10 Q WITH 1000 SMILES

Wednesday, 7 January 2009

10 MUHARAM 1430 HARI ASYURA


'Kacau Sugho'

Setiap kali menjelang bulan Asyura, hati saya mesti teringat keenakan bubur asyura yang dimasak oleh "Mama Kangkung" ibu saudara saya yang berada di Pasir Mas. Bubur asyuranya kelas..best sangat.
Mengimbas zaman kecil-kecil dulu..kami sekeluarga akan balik kg di Pasir Mas..naik bas SKTM satu famili..sebab nak makan suro. Selepas subuh ramailah orang kampung yang turut datang bergotong royong ke rumah mama..ada yang bawa beras, gula, susu,pisang dan macam2 lagi dalam talam kecil (disebut "sisa"). Selalunya mereka akan masak bubur asyura ni dalam 2 atau 3 kawah. Saya kurang arif tentang ramuannya..tapi kalau tak silap mesti menggunakan 10 jenis item . Tak kurang tak lebih..agaknya sebab nak ambik berkat no 10 Muharam. Dan bubur Kelate ni special sebab ia dicampurkan dengan rempah khas dan disedapkan lagi dengan daging urai...
Orang kampung secara bergotong royong akan start memasak dan mengacau secara bergilir2..ala2 macam kacau dodol tuu..dari jam 8 pagi..dan olawei lama nak masak tuu..agak2 petang jam 4 baru boleh makan. Selalunya kami anak2 akan berebut2 nak makan bubur yang panas2..bubuh dalam tempurung kelapa (tempurung yang dipecahkan untuk diambil santannya untuk dibuat bubur asyura tuu..) dan dialaskan dengan daun pisang..ummmwah..Adik saya "Abe" mesti tambah byk kali...dan arwah Mok..mesti bagi dia lebih..almaklum cucu lelaki kesayangan! "Maake..Abe..maake! Mok suko tengok Abe Se maake.." Hee..hee
Bubur tersebut disejukkan di dalam talam besar dan setiap orang dibekalkan bubur asyura di dalam "sisa". Dulu saya tak nak makan bubur yang telah disejukkan dan keras..nak tahu napa...hmmm..sebab rupanya macam..."tahi lembu"..isssyy..tak senonohkan! Tapi bila dah tahu Blockquoterasa...layan ajolah..best wa cakap lu..sehingga menjilat jari!
Lani tak tahulah mana nak cari suro ni..Mama Kangkung dah lama tak buat..'tok cekat' doh..katanya..Rindunya bubur asyura!
Ok..Citer sikit pasal Hari Asyura secara lebih ilmiah..
Asyura berasal dari perkataan arab yang bermaksud 10.
Nabi Muhammad SAW mengamalkan puasa Asyura sejak di Mekah lagi . Amalan berpuasa ini juga dilakukan oleh orang Yahudi yang disebut 'Yom Kippur". Baginda mengesah dan mensyariatkan puasa ini sehingga ia menjadi satu kewajiban. Walau bagaimanapun selepas Ramadhan dipilih sebagai bulan puasa umat Islam, hari Asyura tidak lagi diwajibkan berpuasa dan kekal menjadi amalan sunat sahaja.
Untuk membezakan amalan puasa umat Islam dan orang Yahudi , Rasulullah SAW telah menyarankan amalan berpuasa secara ganda, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a
"Rasulullah bersabda maksudnya : Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelum atau selepasnya".
Dan mengenai kebaikan berpuasa di hari Asyura ini pula,
Dari Abu Qatadah al Anshari r.a katanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) Jawab baginda, " Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu dan yang akan datang." Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharam). Jawab baginda "Semoga anda menghapuskan dosa tahun yang lalu" (Riwayat Muslim).
Banyak kejadian besar yang berlaku ketika 10 Muharam dan di antaranya ialah:
  • Hari pertama Allah menjadikan alam dan arasy
  • Hari pertama Allah turunkan rahmat dan hujan
  • Allah jadikan Luh Mahfuz
  • Allah jadikan malaikat Jibril
  • Nabi Adam dicipta
  • Nabi Idris diangkat darjatnya oleh Allah dan malaikat Jibril membawanya ke langit
  • Nabi Noh dan pengikutnya terselamat dari banjir besar dan berlabuh di puncak pergunungan
  • Nabi Ayub disembuhkan dari penyakitnya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya 40 hari 40 malam
  • Allah turunkan kitab Taurat kepada nabi Musa a.s
  • Nabi Isa a.s diangkat ke langit ketika baginda mahu disalib
  • Sayidina Hussein b Ali syahid di dalam peristiwa Karbala, di Iraq

Dan banyak lagi peristiwa lain...sama2lah kita cari , baca dan kaji... Wallahu a'lam.

Psst...Weehh..mano kawe nok carghi bubo sugho nih?

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...