10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 7 April 2009

LAMA TAK JUMPA...

Lama sungguh menyendiri. hati memang dok teringat sangat nak update blog tapi macam2 hal terjadi lately..
Yang paling latest, salah seorang staff di jabatan kami..entah kenapa berhenti 24 jam. Haru biru di buatnya. Mana nak cari dokumen.. mana nak siapkan kerja2 yang sering dibuatnya.
Dalam pada dok sibuk giler..tiba2 mendapat panggilan dari orang yang menggelarkan dirinya sebagai anak saudara si anu dan mengkhabarkan si anu tu dah meninggal dunia "sudden death" dan telah selamat dikebumikan dikampungnye..
Aduhh..rasa macam nak menangis lah pulak memandangkan si anu tu agak rapat dengan kami semua..malah ramai yang menalipon bertanya bagaimana mahu menghantar duit sumbangan. Sementelah sehari dua dia macam tak ceria dan sempat bersalam dengan seorang staf kami yang lain...dengan mengatakan dia akan bercuti dua hari.. terbit rase terkilan..sebab tak sempat nak bermaaf2an..walaupun dia dah menunjukkan unsur2 "buang tabiaat" lebih dari seminggu!
Dan selang seketika..kami mendapat kabar dari kampungnya pula ..dok mencari si anu dan bila dikabarkan ttg kabar yang baru diterima yang mengatakan adiknya dah meninggal..depa macam bo layan aje seolah takde apa yang nak diherankan..yelah pelik juga..adik-beradik meninggal takkan tak tahu atau tak sedih..Malah dok tanya si anu tu ada masalah ke kat pejabat? Malah sempat tanya bonus bila..cehhhh!
Heran sungguh kami..ni! Rupanya..kami ditipu hidup2..buang airmata je!
Tapi bila difikir2kan kenapa ada orang sanggup berbuat demikian mempermainkan isu kematian..?
Sampai lani si anu kami tak dengar berita. Entah hidup entahkan mati betui..dan jika betul dia hilang kenapa adik beradiknya tidak kisahpun untuk membuat lapuran polis? Begitu rapuhnya hubungan kekeluargaan!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...