TV3 telah "bermurah hati" menayangkan cerita Ayat2 Cinta baru2 ini. Teringatkan novel "Ayat2 Cinta" yang Azah kata best tu saya tegar untuk berada didepan TV dan menghalang niat anak serta abahnya yang lebih gemarkan cerita "Gladiator" yang ditayangkan di TV2. Memang menarik. Ceritanya mudah difahami tetapi mempunyai intipati yang bagus buat kita menilai erti Cinta dalam erti kata yang sebenar. Juga diselitkan tentang pengorbanan Aisya yang rela bermadu demi menyelamatkan nyawa sang suami yang di kenkang maut akibat fitnah seoarang wanita yang pernah dibantu dan telah menyintai suaminya secara diam Di paparkan juga tentang teladan nabi Yusuff di dalam menyelesaikan kemelut yang hampir sama. Dan saya cukup tertarik dengan nasihat si banduan yang berkongsi sel dengan pelakun utama yang hampir tewas imannya tatkala mengenang musibah menimpa...lebih kurang begini maksudnya..
" Allah mengetahui yang terbaik buat manusia. Jika dengan berada dipenjara dapat mendekatkan dirimu kepada Allah maka mengapa kamu perlu berduka." Dan sesungguhnya Islam itu sangat indah..tapi entah mengapa masih ramai yang memilih ekstrim secara tidak bertempat. Memusnah dan memusuhi sesama manusia sehingga digelar terrorism. Islam tidak akan pernah menghalalkan cara. Malah yang menghairankan kenapa kita sesama Islam perlu terus bersengketa , bermasam muka dan berbunuh2an hanya kerana tidak sependapat dengan perkara cabang? Melihat yahudi..mereka kecil tapi bersatu dalam segala hal yang melibatkan agama mereka,bangsa dan maruah ..berlumba untuk mengejar ilmu, kekayaan dan "menjajah tanahair ". Walau dilaknat tapi terus tegar berada dibumi ini dengan megah. Mendapat sokongan padu dari golongan non muslim. Tapi lihatlah Palestine...mengecil dari masa ke semasa. Silap2 haribulan terus lenyap dari peta dunia.Siapa yang bangun menyokong? Tiada penyatuan dikalangan umat Islam sendiri..malah negara Islam yang besar cukup takut utnuk bersuara kerana bimbang dikatakan sekutu palestine dan hilang kekayaan serta kuasa politik. Bimbang kalau2 dijadikan sasarabn bedilan Amerika? Entah..lah!


2 Comments:
salam,zie..
nanti boleh berdiscus dgn zie sebab dah tengok cite nii...n tengah tunggu filem msia ni yg setanding dgn ayat2 cinta...satu hari nanti..pasti,insyaAllah
palestin..sume org islam menyayangi bumi anbiya' ini...sya nak syorkan zie,baca satu novel islam,salahudin ayubi..(ref.my facebook 4 d photo) berkobar2 semangat jihad ku n membuktikan...nothing is impossible!
az.a.h
Salam azah
Beres!Nanti kita teroka!
Post a Comment