
Membaca tulisan Dr Hj Juanda b Hj Jaya tentang 7 ramuan menghidupkan cinta yang hampir layu dirasakan agak sesuai untuk dikongsikan bersama di dalam blog saya ini. Berikut adalah ringkasan ramuan yang diutarakannya:
"
Menurut kamus cinta bagi seorang wanit
a: Cabaran paling berat yang dihadapi oleh seorang isteri ialah menjaga hati suami agar tetap menjadi miliknya seorang".
"Manakala menurut kamus cinta bagi seorang lelaki pula : Cabaran paling hebat adalah ketika cuba melepaskan kongkongan isteri sebebas mungkin".
Ramuan 1 : Kelembutan
Ada suami menyangka "berlembut" dengan isteri bermakna semua kehendak isteri perlu dilayani. Satu hal yang menyusahkan diri lelaki itu sendiri. Maka si suami akan buat2 tidak peduli sangat akan isterinya.
Ada juga suami yang tidak mahu terlalu berlembut dengan si isteri dengan tujuan mendisiplinkan si isteri agar berperanan sebagai seorang ibu & ayah secara gus mengajarnya untuk lebih "independant". Rasionalnya adalah sebagai persediaan bagi si isteri agar lebih cekal dan berdikari kalau2 si suami pergi dulu mengadap Ilahi atau berlaku musibah di dalam perkahwinan mereka.
Ada yang bertuah mendapat golongan suami yang pandai mendidik isteri tanpa melepaskan sifat kelembutan yang sediada pada si isteri. Suami sebegini lebih dekat dengan seruan Rasulullah SAW yang menyeru agar melayan isteri dengan penuh kelembutan bahkan dianjurkan para suami menyuapkan makanan ke mulut isterinya sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari dan Muslim "Dan sesungguhnya jika engkau memberi nafkah, maka itu adalah sedekah, hinggakan suapan nasi yang kamu suapkan ke dalam mulut isterimua adalah sedekah".
Dan para isteri juga dianjurkan agar membalas layanan baik suami dengan kelembutan agar terpelihara keluhuran perkahwinan.
Ramuan 2 : Tabah Masa Susah Atau Senang
Panduan jangka hayat cinta yang normal bagi pasangan suami isteri yang kurang mengalami konflik boleh dibahagikan kepada beberapa iklim:
Tahun 1 : Tahun berbulan madu. semuanya indah2 belaka.
Tahun ke 2 - 5 :Masa transisi di mana pada tahun2 ini menunjukkan siapa sebenar pasangan anda.
- Tahun ke 6 - 10 : Masa di mana suami isteri cuba mempelajari pasangan dengan hati yang selalu dilukai.
- Tahun ke 11 - 15 : Suami dan isteri semakin pandai memainkan peranan masing2.Hati dan dan perasaan juga semakin kebal.
Tahun ke 15 - 20 : Suami dan isteri sudah makin mengenali dan mendalami hati budi masing2. Jika ditakdirkan bersama mereka seterusnya akan selamat sehingga ke akhir hayat.
Terkenang saya akan nasihat seorang pegawai agama di Mahkamah Syariah sewaktu membuat latihan amali kira2 17 tahun yang lalu .
Katanya , " Saya ni dah masak dengan pelbagai kisah yang dibawa ke mahkamah. Setiap hari bergelumang dengan hal2 perkahwinan yang melibatkan hal penceraian, perebutan anak2 , harta dll. Mula2 kerja, pelbagai perasaan berbaur ada ketikanya marah, sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa pasangan suami isteri ini. Tapi lama-kelamaan saya menjadi lali. Agaknya kerana saban hari menerima kisah yang sekan serupa. Apa yang saya dapat rumuskan , di dalam perkahwinan; memerlukan sekurang2nya 8 tahun untuk sesatu pasangan mengenali pasangan hidupnya. Jika perkahwinan itu dapat bertahan lebih dari 8 tahun, Insya Allah..akan berpanjanganlah usia perkahwinannya nanti". Wallahu allam.
Ramuan ke Tiga : Lahirkan Anak
Anak menjadi faktor pengikat paling kuat di antara suami dan isteri. Dalam perkahwinan, satu matlamat tidak akan tercapai jika anak belum hadir di antara mereka.
Emm.. Kehadiran anak akan turut membahagiakan diri pasangan dan dikatakan penambah rezeki.
Ramuan ke empat : Berkongsi Menguruskan Rumahtangga
Isteri2 Rasulullah SAW bukan hanya berperanan di dalam rumah tangga sahaja bahkan mereka turut menentukan hala tuju dakwah dan politik semasa mereka hidup bersama Rasulullah SAW.
Ramuan ke Lima : Cemburu Itu wajib
Cemburu tanda sayang dan mengambil berat. Tapi awas jangan sampai cemburu buta!
Ramuan Ke Enam : Berhias & Menjaga Kebersihan Diri
Berhias dan menjaga kebersihan diri bukan hanya di pihak isteri semata. Suami juga perlu menjaga tatarias. Berhias boleh menambahkan ransangan dan kasih sayang.
Ramuan ke tujuh : Bercuti , Berhibur dan Bergurau Senda
- Jangan sesekali membawa tekanan di tempat kerja ke rumah.
- Lakukan aktiviti riadah bersama. Jadikan hobi pasangan sebagai hobi anda juga.
- Sesekali bercutilah berdua.
Dan pada pandangan saya : Komunikasi juga penting. Jangan sesekali abaikan perkara ini . Kurangnya komunikasi diantara pasangan merupakan satu signal bahawa ada sesuatu yang "tidak enak" dalam hubungan anda.
Kerana ...komunikasi ynag kurang diantara suami isteri akan hanya menjarakkan lagi hubungan di antara kedua pihak.
Berkongsilah cerita apa saja. Jika anda boleh bersembang apa saja dengan rakan2 tanpa masalah, mengapa begitu sukar untuk bersembang dengan pasangan. Dan komunikasi ini perlukan reaksi dua hala. Jika seorang bercakap dan seorang lagi mendengar "tanpa endah" atau buat2 pekak a.k. a bisu juga akan hanya memburukkan suasana. Ubati ia sebelum parah!
Pasangan yang baik akan menganggap regunya itu bukan sahaja suami/isteri..tetapi juga seorang sahabat yang akrab! Berkongsi rasa dan cita...