10 Q WITH 1000 SMILES

Monday, 13 July 2009

TEMAN SEKAMPUNG RAKAN SEPERMAINAN

Hidup memang indah jika dikelilingi oleh sahabat handai, rakan taulan dan saudaramara yang saling mengingati dan "best giler".
Hati saya sebenarnya berlagu riang tatkala mendengar "mini re union" yang dirancang secara bidan terjun dapat direalisasikan. Hmmm...teruja nyer...hee..hee..
Mari saya perkenalkan....
Dari kiri Rohaida Muhaiyiddin, Zie, Ima Idris dan Azah Abd Halim
Ketiga-tiga sahabat saya ini adalah teman sekolah rendah sewaktu belajar di SRK Sri Suria pada tahun 1976-1981. Cuba kira sudah berapa lama..? 40 tahun - 7 tahun=33 tahun. Wow!
Kenangan lama jika mahu dirungkai kembali memang memerlukan masa..tapi..depa bertiga ni memang tak perlu masa yang panjang untuk saya pikirkan..Yok ..nak stori sikit..
Ima dan Azah ni..sememangnya dari kecil asyik bercouple..sampai ke "tua"..persahabatan yang dibina tetap unggul. Azah agak agresif manakala Ima pula agak reserve..satu kombinasi yang bagus..Alhamdulillah. Dulu tu rumah merekapun bertentang tangga je.Dan yang ajaibnya mereka berdua memilih kerjaya sebagai arkitek..macam dah janji2 lah pulak...
Teringat lagi..ajakan Ima..suatu masa dahulu.."Marghi lah kita main kat ghumoh Ma..kita main zero point atas rumput karpet..best..Jatuhpun steady je. Tak sakit..kakipun tak cemar...Pas tu kita panggil Azah main sekali". Huh..dahsyatnye penangan rumput karpet ..Maka sayapun apa lagi laju je bergateh basikal ke umah nye..Tapi Azah ni jarang dok main kok sei de..agaknya kerja dia study aje..hee..hee..ulat buku wehhh!
Kalau saya dan adik2 punya nama panjang berjela tapi kata Ima nama adik beradik mereka cuma ada 3 huruf saja senang nak tulis dan senang nak sebut. Kalau tak silap saya diantara adik beradiknya yang saya masih ingat ialah Ida dan Idi. Tapi kata Ima lagi adik beradiknya yang lelakinya tidak berumur panjang..kenapa ya?
Azah dan Ima juga pelajar yang "glamer" sewaktu zaman persekolahan.Makanya mereka adalah orang2 yang terawal dilantik menjadi pengawas sewaktu darjah 3. Seorang lagi ialah Hasni Mohamed. Manalah pergi Hasni ni..lama sungguh tak jumpa..berita terakhir yang saya dengar ialah dia dah jadi cikgu..tapi di mana ya?
Tapi Ima dan Azah tak lama di SRK Sri Suria..tak sempatpun menghabiskan masa di darjah 6 bersama kami..walau bagaimanapun kenangan bersama mereka tidak dapat dilupakan..dan saya tidak tahu samada Azah ingat atau tidak akan peristiwa ini...
Waktu itu kami diakhir tahun 4 dan saya sibuk di padang SEKOLAH meraut buluh2 untuk dijadikan tanglung. sempena upacara "Puja Umur Sultan Kelantan" ..bersama Sir Satchinathan ..lebih kurang begini..
Azah: "Zie marghi sini..saya ada rahsia nok ghoyat ni..."
Zie: "Gapo dia gat Azah..wei..orghe dok tengoh sibuk ni"
Azah : "Nok tahu ko dok?Kalu tok sei tahu gak biar tapi jangan nyesal..!"
Alamak..ini tak buleh jadi..memang rahsia besar..!
Zie: " Ghoyat..la..bisik saya..'
Azah: "Shiiiiuuutttt...Kecek tu kohor sikit gak...Gini Saya dah tahu 3 nama naik untuk pemilihan Penolong Ketua Pengawas untuk tahun depan..Awak nok tahu dok?"
Zie: "Ghoyat la.."
Azah: "Tak leh royat!"
Zie: "Ehh...agah la pulok!Sak ni sibuk sangat nok ghoyat"
Azah: "Nok gurau sikit pun tok leh. Kalu sayo ghoyat awak jange royat ko orghe lain..deh!"
Laju je saya ngangguk..macam ayam patuk tanah.
Azah: Nama hok naik ialah nama Hasni, namo sayo dan nama awok!"
Saya terkejut beruk.
Zie; "Kecek tu jangan dok berlawok. Tuhe marghoh!" Marah saya padanya.
Azah: "Sungguh la wei..tapi saya dok sei masuk calun lah sebab saya nok pindoh sekoloh.Gud luck untuk awak lah deh!"
Hmm..itulah Azah yang saya kenal..cakapnye telus, tegas , bertrampilan dan straight forward walau terkdg terlebih bekeng!
Dan Rohaida Muhaiyiddin pula..adalah teman "segateh basikal" saya untuk ke sekolah. Dok berdekatan dengan rumah saya..Da tinggal di berek JKR, Tanah Merah. Pagi2 kami akan beriringan ke sekolah. Rambutnya menggerbang macam mee maggie tapi..huh maintain..wa cakap lu.Badan slim..comel lote.
Yang buat saya tak boleh lupa ialah apabila kami selalu ditunggu dan di"buli" oleh rakan sekelas..di tengah jalan tanpa sebab..tatlkala nak ke sekolah..lupolah namanya..Nik Bazlan ke?
Apa namanya Da...?Kita tak leh recal la..Basikal kami akan dihimpit dan ditertawakan di kacau sehingga nak terjatuh ke parit. Hari2 gitu without fail. Yang herannya bila sampai di sekolah..si mamat ni buat2 tak kenal kami lak..macam tak dak apa2 berlaku. kami cuba bertanya tentang perilakunya..jawabnya mudah.."Suko hati aku la...!"
Entah apa kenalah mamat ni..sering saya mengusik Da..agaknya "peminat Da lah..tu!" Hee..hee..Da..carghi dia nok? kita tanya dia bakpo dia wat gitu..hee..hee..Kalu dia degil ... kita hantar "surat saman' kat dia.
Hmm.. tak sangka sungguh Da kini seorang lawyer. Masa sekolah dulu dok lah nampak dia ke arah itu..alih2 bila jumpo doh jadi loyar!Alhamdulillah...Saya tidak ketemu mereka lama sungguh .Dan dikesempatan ini memang banyak yang nak ditanya dan nak dicerita.
Tapi itu lah..Nok cergita memanglah tak kan habis ...banyak benda yang ingin kami bualkan cuma masa agak singkat. Semoga tali silaratul rahim ni tetap erat dan kukuh. Insya Allah. Terima kasih Tuhan kerana sering menemukan saya dengan teman2 yang hebat dan berhemah .


2 Comments:

Anonymous said...

salam.zie..special betul coretan kali ni,yea lah dah kena btg hidung sendiri pulok..hehheh dan amat mencuit hati..betul laa,memori zie ni first class cos sya tok ingat lasung sume2 tu,entah wayar2 memori d kepala dah hairwire le kata kan...
yang paling sya ingat pasal zie..pulok,zie ni maintain cooool aje..expression muka selamba tak kira keadaan...juga tok larat nak compete masa exam..maklum la u r of the top students in class chempaka di sekolah sri suria yang glamer tu..
hmmm..masa cepat betul berlalu,dan by now kita sume tahu what we want in life..thx alot for the stories n frenship remains forever

az.a.h

noorzie said...

Salam Azah..

Memori yang paling indah adalah dizaman persekolahan. Beruntungnya kita dan kesian Michael Jakcson kerana tak merasa nikmat menjadi kanak2 dalam erti kata yang sebenar..ehhh..ke situ la pulak...

BTW..bila nak start update blog az.ah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...