
Yang hidup pasti akan mati. Teringat bait-bait lirik lagu nasyid "Selimut Putih" yang didendangkan sewaktu kecil2 dulu...
" Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan.."
Kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong dan pulang hanya ditemani dengan sehelai kain putih buat membalut jasad yang pasti jua akan hancur dimamah bumi, akhirnya.
Cahaya yang bakal menyinari dunia kita di alam baru adalah iman. Semoga keimanan kita kepada Yang Maha Esa terpelihara, Insya Allah.
Kembalinya Michael Jackson ke alam baru diratapi jutaan peminatnya. Lagu dan gerak tarinya memang dahsyat dan best!
Di saat2 terakhir detik hidupnya Allah telah membukakan pintu hatinya untuk memeluk Islam. Dan..Siapalah kita untuk mempertikaikan keihklasan dan tujuan sebenar keislaman dan ucapan Syahadah yang dilafazkannya. Saya terbuai dan terpaku seketika mendengar lunaknya suara Michael Jackson menyanyikan lagu puji2an kepada Allah. Thanks Azah..yang sudi meng-emailkan lagu tersebut.
Cuma agak tertanya2 kerana sehingga kini...ke mana jenazah Michael Jackson disemadikan masih lagi menjadi misteri....! Semoga rohnya tenang dan dirahmati!


0 Comments:
Post a Comment