10 Q WITH 1000 SMILES

Monday, 2 March 2009

40 TAHUN MELAYARI HIDUP...

Hari ini genaplah umur saya 40 tahun. Terasa begitu cepat masa berlalu. Menikmati setiap nafas yang dihela kurniaan Illahi membuatkan saya lebih sedar bahawa umur yang dipinjamkan semakin suntuk dan makin menghampiri garis penamat. Entah bila akan di bawa pergi.
Merenung dan menghayati setiap detik bersama orang2 yang tersayang, dikelilingi hilai ketawa dan wajah jernih anak2, restu ibubapa dan kasih sayang suami membuatkan saya merasa betapa bertuahnya saya hidup di dunia ini.
Kerdilnya saya di sisi Tuhan di atas limpah rahmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya.
Hinanya saya di sisi-Nya kerana masih gagal menempatkan diri sebagai hamba yang terbaik.
Lalainya saya kerana sering lupa mengucapkan terima kasih di atas segala rahmat dan rahim yang dikurnia-Nya sepanjang melayari hidup sebagai insan.
Tiada lain yang saya pinta..semoga hidup saya, keluarga, ibubapa, adik beradik dan para sahabat akan terus diberikan cahaya iman dan dikembalikan semula ke alam kekal sebagai insan yang terpilih di sisiMu ya Allah.
Berikanlah petunjuk- Mu Ya Allah..suluhkanlah kehidupan kami dengan rahmatMu yang berpanjangan. Jangan biarkan kami terus diulik kelalaian...kerana dunia cuma sementara dan akhirat jua kekal untuk kami.
Demi masa!
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh
Dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran
serta berpesan2 dengan sabar.
(Maksud surah Al-'Asr)

4 Comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir daripada kami sekeluarga. Mudahan dimurahkan rezeki dan diberkati usia hingga ke akhirnya, InsyaALlah.

Abe, Atie dan anak-anak.

noorzie said...

T.kasih. Semoga kita sama2 diberkati Insya Allah.

Mastura Daud said...

InsyaAllah Amin...

Selamat panjang umur kak Noorzie,
belum tua lagi tu hehehehehe

Hepi Besday, moga sihat n ceria2 selalu..! ;)

noorzie said...

Tq Mas...Mudah2 an hidup kita diberkati Allah. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...