Cerita tentang kisah cinta seorang isteri bernama Zulaikha. Rumah tangga yang dibina bersama Zamri musnah angkara kedatangan orang ke 3. Mempunyai dua orang anak yang sering merindui kasih sayang seorang ayah. Zulaikha juga mempunyai seorang abang (Zaidi) yang begitu mengambil berat tentang hidupnya sehingga mengundang perasaan gelisah dan cemburu di hati seorang isteri (yang dikahwini akibat perasaan belas ehsan).
Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya (Zulaikha) menyaksikan rumahtangga yang dibina abangnya itu turut diakhiri dengan perceraian.
Kehidupan Zulaika yang kembali solo menjadi intaian 2 insan lain yang amat mencintainya sejak dari remaja...tetapi terpaksa mengalah apabila Zulaikha memilih Zamri sebagai suaminya. Dua lelaki yang amat mendambakan cinta Zulaikha ialah Dr Izham, rakan sepermainannya yang bertugas di M'sia Timur dan sanggup bertukar ke Semenanjung demi Zulaikha. Dan Nik Azhan pula merupakan bosnya yang juga merupakan rakan karib Zaidi turut meminati Zulaikha secara diam. Akibat cinta yang tidak kesampaian dia telah merantau ke luar negara sehinggalah balik ke Malaysia dan mendapati wanita pujaannya (Zulaikha) adalah juga stafnya sendiri. Mengetahui status Zulaikha yang kembali solo membuatkan cintanya berputik kembali dan sebagai satu cara untuk memenangi hati Zulaikha ialah dengan mendekati anak2 Zulaikha.
Konflik mula terasa apabila Zulaikha terpaksa memilih cinta barunya demi anak2nya biarpun hatinya hampir tertutup terus untuk lelaki. Masalah Zulaikha bertambah apabila mengetahui kesihatan Zaidi (abangnya) yang mengalami masalah sakit buah pinggang sudah di tahap kritikal. Dan keadaan semakin meruncing apabila Zamri bekas suaminya menuntut hak penjagaan ke atas anak2nya setelah perempuan yang baru dikahwininya tidak mampu melahirkan zuriat untuk dirinya.
Bacalah buku ini untuk mengetahui kesudahan ceritanya..
SELAGI ADA DIA : Alaf 21.
Buku ini dipinjamkan oleh rakan saya, Ms Nor. Dia pinjam koleksi novel saya maka saya dipinjamkan koleksinya miliknya pula ..Ok lah tu..sistem barter..gitu!
Novel ini bercerita perihal 2 orang adik beradik Arianni dan Mellini yang mencintai seorang lelaki yang sama ; Haris. Haris merupakan cinta pertama Arianni tanpa mengetahui lelaki tersebut juga turut digilai oleh kakaknya seorang yang berpewatakan serius, kuat berkerja dan mengejar cita2 sehingga agak susah mendapat teman lelaki . Berbanding Arianni, si adik yang lebih sempoi dan kuat berangan2 tetapi disenangi kawan2 dek perwatakannya yang bersahaja. Kemelut cinta mereka bermula apabila cinta tigasegi ini dapat dihidu oleh Mellini. Arianni dituduh dengan pelbagai dakyah dan ayah mereka juga menyebelahi Mellini dalam hal ini. Haris yang mencintai Arianni juga gagal bertindak sebagai "jantan sejati' apabila membiarkan kemelut ini berpanjangan dan tidak berani untuk berterus terang tentang keadaan sebenar. Arianni dibiarkan bersendirian menghadapi tohmahan malah keluarga Haris juga turut memihak kepada Melinni untuk dijodohkan dengan anak mereka. Keadaan ini membuatkan Arianni nekad menyambung pelajaran sarjananya ke luarnegara dan membawa bersama hatinya yang lara.Dia nekad melupa dan menoktahkan cinta pertamanya Setelah beberapa tahun merantau, dia dikejutkan dengan berita tentang kedua ibubapanya yang sakit. Berita ini dikhabarkan oleh Kak Lin (kakak iparnya) sesatunya orang yang memahami jiwa dan perasaannya. Di dalam penerbangan pulang diketemukan dengan seorang duda yang sudah 8 tahun kematian isteri dan masih gagal melupakan cinta terhadap isterinya itu.
Baliknya Arianni ke Msia masih gagal untuk megubah persepsi kakak dan ayahnya terhadap Arianni. Malah Haris juga masih mendambakan cintanya biarpun hampir bertunang dengan Melinni...( pertunangan yang dirancang tidak dapat diteruskan apabila diputuskan oleh Melinni dengan alasan dia masih perlukan masa lantaran hanya berjaya mendapatkan fizikal Haris tetapi bukan hatinya.) Kepada Kak Lin dan si duda itulah yang menjadi tempatnya mencurah perasaan hiba. Dari bersahabat ..mula bertukar kepada perasaan kasih. Malang bagi Arianni apabila mendapati Melinni juga mula merapati si duda dan sering berpasangan di atas nama kerja.
Mampukah Haris memiliki semula Arianni dan bagaimana kesudahan cinta baru Arianni terhadap si duda..baca le sendiri..hee.hee
Cerita ini juga ada membawa pembaca kembara ke Korea, melewati kisah2 yang diabadikan dalam drama Winter Sonata yang begitu popular sedikit masa dahulu..
Oklah...baca jangan tak baca!
Persamaan tentang kedua2 novel ini adalah tentang cinta yang disusuli dengan keikhlasan pasti berakhir dengan cerita indah. Juga tentang murninya kasih sayang di antara saudara.. Hmm..Saya sendiri tidak pasti samada masih ada lagi kasih sayang sebegini dalam dunia hari ini!


0 Comments:
Post a Comment