10 Q WITH 1000 SMILES

Saturday, 7 March 2009

PEMBELAJARAN SAINS & MATH DI DALAM BAHASA INGGERIS..WAJARKAH DIMANSUKHKAN?

Nampaknya perdebatan tentang keperluan pembelajaran di dalam Sains dan Math di dalam bahasa Inggeris diteruskan begitu hangat diperkatakan.Susah sangat nampaknya Kementerian Pendidikan untuk membuat keputusan.
Pelbagai nasihat dan kajian dibuat tentangnya. Malah turut dibincangkan betapa banyaknya wang dilaburkan untuk menyediakan prasarana pembelajaran ini samada dari sudut ilmiah, buku rujukan , tenaga profesional mahupun penyediaan tenaga pengajar.
Saya tertarik membaca kupasan yang dibuat oleh En Zali di dalam blognya http://razalitumirin-zali.blogspot.com/ ..menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama.
Saya sebenarnya lebih berpendirian agar kedua2 subjek ini diajar dalam bahasa yang lebih mudah difahami dengan kata lain di dalam bahasa penghantar sekolah itu sendiri. Mempelajarinya di dalam bahasa Melayu adalah langkah bijaksana yang perlu diambil.
Memperkasakan dan mendaulatkan B. Melayu sebagai bahasa pembelajaran satu hal dan mempelajari satu sesatu subjek yang berbentuk teknikal lebih mudah untuk difahami jika diajar dengan bahasa percakapan seharian.
Melihat anak2 berkerut2 untuk memahami pelajaran dan permasalahan subjek Sains & Math membuatkan hati saya rawan. Sudahlah kedua2 mata pelajaran ini sering dikatakan dua subjek yang paling sukar disekolah..di ajar pula dengan bahasa yang sukar difahami (secara psikologinya tidak bagus untuk proses pembelajaran) malah guru terpaksa pula menjadi translator untuk lebih memahamkan anak murid...seolah mengiyakan pepatah Melayu..tak ada beban batu digalas.
Tidak ada jeleknya jika kedua2 subjek itu diajar di dalam bahasa Melayu. Di zaman saya dulu, kami belajar dengan gembira kedua2 subjek ini di dalam b. melayu dan tidak pula saya mendengar pakar2 kelahiran Malaysia dipandang "kodi" di taraf dunia. Malah ramai sekali cendiakawan dilahirkan dan terkenal di arena antarabangsa dulunya mempelajari kedua2 subjek di dalam b.Melayu..! Tambah lagi teori dan hukum Math @ Science tidak pernah berubah jikapun diajar di dalam apa jua bahasa.
Mungkin apa yang dirisaukan oleh pihak kerajaan ialah kelemahan anak2 didalam menguasai bahasa Inggeris (yang dikatakan sebagai bahasa perdagangan a.k.a lingua franca...) dan dibimbangi bangsa kita kan ketinggalan di dalam arus persaingan. Jika itu sebabnya maka janganlah pula kita memperjudikan nasib anak2 dengan memperlakukan mereka sebagai bahan ujikaji!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...