Cuti Chinese New Year yang agak panjang membolehkan kami sekeluarga bercuti lagi. kali ini kami memilih untuk bersantai ke Pulau Sentosa, Singapura dan kemudian meneruskan ekspedisi ke Pulau Batam, Indonesia.
Bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di CIQ..jam 5.30am kami mula berangkat dari KL dan sampai di Jb seawal jam 9am.
Meneruskan perjalanan ke Singapore melalui Woodlands. jangan lupa jika anda membawa kereta persendirian pastikan anda membeli "Passcard'..jika tak..awas! Buruk padahnya...
Jom..singgah di kamar kami. Harga penginapan untuk semalaman ..hmm.. dalam $200.00 ++ Nilai pertukaran wang ($1.00 = RM2.42)
Katilnya..
Sudah selesai check in ..apa tungu lagi.. jom start our journey untuk pusing Sentosa Island..
Bagaimana hendak ke Pulau Sentosa? Anda boleh...
- Menaiki kenderaan sendiri atau teksi melalui jambatan yang menghubungkan main island dengan pulau ini.
- Menaiki mrt menuju ke Harbour Front Station dan dari sini ambil ajelah Sentosa Express/bus
- Sentosa Express , naik ke level 3 di Vivo City (dari jam 7am-12mn)
- Bus, naik di Harbour Front (dari jam 7am -12.30am)
- Cable car, naik di Harbourfront, Tower 2 atau Mt Faber
Apa yang menarik di sini? Emm..ikut kata hati saya..Genting Highland "Kota Keriangan" jauh lebih vogue berbanding Sentosa Island ni!
Ada beberapa tempat menarik di sini..pantainya putih bersih..rapi terjaga! Jika anak2 nak mandipun tak risau dihanyutkan air laut kerana pantai2 ini di sekat2 dengan apa..ya..emm macam tali untuk tujuan keselamatan ..
Jika tak mahu pening kepala memilih..beli aje pakej yang ditawarkan :
$33.90 dewasa dan $ 21.90 kanak2 termasuk admission fees ( Diskaun lebih dari 30% dari harga sebenar) Wbp saya difahamkan promosi ini akan berakhir pada 31 mac 2009. Dengan pakej ini anda berpeluang menyaksikan dan menereko ke 4 attractions yang ada di Imbiah Station.
Salah satunya adalah di "The Merlion". Normal admission feenya ialah : $8 for adult and $5 for kid (age 3-12)
Senyummm...chakk !
Images Of Singapore , di sini dipamirkan lebih kurang macam Singapore and it's lagend history. Segalanya ada di sini ..walk tru Singapore's history fr their primitive fishing village days to the growth of the land as a trading port. Ala2 muzium..gitu..napa..boring yekk!
Bayaran masuk : Adult $10 and Child $7
Lain2 attraction:
- Animal & Bird Attraction -Free admission
- Butterfly Park & Insect kingdom : Fees Adult $10 and Child $6
- Cable Car :Fees adult $18.90 and child $9.50 92 way tapi for normal kabin..k)
- Dolphin Lagoon with show : Fees adult $22.90 and child $14.60
- Fort Siloso Tours : inipun pasal history dan banyak replika di dalamnya. Fees adult $8 and child $5
- Sentosa 4D magic. Ini anak2 pasti suka..Fees adult $18 and child $11
- Sentosa CineBlast .Fees adult $18 and child $11
- Sentosa Luge & Skyride..ala2 go kart Fees $10
- Songs of the Sea
- The Flying Trapeze $10 per swing
- Tiger sky Tower yang tingginya 131m di atas paras laut. Fees Adult $12 and Child $ 8
- Underwater World. Fees Adult $ 22.90 and Child $14.60
- Fish Reflexology
Kami ada membeli tiket untuk pertunjukan song of The Sea, jam 8.30pm..jadi sementara itu jom jalan2 lagi...
Memandangkan kami tinggal di hotel di dalam Sentosa Island..kami bebas keluar masuk..Jika tidak anda dikehendaki untuk membeli admission fees untuk masuk semula ke pulau ini.
Memandangkan kami tinggal di hotel di dalam Sentosa Island..kami bebas keluar masuk..Jika tidak anda dikehendaki untuk membeli admission fees untuk masuk semula ke pulau ini.
Untuk kemudahan solat...ada sebuah masjid berdekatan!
Abby di ViVo City

Naik train from Imbiah Station menuju ke Beach Station untuk melihat pertunjukan laser "Song of the Sea". Tiketnya $8.00 per person untuk pertunjukan selama 25 minit. Pastikan anda beli awal2..jika sold out..nasib badan lah..
Rilex la dulu..sementara menunggu jam 8.40pm. Pertunjukan diadakan pada dua sessi iaitu pada jam 7.40pm dan 8.40pm
Di Sentosa anda boleh memilih untuk menaiki apa jua kenderaan..bas,tram atau train..semuanya percuma!
Di sinilah berlangsungnya pertunjukan " Song of The Sea"

Banyak cenderamata dijual di sini..tapi tak de yang berkenan di hati!
Keesokan hari..Sabtu..orang ramai mulai bertali arus.. apa2 pun sebelum meninggalkan pulau ini apa kata kita pi ronda Pulau Sentosa dengan menaiki tram pula..
Kami nak menuju ke Pantai Palawan
Naik train from Imbiah Station menuju ke Beach Station untuk melihat pertunjukan laser "Song of the Sea". Tiketnya $8.00 per person untuk pertunjukan selama 25 minit. Pastikan anda beli awal2..jika sold out..nasib badan lah..
Apa ke isi pati ceritanya Song of The Sea ni..?
Kisah sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Li yang dikurniakan dengan suara yang merdu cuba menyelamatkan Puteri Ami yang cantik tetapi terbelenggu di lautan ..tidooo..Dengan pertolongan seeokor ikan yang bernama Oscar (Tiger Fish) mereka menjalankan misi menyelamat dan mengejutkan Puteri Ami yang lena tidur. Mereka menyanyi dan terus menyanyi. Sepanjang perjalanan misi tersebut ..mereka bertemu dengan Lord of Fire, The Spirit of Light dan The Lady of The Sea.
Nyanyian mereka ini diiringi dengan music, pancaran laser, percikan api dan rembesan air..Menarik!
Banyak cenderamata dijual di sini..tapi tak de yang berkenan di hati!
Dan..tepat jam 2pm kami check out untuk menaiki ferry ke Batam Island..Tidak banyak berbelanja kerana tujuan sebenar kami ke sini adalah untuk berjalan2 ...tukar angin..Dan Shopping tiada dalam agenda kami..Wbp yang pasti saya agak gembira kerana dapat menambah koleksi ..LOCENG! Tring..tring..tring!


0 Comments:
Post a Comment