10 Q WITH 1000 SMILES

Sunday, 8 February 2009

LOMPAT SI KATAK LOMPAT


Saya melihat penuh minat tentang apa yang berlaku di negeri Perak pada waktu ini. Krisis perlembagaan dan perebutan kuasa dua pihak yang saling bertelingkah tentang siapakah sebenarnya layak memerintah. Entah kenapa saya merasa agak jengkel dengan perkara lompat-melompat parti dan budaya menuding jari..
Masih lagi terngiang2 di benak ini kata2 pemimpin tertinggi parti PKR yang menetapkan tarikh itu dan ini untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara..juga masih lagi teringat2 tentang nama2 pemimpin yang konon ada di tangan mereka yang dikatakan pada bila2 masa shj akan melompat ..dan seterusnya memberikan wadah untuk mereka memerintah..yang sampai lani belum dapat direalisasikan..
Maka tatkala Permatang Pauh, Kuala Terengganu dapat di tawan dan di Perak Datuk Nasaruddin melompat ke parti pembangkang..riuh rendah paluan kompang mengatakan isyarat sudah makin jelas menunjukkan bahawa BN sudah kehilangan sokongan.. pujian demi pujian dilontarkan atas keberanian Datuk Nasaruddin beralih angin..
Dek kerana di landa sintom "cepat lupa" nada dan tindakan yang berlainan pula kedengaran apabila tiba2 berlaku 'technical reversal'..3 ahli ADUN PKR mengisytiharkan keluar parti dan Datuk Nasaruddin melompat balik ke BN..BN dikatakan bertindak keterlaluan..yahudi..zalim blaa..blaa..dan seperti biasa tunjuk perasaan (yang begitu sinonim dgn imej PKR) melata di sana sini ..Begitulah "Bila senjata dah makan tuan.." Dan yang sedihnya mereka yang dok sibuk berdemonstrasi adalah orang kita..orang Melayu..Kenapa?

Tambah malang lagi..apabila..Sultan yang berkuasa turut diheret sama di dalam pertelingkahan ini dan terdengarlah dodoi si Karpal yang mahu membawa itu ini ke mahkamah dan menamakan sultan sebagai defendan..dan tidak sampai sehari ...pemimpin PKR yang lain pula menidakkan kenyataan ini..hmm agaknya takut nanti kena daulat dek dilabelkan sebagai penderhaka..

Dan di pihak BN pula..belum apa2 lagi Dato Samy tanpa segan silu menyarankan agar satu kerusi exco diberikan kepada kaum India..amboi..amboi..amboi..gelojoh..nyerrrr..

Hmm..politik kadang2 memualkan..

Lompat si katak lompat
Lompat sampai ke istana
Cepatlah kawan cepat
Cepat lihat siapa yang kena!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...