Lagu Cinta Buatmu oleh Qaseh Kaisara: Kisah tentang jejaka yang hampir berkahwin dan ditinggalkan tunang. Bagi menyelamatkan keadaan seorang gadis (pilihan ibunya) menjadi bidan terjun . Mahu tak mahu si jejaka menuruti pilihan ibunya.Pelbagai kisah berlaku sewaktu alam perkenalan.Ala2 kisah percintaan selepas perkahwinan. Ex- tunang kembali menagih cinta. Namun cinta sang jejaka sudah tersimpul mati buat gadis pilihan ibunya. Kisah percintaan yang simple tapi diolah menarik dengan gaya bahasa yang santai dan tidak berbelit2.
Aku Bukan Billy Miligan oleh Norhayati Ibrahim: Kisah tentang seorang jejaka yang dihimpit kemiskinan tegar menempuh hidup untuk menjadi orang kaya dan ternama. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan dan saham diusia remaja. Kaya dan berkahwin tapi gagal mencari cinta sejati lantaran galur hidupnya yang tidak disenangi ibumertuanya. Juga tentang cerita si gadis yang bekerja sebagai agen hartanah yang bersyukur dengan apa yang ada tapi turut gagal mengecapi cinta dengan rakan seuniversitinya. Si gadis tegar menenpuh hidup ..berjumpa dengan pelbagai ragam manusia dalam kerjayanya sebagai agen hartanah. Bertemu jodoh dengan si jejaka di atas..bacalah..untuk mengetahui kesudahan ceritanya...hee...hee..potong stim... Sebenarnya..jari jemariku ini haa.. dah malas naik menaip .....


0 Comments:
Post a Comment