10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 3 February 2009

PULAU BATAM, INDONESIA

Seronok berada di Pulau Sentosa dan kini kami merancang untuk menyeberang ke Indonesia . Ke Pulau Batam. Perjalanan ke sana boleh diteruskan samada melalui jalan laut atau udara..dan apa kata kita beralih angin..ambil bot la..membelah samudera.

Tiket boleh di beli di Lantai 3, Vivo City. Jika pergi masa peak hour, pastikan anda membeli tiket awal2..takut kempunan..beb.

Harga tiket pergi balik $34 untuk dewasa dan $24 untuk kanak-kanak. Anda perlu berada di jeti sejam awal dari masa berangkat. Perlu melintasi pihak Imigresion lagi..dan jangan lupa tiket yang anda beli tu..free seating..jadi pandai2 lah bawak diri...k

Yokkk...Kami telah bersedia untuk poi ke Pulau Batam. Apa agaknya yang ada kat sana..best ke?

Inilah dia Kapal Penguin...yang akan membawa kami ke Pulau Batam


Kami memilih untuk berada di dek kapal..ruang agak terbuka dan tiupan angin laut menyapa mesra. Perjalanan dari Singapore menuju Pulau Batam hanya mengambil masa selama 45 minit.


Welcome to Batam Island. Pengangkutan? Jangan risau..ramai Pak Supir yang bersedia membawa anda ke mana sahaja. Yang penting sediakan ongkosnya aje. Jika di M'sia berserabut dengan ulat yang memburu pelancung..maka di sini juga sama. Meminjam sedikit tips dari mereka yang pernah ke Batam..maka kami menuju ke Hyper market yang boleh ditujui dari Lantai 2..pelabuhan/jeti. Murah lah sikit..tambangnya.

Sengaja buang2 cakap..kami bertanya jika mahu menggunakan perkhidmatannya bagi 1 hari berapa byrannya..dibilang 500,000 rupiah (10,000 rupiah = RM3.25)..Saya pura2 buat pekak..bila dah makin hampir ke hotel penginapan..dibilang "masih bisa negosi..buk..250,000 rupiah"..hmm..begitulah ..ragam manusia.

Memandangkan kami tiba macam bidang terjun..maka kurang pengetahuan berkenaan dengan tempat penginapan..ada terbaca tentang Harmoni Hotel dan kami meminta di hantarkan ke sana. "Aduhh..ibuk, hotelnya lumayan mahal.Maklum ajelah duduk di tengah kota Nagoya (pusat bandar Batam)..apa kata jika saya rekmenkan Golden View Hotel..hotel baru..dan agak cantik buk.."

Kami bersetuju ke sana..dan kata Pak supir lagi.."Tadi saya bilang kadar byrannya 50,000 rupiah jika mahu ke Nagoya ..jadi jika mahu ke Golden View itu agak jauh sedikit ye..maka ibu tambah sedikit lagilah bayaran mobilnya.." Gila..apo!? "bisik saya!

Tiba di Golden View Hotel, penginapan kami untuk hari ini.


Harga penginapan untuk satu malam adalah $120.00 untuk deluxe room. Kami kemudian di beri harga penginapan "special" . Murah rezeki..mulut kena ramah ..hati mesti baik..

Gini ceritanya..Sewaktu anak2 bermandi manda di Palawan Beach, di Sentosa Island tempohari kami sempat berkenalan dengan En Hamdan. Beliau yang tinggal di Batam turut merekmenkan hotel ini kepada kami..tapi itulah "Ingat-ingat lupa akan pesanannya tu!".Bersungguh2 dia berpesan agar menghubunginya jika sampai di Batam.

Hanya teringat akan pesanannya tatkala kami mahu check in ke hotel. Dia datang ramah menyapa kami. Rupanya beliau dan famili berkampung di hotel ini. FOC katanya..kenapa? Hmm..sebab tokei hotel ini adalah kenalan rapatnya..tambah lagi rupa2 nya dia sering membawa tetamu ke hotel tersebut. Bekerja di Kementerian Pelancungan dan sesekali membuat perkhidmatan "free lance" pelancungan, sambil menyelam minum air...beb!

Menurut beliau, tokei hotel mahu menjual hotel berkenaan. Berminat ke? Tokei tu nak jual untuk dapatkan modal tambahan bagi memajukan lagi kawasan berdekatan sebagai pusat pelancungan di Batam.


Ada baiknya berkenalan dengan En Hamdan ni..di bawanya kami sekeluarga mengelilingi Pulau Batam. Dia bertindak sebagai pemandu pelancung kami yang tidak rasmi. Malah suami turut mendapat urutan kaki sejam secara percuma. Bila kami menghulurkan uwang di atas perkhidmatannya itu..dia menolak penuh ikhlas..katanya..sekadar mahu berkawan dengan kami..hmm..
Jika kita melancung ke Indonesia atau ke Siam...jangan lah lepaskan peluang untuk pi massage..selain urutan yang baguih..bayarannya juga murah berbanding M'sia le. Saya buat urutan massage aromaterapi selama 1 jam setengah. Ongkosnya baru RM45.00.Ada diskaun lagi 10 %..ringan rasa badan ni..

Ok...cerita-cerita jugek..jom ..jemput le ke kamar kami..


Waa...ada peti ais 2 pintu..dan kitchen kabinet ..weii



Ngantuk...nyer..


Biliknya sangat selesa dan spacious..



Kamar Mandi



Ok..la mahu pi shopping la pulak...


Memandangkan hotel ini agak jauh dari pusat bandar, pihak hotel ada menyediakan shuttle bus.Tapi kena follow dia punya schedule la..k

Yaya di Nagoya Mall


Saya menyimpan angan2 untuk berbelanja sakan di sini. Saya juga membayangkan di Batam ni sekurang2nya ada Pasar Pagi, macam di Bandung tu..atau Mangga 2 , Jakarta..boleh beli apa saja barangan made in Indonesia..seperti telekung ke..baju kerawang ke, barang antik kaa..atau sekurang2 nya LOCENG loorrr...Tapi di sini entah..le..Nak cari T Shirt Batampun limited edition dan peti magnet pun yelekkk..huh..hampa i..


Yaya dah boring..dan minta ke tempat lain..jom la berlibur mama, bukan shopping!


Kebanyakan Shopping Mall menawarkan baju2 untuk dibeli.Ramai juga pok2 Singaporean yang berbelanja..almaklum duit tukarannya ..murah giler.. Saya cuma singgah di Gedung Mentari (yang popular di Jakarta tuu..) dan membeli dua pasang gaun labuh (smoking) untuk Sofea..murah lah saya kira..dalam 90,000 Rupiah, sepasang. Untuk Aiman bola Futsal (Adidas) dan untuk Abby / Afnan..barang mainan yang mereka pilih sendiri bersama abahnye.
Apa yang saya perhatikan di sini banyak ditawarkan koleksi perfume tiruan dari jenama terkemuka. sebut lah wangian apa saja..penjual akan mencampurkan bahan A+ bahan B+ Bahan C ..dan haa...siap untuk dipakai..baunya memang seakan yang ori tapi agak "kencang" meniup hidung..Beli.?Tak kuasa i..
Kami merayau2..dan saya "suka" mengatakan barangan yang ditawarkan di Sogo di KL atau Masjid India, lagi banyak pilihan dan special dari segi harganya.
Memandangkan anak2 pun dah mula merenget keboringan..Kami pulang ke hotel dulu dan berhasrat untuk mengunjungi pusat membeli belah yang lain seperti DC Mall pada esok hari. Kami pulang ke hotel selepas pekena nasi padang...
Bagusnya hotel ini sebab kebanyakan aktiviti in/out door adalah percuma! Apa tunggu lagi..yok..

Jom ronda-ronda ..main botttt.. Kat belakang tu adalah Restaurant Sea Food terbesar di Batam. Pilih lauk dan di masak fresh. Kami akan dinner di situ pada malam nanti.


Row..Row..Row Your Boat..!
Wahh..happy nampak! Penat berkayuh kami menuju ke kolam mandi..1,2..3


Kolam besar..kami yang punya..abah at the back dengan Princess Yaya

Abby and Afnan

Yaya posing..sejuk..nyer..

Then..kita layan main pool..yo..yo.. oo...je Abby ni ..boleh score ko?


The next day..ada sejarah tercatat di sini...rambut mayang mengurai Yaya selamat dipotong...puas dipujuk barulah kakinya melangkah masuk ke salon tu..nasib baik dia tak nangis..hmm.. 8 tahun simpan rambut panjang u! Harga 50,000 Rupiah.

The new Look of Yaya..Comel anak mama!
Agak malang bagi kami kerana kebanyakan shopping mall ditutup sempena cuti Tahun Baru Cina. Jadi kehampaan memanglah terasa..tak dapat nak shopping.."Ok lah tu..mama" pujuk suami. " Selamat duit..I" Bisiknya mengusik..huh..
Tak banyak gambar yang saya shoot di Batam..
Jadi apa yang specialnya Pulau Batam ni? Entah la..kata orang di sini ada padang golf yang bagus, go kart dan jika berkesempatan..bolehlah melawat pulau2 indah yang berdekatan. Kawasan industri dan kilang2 juga banyak didirikan di sini..dan jk anda punya wang yang banyak..belilah harta tanah di sini bagi tujuan pelaburan..masih lagi murah2 harganya..

Kami bertolak pulang dari Batam Centre ke Pulau Sentosa setelah bermalam 2hari di sini. Ramai sungguh orang. Almaklum cuti panjang..ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti.
Sudah selamat kembali ke Singapura..waduh..bapaknye..kot solo aje..anak2 nya mana?


Lepak di Vivo City..sementara menunggu hubby mengambil keretanya di Sentosa Island. Kata hubby..ramai sungguh orang..beratur panjang dan bersesak2 in and outside the train. hmm..nasib baik kami pergi bukan waktu puncak..kami menentang arus..kalau tak mesti tak enjoy!
Oklah..setelah beberapa hari berjalan di negara orang..kami bertolak pulang ke Malaysia..macam biasa " Hujan emas di negeri orang Hujan batu di negeri sendiri..lebih baik negeri sendiri.!
Kami menuju ke hihgway Tuas..dan sampai ke check pointnya sewal jam 7.30 mlm. Terus drive balik ke KL dan selamat tiba lebih kurang jam 12am...huh..penat nye..zzzzz

2 Comments:

azlin said...

Salam...akak, bole dpt contact no kwn akak tu...sy nak kena survey rombongan utk +-40org ke Batam tu,...tq

azlin said...

Lupa lak.. bole sms sy @017-7778504. Tq kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...