10 Q WITH 1000 SMILES

Sunday, 15 March 2009

MINGGU YANG SIBUK

Minggu ni terasa masa begitu cepat berlalu dan pelbagai peristiwa berlaku...kalut sungguh lebih2 lagi dengan ketiadaan pembantu di rumah. Hmm..kerja rumah macam tak pernah habis. Nasiblah anak2 dah agak besar dan boleh diharap untuk menolong yang mana perlu.

Pembantu rumah sementara mogok dan "hilang ditelan tsunami". Terkadang terdengar rungutan anak2..kan baik jika mama duduk aje kat umah..goyang kaki jaga kita je..aaaa..aa.. ye lah tu...

Pagi tadi pula hantar Abby ke kelas tekwando dan jam 10.00am, menghadiri mesyuarat agung Persatuan Penduduk. Nak tak nak terpaksa juga hadir memandangkan saya adalah sesatunya wakil wanita dalam persatuan. Nampaknya banyak perkara positif yang dapat dilihat hasil inisiatif AJK Persatuan dan kerjasama para penduduk. Kejadian jenayah ragut setakat 6 bulan pertama ini dilapurkan hanya 1 kali berlaku berbanding bulan2 sebelumnya. Raungan motor Geng2 Mat Rempit juga sudah lama tidak kedengaran. Aktiviti Poco-poco berlansung dengan baik malah pasukan Futsal untuk remaja juga turut diaktifkan.
Dan... sebenarnya banyak lagi rancangan diatur demi keselesaan penduduk..Insya Allah.
Psst...baru abis tengok bola...Chelsea -v-Man City yang berkesudahan Chelsea menang 1-0. Yezzaa...
Malam tadi Abang Aiman merajuk panjang tatkala Man United dibelasah Liverpool. Abby yang memilih Liverpool senyum panjang...dan Abang Aiman sampai petang rajuknya tak kebah..sudahnya untuk memulihkan suasana my hubby ajak semua anak2 terunanya pi layan bowling dan near maghrib depa balik ke rumah dengan senang hati dengan tomyam dan kerabu kaki ayam ditangan...rahsianya...abahnye udah dikalahkan Abang Aiman masa main bowling tadi tu..hee..hee..mama pun tumpang gumbira sebab..tak payah masak untuk dinner..!!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...