Kita tidak boleh memaksa untuk orang menyukai kita sebagaimana orang juga tidak boleh memaksa kita menyukai mereka.
Taste kita tak sama dengan taste orang...maka usah gusar jika kita merasakan "budu" itu enak dan orang lain memandangnya dengan penuh jijik. Sedap ditekak kita, loya ditekak orang ...dan walau cantik di mata kita ..masih buruk di mata orang. Maha Suci Allah Maha Mengetahui akan sebab dan kewajarannya memberikan manusia hak untuk memilih dan punya citarasa tersendiri. Jikalah semua orang mempunyai rasa dan pilihan yang sama memang parah..hee.hee..makanya itu yang jadi suami yang ganteng dimata kita turut menjadi idaman semua orang dan ...isteri kita yang cun melecun di mata kita turut menjadi intaian si mata keranjang...huh memang parah..itulah agaknya bilamana ada yang punya "taste" yang sama dengan kita maka menjadi hidup kita terkadang agak tersasar bilamana ..ia turut memungkinkan "perkongsian suami" ..berlaku..oppss..sensitif! Sebenarnya bukan itu yang ingin saya coretkan...bukan mengenai isu "bermadu" tetapi lebih kepada perasaan dan luahan hati seorang insan ...yang cuba melakukan yang terbaik tetapi belum dapat memenangi hati mertuanya. Puncanya kerana diri tidak punya harta berbanding keluarga sang suami yang punya segala. Dek kerana jodoh mereka kuat maka termeterailah sebuah ikatan perkahwinan biarpun pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi. Sudah punya anak tiga tapi mertua masih tidak dapat menerimanya sebagai ahli keluarga. Di pandangan mata saya si isteri tiada cacat celanya..cantik rupa dan cantik juga budi bahasanya.Berpelajaran tinggi malah memegang jawatan yang hebat di jabatannya. Puncanya kerana si isteri tadi cuma anak nelayan dan tidak setanding berdiri disebelahnya. Entah kayu pengukur apa yang digunakan si ibu mertuanya di dalam menilai ISO sehingga bukan sahaja menantu malah cucu sendiripun tidak mahu diakui malah melarang keras dan diharamkan menjejakkan kaki kerumah agamnya. Si isteri dituduh membawa bala dan menggunakan bomoh untuk memerangkap anaknya untuk menjadi suaminya. Jatuh airmata saya tatkala mendengar luahan hatinya. Saya bukanlah orang yang tebaik untuk memberi nasihat..cuma berharap agar telinga yang saya tumpangkan untuk mendengar luahan hatinya itu sekurang2nya dapat mengurangkan derita hati yang dialami. Doa saya agar suatu masa nanti mertuanya sedar..tiada kasta di mata Allah..harta bukan untuk di bawa mati..iman jua yang menjadi taruhan . Semoga teman saya terus tabah...!


7 Comments:
Salam..k.zie ada lg ceriter ibu mertuaku dizaman yg seba canggih ni..spt dlm dialog ibu mertuaku.."kalau engkau aku dah x suka..keturunan kau pun aku x suka..nyah kau dr sini"
salam.zie..lame tak online?sure bz sgt2 ni..anyway,coretan kali ini memang kelakar skit dgn wujudnye species ibu mertua yang cam tu...sabar je lah dek krn cinta dan jodoh...i think this issue is just a matter of time..krn hati2 manusia tu sume nya dlm genggaman Yang Maha Kuasa dan ujian kite pun berkadaran dengan keupayaan sendiri yang ditentukan Nya...iyaah!..sabar adalah kunci dan doa pula tawakal kita kpd Nya...
anonymous tu ..az.a.h
salam, itu namanya mak mertua yang tidak sedar diri...percaya kepada pekara mengarut...takpe Allah Maha Mengetahui....Mudah2an Allah membuka mata dan minda dia dan sedar bahawa menantu dia itulah adalah yang terbaik.....Amin...
Salam Tiza
Emm..kisah ini akan terus kita dengar seandainya'mata" lebih memandang harta berbanding "pekerti mulia".Hah..besok bila dah terima menantu jangan awaklah ikutkan perangai yang tak elok tu..jadilah seorang mertua yang bersederhana dalam segala hal..cewahh...!
Salam Azah
Sejuk hati membaca garapan ayat2 Azah tu. Mudah2 an teman kita tu terus tabah dan diberikan keberkatan didalam melayari rumahtangganya dan mudah2an jua disatu masa nanti mertuanya akan menerima dirinya dan anak2nya sebaimana yang sepatutnya.Insya Allah.
Salam Anonymous
Kita tidak boleh memaksa orang menyukai diri kita dan orang juga tidak akan sering sependapat dengan kita.
Mudah2an kita sering mendapat petunjuk dari Allah agar terhindar dari menjadi insan yg penuh keangkuhan didunia tapi rugi di akhirat.
Insya Allah dengan izin Allah semuanya akan berakhir dengan baik.
Post a Comment