalah sebuah ilham yang terhasil dari rasa cinta Raja Nebuchadnezzar II terhadap isterinya, Permaisuri Amytis yang berasal dari kerajaan Media. Perkahwinan yang diatur bagi tujuan diplomatik dua negara.

Kerajaan Media terletak dipergunungan Persia (Iran). Permaisuri Amytis dibesarkan di dalam persekitaran kehijauan dan keindahan flaura dan fauna di pergunungan Persia. Berbanding kehidupannya di babylon yang merupakan wilayah datar, kering dan panas. Kerinduannya kepada kampung halaman menyebabkan Permaisuri Amytis sering berhiba dan termenung.

Di atas rasa kasih sayang, cinta dan keperihatinannya terhadap kedukaan permaisurinya, Raja Nebuchadnezzar II telah memerintahkan agar satu taman dibina di satu dataran yang tinggi dengan berbumbungkan kebun2 dan taman2.


Illustrasi Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babylon bukanlah tergantung di dalam erti kata yang sebenar. Ia diambil dari sebutan Yunani "kremastos" yang dilatinkan menjadi "pensilis" dan di dalam bahasa Inggeris bermaksud "overhanging". Bukan hanya "tergantung" tetapi juga bermaksud berada di balkoni atau di teres.
Sejarawan Yunan, Diodorus Siculus menggambarkan taman ini:
  • Lebar taman 400 kaki
  • Panjang tanam 400 kaki
  • Tinggi taman 80 kaki
  • Beralaskan batu bata yang ditutupi aspal dan seramik yang berfungsi menghalang kemasukan air ke dasar tanah yang akan memungkinkan kerosakan terhadap foundation taman tersebut
  • Taman ini umpamnya dibina dipingir bukit dan sebahagian dari strukturnya dibina secara menaik.
  • Di tanam dengan pelbagai pohon2 yang setipa jenisnya bersaiz besar dan menarik
  • Air pula dinaikkan ke taman ini dengan banyaknya dari sungai .

Manakala sejarawan yang lain, Herodotus pula mengungkapkan taman ini;

  • Terletak di dalam istana yang berlapiskan emas
  • Panjangnya mencapai 56 batu
  • Taman ini sangat lebar sehingga memungkinkan kereta yang ditarik oleh 4 ekor kuda boleh berputar balik
  • Terdapat kuil2 pemujaan yang dihuni oleh patung dewa yang diperbuat dari emas.
  • Tamn ini dibuat bertingkat2, lebih tinggi dari bangunan lain yang ada di kota Babylon sehingga menimbulkan ilusi "tergantung di udara"

Dan seaorang ahli geografi Yunani, Strabo memperihalkan taman ini seperti berikut

  • Taman ini berbentuk segi empat sama "quadrangular"
  • Setiap sisi adalah sepanjang 4 plethra
  • Mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak
  • Semuanya berongga dan diisikan dengan tanah dan ditanam dengan pokok2 besar
  • Tiang2, ruang dan teres dibina dari bata yang dibakar dan tampalan simen
  • Bukit buatan ini subur menghijau memberi satu kelainan berbanding keadaan persekitarannya yang tandus.

Malangnya kewujudan Taman Tergantung Babylon ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Ini kerana tidak ada bukti pertemuan @ manuskrip yang konkrit ditemui bagi menyokong kewujudannya jika dibandingkan kewujudan bangunan lama yang lain yang berdekatan seperti Ziggurat dan Kuil Marduk.

Untuk mencari kebenaran Taman ini, seorang ahli arkeologi Jerman, Robert Koldeway telah menggali lokasi yang dikatakan bertempatnya Taman Tergantung Babylon ini pada tahun 1899. Koldeway menggali selama 14 tahun dan berhasil menemukan:

  • Dinding istana
  • Menara Babel dan foundation istana Nebuchadnezzar (Menurut manuskrip hanya ada dua banguan di kota itu yang diperbuat dari batu iaitu dinding utara istana dan Taman Tergantung Babylon)
  • Turut menemui dinding yang berketebalan 22 kaki dan dihiasi dengan lakaran singa serta lain2 haiwan .
  • Koldeway juga turut menemui sebuah dinding yang mempunyai tulisan purba, Nebuchadnezzer, King of Babylon (yang juga diragui kesahihannya: dikatakan mungkin tulisan anak nakal)
  • Koldeway berhasil menemukan 14 ruangan dari batu
  • Juga menemui lubang aneh dilantai yang dikatakan terletaknya kincir air raksaksa bagi mengalirkan air ke taman tersebut

Walau bagaimanapun pertemuan ini menimbulkan keraguan dari para arkeology yang lain Dikatakan lokasi yang ditemui oleh Koldeway itu agak jauh dari Sungai Euphrates memandangkan mengikut perkiraan sejarah, Taman Tergantung Babylon terletak berdekatan dengan sungai tersebut.

Emm..walaupun kewujudannya masih misteri tetapi masih tetap diperkatakan. Kisah cinta memang mengasyikkan. saya tercari2 di ruang internet kalau2 terdapat gambar Permaisuri Amytis yang menjadi pujaan Raja Nebuchadnezzar II. Pastinya dia seorang wanita yang istimewa!

2 comments:

SNOW_WHITE said...

I like this story abaout the hanging of Babylon. TQVM for ur nice information.

noorzie said...

Hi Snow White

Hmm.. The Hanging babylon..Loves will alwiz bright our life to a maximum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...