Tapi tak pelah..cubaaaaan! Hari ni nak citer benda lain lah...
Balik ke rumah petang tadi anak saya yg ke 2, Afnan..bertanya Bermula dengan perkataan...
KENAPA...
- Ada orang pandai...dan berterusan pandai sampai bila-bila
- Ada orang yang nampak pandai tapi sebenarnya tak pandai
- Dan...kenapa ada orang tak pandai-pandai..sampai tua
Wah...apa punya teka teki ni?
Saya diam sekejap..nak cari idea macamana nak jawab ni..Teringat saya kepada sebuah cerita yang saya baca sewaktu kecil2 dulu..dari buku Hikayat Cerita-Cerita Rakyat..jadi saya mulakan dengan bercerita kepada nya,
Once upon a time...cehhh..bukan macam tu..mukadimahnya..tapi gini:Pada suatu zaman dahulu, ada sekumpulan pelajar, belajar di sebuah sekolah pondok. Ramai sekali para pelajar di sekolah berkenaan. Dalam ramai2 pelajar ada seorang pelajar baru yang paling muda dan kecil berbanding pelajar yang lain. Mama namakannya sebagai Afnan.
Semua pelajar di situ bijak, kuat dari segi hafalan dan rajin belajar ke semuanya. Pendek kata amat susah untuk mencari siapa yang paling bodoh. Dan..setiap pelajar cuba pula memenangi hati guru mereka yang bergelar Tok Guru Utama.
Walau bagaimanapun, apa yang menghairankan para pelajar ini ialah biarpun masing2 punya kepintaran tersendiri Tok Guru Utama kelihatan sering melebih2kan Afnan.
Ini menimbulkan rasa ketidakpuasan hati mereka.Mereka pelajar yang lebih senior lagi terror tetapi kenapa masih tidak dapat memenangi hati Tok Guru Utama.
Rasa ketidakpuasan ini mula merebak menjadi nanah dan mereka mula mengusulkan agar dibuat satu pertandingan untuk mencari siapakah pelajar paling pintar dikalangan mereka. Hal ini disampaikan kepada Tok Guru Utama.
Tok Guru Utama akhirnya bersetuju untuk mengadakan satu ujian dan sesiapa saja yang merasakan diri mereka pandai boleh mencalunkan diri untuk "bertanding". Bagai pucuk di cita ulam mendatang...Tiga orang pelajar mendaftarkan diri. Mama namakan mereka ini sebagai Pandai, Bijak dan Cerdik. Afnan pula dok diam2 dan tidak pula dok sibuk mencalunkan diri sendiri sebagaimana seniornya si Pandai, Bijak dan Cerdik.
Tok Guru Utama membuat pengumuman.."Wokeh..Sabtu depan kita semua akan berkumpul di kaki Bukit Panau dan saya isytiharkan Afnan juga akan masuk di dalam pertandingan ini!" Afnan masih diam tapi Si Pandai, Bijak dan Cerdik bertepuk tangan riang...hmmm..baru kita boleh bertemu "buku dengan ruas".
Tibalah hari Sabtu...maka pertandinganpun dimulakan dan berdasarkan kedudukan markah ke semua empat pelajar mendapat markah yang tinggi dan hampir menyamai di antara satu sama lain.
"Announcement..please! Aikk..bukan macam tu..."Hebahan...hebahan..Tok Guru Utama akan menentukan siapakah pelajar paling pintar berdasarkan ujian yang akan diadakan nanti...
Semua mata tertumpu kepada Tok Guru Utama..."Wokeh..di atas bukit sana ada sebuah bangsal. Di dalam bangsal sana ada seekor kambing yang baru beranak. Kamu berempat di kehendaki melawat kambing tersebut dan turun ke kaki bukit untuk memberitahu kami apa yang kamu nampak. Kami akan tunggu jawapan kamu semua di dataran. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam"
Hmmm..apalah punya koman soalan macam tu nak diujinya...Tak ada kelas langsung. Mereka melihat bukit yang ditunjukkan Tok Guru Utama..huh..mencabar..curam dan berbatu2.
Si Pandai menarik diri dari pertandingan kerana merasakan Tok Guru Utama sengaja mengada2kan ujian bodoh dan sebagai seorang yang terpelajar dia merasakan ...tak sesuai melalui ujian yang sebegitu. Maka tiga orang pelajar meneruskan pertandingan.
Si Bijak adalah pelajar pertama yang pulang ke dataran. Termengah2 tapi dengan senyum lebar dia memberitahu khalayak ramai, " Aku nampak ibu kambing berserta 3 ekor anaknya." Tanya Tok Guru "Apa warna anak2 kambing tu?" Si Bijak menggaru2kan kepalanya. "Saya pergi lagi sekali untuk siasat Tok". Tidak lama kemudian dia turun dan berkata, " Ibu kambing berwarna hitam. Dua anaknya berwarna putih. Seekor lagi berwarna putih dan hitam." Tanya Tok guru lagi, "Berapa betina dan berapa jantan?" ..Si Bijak masih menggaru2kan kepalanya "Saya minta izin untuk pergi menyiasat lagi Tok Guru..." dan begitulah kesudahannya Si Bijak berulang alik ke puncak bukit kerana tak habis2 membuat siasatan ke atas kambing. Penat sendiri...
Si Cerdik merupakan pelajar ke dua yang turun ke dataran. Soalan yang sama di tanya Tok guru..Jawab si Cerdik..."Saya nampak ibu kambing berserta 3 ekor anaknya. Anak2 nya itu terdiri dari 1 jantan dan 2 betina. Agak panjang sikit penjelasannya berbanding Si Bijak tapi belum dapat memuaskan hati Tok Guru Utama. Tok Guru Utama bertanyakan soalan yang lain tapi masih berkenaan dengan kambing. Dan seperti si Bijak ..si Cerdik juga terpaksa berulang alik turun dan naik bukit bagi meneruskan siasatan. Huh..penat nyer....!
Si Pintar yang berada di tepi dataran tersenyum sendiri dan berpendapat dialah yang akan diisytiharkan sebagai pemenang kerana telah membuat keputusan yang tepat kerana tidak meneruskan pertandingan yang bodoh dan memenatkan itu.
Afnan akhirnya muncul di dataran dan menyampaikan lapuran tentang apa yang diperhatikannya....."Di puncak bukit ada seekor ibu kambing berserta 1 ekor anak kambing jantan yang berwarna putih bertompok hitam dan 2 ekor anak kambing betina berwarna putih. Ayah kepada kambing2 tidak kelihatan di mana2. Saya juga nampak seorang pengembala lelaki di situ dan dia merupakan penjaga kepada kambing2 berkenaan. Tuan punya kambing2 tersebut adalah Tok Guru Utama...." begitu detail dan yakin sekali Afnan memberikan penerangannya.
Semua orang bertepuk tangan, Afnan tidak perlu berulang alik ke puncak bukit berbanding dua peserta yang terdahulu...Kenapa?...Kerana Afnan telah menggunakan kepandaian, kekuatan hafalan dan lain2 sebagai ilmu penyuluh sewaktu membuat tugasannya.
Sekarang semua pelajar tahu kenapa Tok Guru Utama merasakan Afnan adalah pelajar istimewa berbanding seniornya yang lain.
Maka jawapan Mama kepada persoalan KENAPA yang di bawa Afnan tadi...Setiap insan yang dijadikan Allah adalah istimewa. Makhluk saja yang mengkategorikan manusia mengikut kasta kepandaian yang dirumuskan oleh mereka sendiri. Pandai, cerdik dan bijak di sisi Allah adalah berdasarkan darjah keimanan seseorang.
Hanya Allah jua yang punya darjat kepandaian yang tidak boleh dicabar.Kita yang bertaraf mahkluk cuma punya picisan akal yang sepatutnya digunakan untuk memandu ke arah jalan yang di redhai-Nya.
Kepandaian dan kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan . Bersyukur dengan setiap yang dikurniakan kepada kita. Tapi ....kita juga perlu terus berusaha untuk terus tabah dalam mencipta kejayaan...kerana jika kita boleh memilih untuk hidup senang kenapa perlu terus bersedih di alam derita...:
- Si Pandai adalah mereka yang sering angkuh, beranggapan diri mereka pandai dan betul dalam segalanya. Sukar menerima kekurangan diri.
- Si Bijak mewakili orang yang beranggapan dirinya bijak tetapi tidaklah sebijak mana dipemerhatian pihak yang lain.Dengan kata lain Si Bijak mewakili pihak2 yang selalu "Perasan Bagus".
- Si Cerdik merupakan golongan yang cerdik tapi masih perlu diberikan tunjuk ajar yang berpanjangan agar kecerdikannya tidak "mati'
- Si Afnan adalah insan special..biar punya kekurangan yang ketara tetapi tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tidak bangga diri dan menghargai ilmu yang dipelajari dengan mempraktikkannya dijalan yang betul.
KERANA kita perlu ingat pesanan ini juga:
"Beramallah seolah2 kita akan mati pada esok hari dan berkerjalah seolah2 kita akan hidup sepanjang zaman!"
Wokeh ....Don't worry... jangan takut untuk gagal KERANA kegagalan akan membuatkan kita lebih gagah melangkah di masa hadapan!


0 Comments:
Post a Comment