Kami balik ke Kelantan, malam raya. Huh...jem giler. Bertolak jam 10.30pm dan sampai keesokan harinya jam 7.05 am. Lama nye dalam kereta..naik kematu..punggung ni hah...
Tapi itulah...inilah trillnye...menjadi perantau...sesekali balik kampung...di musim perayaan terutamanya..pelbagai ragam dan cerita boleh dirakam!
Kami ke pasar..hajat di hati nak bikin laksa dan laksam...Tapi gak..Jemmm...susah nar nak dapat parking...Walau apapun ...demi laksam..hati kena sabar! Barang2 jualannya? Hmm... Tok sah cakap la Dijamin "lebih mahal" dari harga kat KL..kata abah..harga barang2 kat Tanah Merah ni paling mahal berbanding dengan bandar2 lain kat Kelate! Wah...kelas gitu.. Orghe Tanah Merah ni banyok pitis belako! Sbb tu brg pun mahal macam Bedil! Betul..kaaa?
Apa2 halpun kuih muih masih murah di sini...mana kat KL dapat cari arga kuih serial dapat 6 ketul kuih...sedap2 pulak tu!
Kabarnya harga emas makin naik..tapi pembelinya tak pernah surut. Di sini harga emas di beli dengan kiraan "rial berat" tapi saya tidaklah pulak tahu andai ditukar ke gram bagaimana bacaannya!
Emm..jika2 ubi2 ni..banyak sekali dijual di Bukit Panau dan sepanjang jalan dari Tanah Merah ke Machang..murah..wei..ubi badak RM2.00 sekilo...bestnya... terutama jika di makan kala hari hujan..di hidang pulok dengan air kopi dengan ikan kering...huh..nyakut sungguh!
Orang dewasa..guru2 dan para ibubapa diminta masuk bertanding dalam pertandingan "Cepat Tulis Huruf".Ramai yang turut serta...
Sebaik sahaja pengadil melaung..."Tulis A, B, C sampai Z"..sekonyong2..tiba "orang dewasa" ke garisan penamat..mengatakan dia sudah siap! cepat sungguh! Yang ditulisnya..."TULIS A B C SAMPAI Z". Pengadil menolak ..kertas jawapannya..tapi "orang dewasa" yang sorang ni beriya2..mengatakan apa yang ditulisnya adalah sebagaimana arahan. Pengadil pening kepala!! Dan..saya yang berada di situ pun rasa macam nak muntah! Auta sungguh!
Ini pula Sek Keb Tanah Merah..saingan utama Sek Ren Keb Sri Suria...terletak ditengah2 bandar Tanah Merah..
Saya juga pernah menjadi tenaga pengajar di sini sewaktu "break semester". Kala itu gurubesarnya ialah Cikgu Chamras...huh..cikgu ni..tersangatlah terkenalnya di Tanah Merah. Seorang yang tersangatlah dedikasinya terhadap sekolah dan para pelajar!
Jika Sri Suria terkenal dengan gurubesar CikGu Zainal Misai..maka Cik gu Chamras merupakan gandingan guru yang serasi di dalam persaingan membawa kedua2 sekolah ini dilandasan yang betul ..untuk muncul sebagai sekolah yang terbaik!! Kudos buat kedua2 gurubesar ini!
Hmmm..Tanah Merah tetap..di hati!
Saya juga pernah menjadi tenaga pengajar di sini sewaktu "break semester". Kala itu gurubesarnya ialah Cikgu Chamras...huh..cikgu ni..tersangatlah terkenalnya di Tanah Merah. Seorang yang tersangatlah dedikasinya terhadap sekolah dan para pelajar!
Jika Sri Suria terkenal dengan gurubesar CikGu Zainal Misai..maka Cik gu Chamras merupakan gandingan guru yang serasi di dalam persaingan membawa kedua2 sekolah ini dilandasan yang betul ..untuk muncul sebagai sekolah yang terbaik!! Kudos buat kedua2 gurubesar ini!
Hmmm..Tanah Merah tetap..di hati!


6 Comments:
tq zie...lov t merah forever
az.a.h
tq zie...1 and only ..our tanah merah
rindunya...tanah merah dah lama tak balik ni...
Iyelah Azah.. & Anonymous
Tanah Merah...the Red Land..memang cunlah!
salam ..saya bekas pelajar sekolah tadika situ jugak..seingat saya cikgu mi atau kak mii yang mengajar..
Betul tu tenaga pengajarnya ada 3 orang dan "pengetuanya" adalah kak mi nama yg dipanggil oleh para ibubapa.
Post a Comment