"SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. "
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. "
Petikan ini saya baca dari sisipan email ...dari teman2 yang ingin turut ingat mengingati agar...kita tidak berada dalam kapal yang sama dengan si Tanggang seperti di atas. Entah universiti manalah yang "malang" mempunyai tenaga pengajar yang "gitu-gitu" seperti di atas..bagaimana mahu mengajar anak bangsa kalau si tukang ajarnye..mempunyai hemah yang sebegitu rendah? Huhh...memang malang! Kekerapan cerita tentang bagaimana ibubapa dibunuh, dicedera dan diabaikan oleh darah daging sendiri "memang mengerikan". Ada anak yang berbuat demikian terdiri dari golongan berpendidikan tinggi dan tidak kurang juga dari golongan atau spesis penagih dadah dan kekurangan dari segi mental (gila). Tapi natijahnya tetap sama...mereka ini diklasifikasikan di dalam kelas yang sama iaitu berhati batu, bebal, derhaka dan gila! Malang sungguh nasib mempunyai anak yang lupa diri sehingga ke tahap "gaban". Bagaimana jika mereka turut diperlakukan begitu oleh anak2 mereka pula? YaAllah Ya Tuhanku...Selamatkanlah dan hindarkanlah diri ini , keluarga ku, saudara2ku dan sahabat handaiku dari mempunyai walau sekelumitpun niat untuk menderhaka kepada para ibubapa..dan moga diselamatkan juga diri kami dari mepunyai anak cucu yang sedemikian rupa....Amin.


2 Comments:
Ni lah padahnya bila akal di kuasai oleh SYAITAN..hilang pedoman hidup atas dunia ini
Salam Tiza
Memang ngeri dengan kisah2 anak2 derhaka ni..Moga dijauhkan Allah!
Post a Comment