Hari minggu yang lepas saya mengajak hubby ke Rawang. Nak tengok design pintu. Kami tiba seawal jam 10.30am. Kedai bukak jam 11.00 am. Ghairah lah konon..perli hubby! Tak tahan tunggu saya telefon tokei kedai...
Mama :"Halooo..u mau bukak ini pintu kedai jam berapa...kami dah lama tunggu ni...?U berniaga tak hari ni"
Tokei : " Haiyyaa...u tunggu wa datang lagi 15 minit!"
Hubby geleng-geleng kepala.
Kedai pintu ni memang penuh dengan pintu-pintu..dari jenis murah hinggalah yang ke mahal. Terletak di Bt 17, Rawang. Tokei kedai memang peramah dan tak jemu melayan. Saya turut meminta izin untuk mengambil gambar..
Kebanyakan pintu sebegini banyak digilai oleh orang2 Cina..
Harga pintu lebih kurang dalam lingkungan RM750.00 (1 pintu) tapi gedebak gedebuk..alih2 dah jadi RM4500.00 lebih..haiyaa...
Banyak design dengan pelbagai pilihan kaca,warna serta jenis kayunya...
Saya suka yang ini...Tapi beli sebelah pintu aje di apit oleh "anak pintu" berkaca disebelah kiri dan kanannya...puas mengayat tokei utk dapat harga terbaik...huh...






0 Comments:
Post a Comment