10 Q WITH 1000 SMILES

Wednesday, 28 January 2009

NOVEL BARU...BACA

Cuti hari minggu kali ini saya menghabiskan masa membaca 2 novel di atas. Rozita Abd Wahab dan Aisya Sofea merupakan dua lagi pengarang yang berjaya membuat hati saya terpaut untuk terus setia bersama karya2 mereka.
Gaya penceritaan mereka bersahaja, plot yang diolah tidak bercelaru...walau terkadang pembaca dapat meneka kesudahan cerita tetapi mata akan terus melekat sehingga ke helaian terakhir dek kerana keasyikan membaca seolah melihat satu ruang kehidupan disebalik mainan bait2 kata yang tercurah di dalam penceritaan mereka.
SETULUS HATI: Terbitan Alaf 21 dan berharga RM18.00
Cerita tentang kisah cinta seorang isteri bernama Zulaikha. Rumah tangga yang dibina bersama Zamri musnah angkara kedatangan orang ke 3. Mempunyai dua orang anak yang sering merindui kasih sayang seorang ayah. Zulaikha juga mempunyai seorang abang (Zaidi) yang begitu mengambil berat tentang hidupnya sehingga mengundang perasaan gelisah dan cemburu di hati seorang isteri (yang dikahwini akibat perasaan belas ehsan).
Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya (Zulaikha) menyaksikan rumahtangga yang dibina abangnya itu turut diakhiri dengan perceraian.
Kehidupan Zulaika yang kembali solo menjadi intaian 2 insan lain yang amat mencintainya sejak dari remaja...tetapi terpaksa mengalah apabila Zulaikha memilih Zamri sebagai suaminya. Dua lelaki yang amat mendambakan cinta Zulaikha ialah Dr Izham, rakan sepermainannya yang bertugas di M'sia Timur dan sanggup bertukar ke Semenanjung demi Zulaikha. Dan Nik Azhan pula merupakan bosnya yang juga merupakan rakan karib Zaidi turut meminati Zulaikha secara diam. Akibat cinta yang tidak kesampaian dia telah merantau ke luar negara sehinggalah balik ke Malaysia dan mendapati wanita pujaannya (Zulaikha) adalah juga stafnya sendiri. Mengetahui status Zulaikha yang kembali solo membuatkan cintanya berputik kembali dan sebagai satu cara untuk memenangi hati Zulaikha ialah dengan mendekati anak2 Zulaikha.
Konflik mula terasa apabila Zulaikha terpaksa memilih cinta barunya demi anak2nya biarpun hatinya hampir tertutup terus untuk lelaki. Masalah Zulaikha bertambah apabila mengetahui kesihatan Zaidi (abangnya) yang mengalami masalah sakit buah pinggang sudah di tahap kritikal. Dan keadaan semakin meruncing apabila Zamri bekas suaminya menuntut hak penjagaan ke atas anak2nya setelah perempuan yang baru dikahwininya tidak mampu melahirkan zuriat untuk dirinya.
Bacalah buku ini untuk mengetahui kesudahan ceritanya..

SELAGI ADA DIA : Alaf 21.
Buku ini dipinjamkan oleh rakan saya, Ms Nor. Dia pinjam koleksi novel saya maka saya dipinjamkan koleksinya miliknya pula ..Ok lah tu..sistem barter..gitu!
Novel ini bercerita perihal 2 orang adik beradik Arianni dan Mellini yang mencintai seorang lelaki yang sama ; Haris. Haris merupakan cinta pertama Arianni tanpa mengetahui lelaki tersebut juga turut digilai oleh kakaknya seorang yang berpewatakan serius, kuat berkerja dan mengejar cita2 sehingga agak susah mendapat teman lelaki . Berbanding Arianni, si adik yang lebih sempoi dan kuat berangan2 tetapi disenangi kawan2 dek perwatakannya yang bersahaja.
Kemelut cinta mereka bermula apabila cinta tigasegi ini dapat dihidu oleh Mellini. Arianni dituduh dengan pelbagai dakyah dan ayah mereka juga menyebelahi Mellini dalam hal ini.
Haris yang mencintai Arianni juga gagal bertindak sebagai "jantan sejati' apabila membiarkan kemelut ini berpanjangan dan tidak berani untuk berterus terang tentang keadaan sebenar. Arianni dibiarkan bersendirian menghadapi tohmahan malah keluarga Haris juga turut memihak kepada Melinni untuk dijodohkan dengan anak mereka.
Keadaan ini membuatkan Arianni nekad menyambung pelajaran sarjananya ke luarnegara dan membawa bersama hatinya yang lara.Dia nekad melupa dan menoktahkan cinta pertamanya
Setelah beberapa tahun merantau, dia dikejutkan dengan berita tentang kedua ibubapanya yang sakit. Berita ini dikhabarkan oleh Kak Lin (kakak iparnya) sesatunya orang yang memahami jiwa dan perasaannya.
Di dalam penerbangan pulang diketemukan dengan seorang duda yang sudah 8 tahun kematian isteri dan masih gagal melupakan cinta terhadap isterinya itu.
Baliknya Arianni ke Msia masih gagal untuk megubah persepsi kakak dan ayahnya terhadap Arianni. Malah Haris juga masih mendambakan cintanya biarpun hampir bertunang dengan Melinni...( pertunangan yang dirancang tidak dapat diteruskan apabila diputuskan oleh Melinni dengan alasan dia masih perlukan masa lantaran hanya berjaya mendapatkan fizikal Haris tetapi bukan hatinya.)
Kepada Kak Lin dan si duda itulah yang menjadi tempatnya mencurah perasaan hiba. Dari bersahabat ..mula bertukar kepada perasaan kasih. Malang bagi Arianni apabila mendapati Melinni juga mula merapati si duda dan sering berpasangan di atas nama kerja.
Mampukah Haris memiliki semula Arianni dan bagaimana kesudahan cinta baru Arianni terhadap si duda..baca le sendiri..hee.hee
Cerita ini juga ada membawa pembaca kembara ke Korea, melewati kisah2 yang diabadikan dalam drama Winter Sonata yang begitu popular sedikit masa dahulu..
Oklah...baca jangan tak baca!

Persamaan tentang kedua2 novel ini adalah tentang cinta yang disusuli dengan keikhlasan pasti berakhir dengan cerita indah. Juga tentang murninya kasih sayang di antara saudara..
Hmm..Saya sendiri tidak pasti samada masih ada lagi kasih sayang sebegini dalam dunia hari ini!

SENTOSA ISLAND,SINGAPORE

Cuti Chinese New Year yang agak panjang membolehkan kami sekeluarga bercuti lagi. kali ini kami memilih untuk bersantai ke Pulau Sentosa, Singapura dan kemudian meneruskan ekspedisi ke Pulau Batam, Indonesia.

Bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di CIQ..jam 5.30am kami mula berangkat dari KL dan sampai di Jb seawal jam 9am.

Meneruskan perjalanan ke Singapore melalui Woodlands. jangan lupa jika anda membawa kereta persendirian pastikan anda membeli "Passcard'..jika tak..awas! Buruk padahnya...

Jika Malaysia ada Eye of Malaysia depa pun ada jugek..dinamakan The Flyers..rasenya direhatkan seketika dan dalam proses pembaikian akibat kebakaran..


Senang juga jika menaiki kenderaan persendirian di sini..tak jam lah pulak ..cuma pastikan jika anda pertama kali memasuki Singapore..pastikan map sentiasa di tangan anda. Papan tanda agak mengelirukan kerana berbanding Malaysia..di sini arah jalan lebih banyak menggunakan kod..PIE lah..CTE lah..emm..aku keliru..bah!


Setelah hampir.."pening" mencari arah..akhirnya jalan Ke Sentosa terbentang di depan mata..Sentosa Island..Here we come!



Parkirkan dulu kereta ..dan kami menaiki train ..nak cari hotel..walk in..mudah2an masih ada yang kosong..


Hotel /Resort penginapan kami "Treasure Resort Sentosa". Terletak di Imbiah Station. Lokasi yang menarik kerana berdekatan dengan the main attractions yang ada kat sini. Malah train station just nearby. Cuma yang tak menariknya..banyak gangguan..dalam proses pembesaran dan upgrading..


Jom..singgah di kamar kami. Harga penginapan untuk semalaman ..hmm.. dalam $200.00 ++ Nilai pertukaran wang ($1.00 = RM2.42)




Katilnya..



Kamar mandinya..



Balkoninya..spacious....



Sudah selesai check in ..apa tungu lagi.. jom start our journey untuk pusing Sentosa Island..


Bagaimana hendak ke Pulau Sentosa? Anda boleh...
  • Menaiki kenderaan sendiri atau teksi melalui jambatan yang menghubungkan main island dengan pulau ini.
  • Menaiki mrt menuju ke Harbour Front Station dan dari sini ambil ajelah Sentosa Express/bus
  • Sentosa Express , naik ke level 3 di Vivo City (dari jam 7am-12mn)
  • Bus, naik di Harbour Front (dari jam 7am -12.30am)
  • Cable car, naik di Harbourfront, Tower 2 atau Mt Faber

Kami bernasib baik kerana tiba sewaktu Sentosa mengadakan Promosi "Sentosa Flowers" ..hmm di mana2 jua di hiasi dengan mekarnya bunga.




Memandangkan hari ini Jumaat..maka tidaklah kami berebut2..dengan crowded. Ambik gambar dan bertukar kenderaan untuk pusing2 pun smooth .. Alhamdulillah!


Berehat seketika..


Apa yang menarik di sini? Emm..ikut kata hati saya..Genting Highland "Kota Keriangan" jauh lebih vogue berbanding Sentosa Island ni!


Ada beberapa tempat menarik di sini..pantainya putih bersih..rapi terjaga! Jika anak2 nak mandipun tak risau dihanyutkan air laut kerana pantai2 ini di sekat2 dengan apa..ya..emm macam tali untuk tujuan keselamatan ..


Jika tak mahu pening kepala memilih..beli aje pakej yang ditawarkan :


$33.90 dewasa dan $ 21.90 kanak2 termasuk admission fees ( Diskaun lebih dari 30% dari harga sebenar) Wbp saya difahamkan promosi ini akan berakhir pada 31 mac 2009. Dengan pakej ini anda berpeluang menyaksikan dan menereko ke 4 attractions yang ada di Imbiah Station.


Salah satunya adalah di "The Merlion". Normal admission feenya ialah : $8 for adult and $5 for kid (age 3-12)



Afnan and The Merlion


Inilah dia The Merlion..yang termashyur seantero Singapore..separuh singa separuh mermaid .Tingginya mencapai 37 meters.. Menjelang malam The Merlion ini akan dilimpahi cahaya biru bergemerlapan..nampak jelas dari hotel kami..




Senyummm...chakk !



Abby..and The Hut



Flora dan Fauna...


Me and My Lovely Hubby



Cantik nyerr..landscape.. Ada rainbow lagi...



Images Of Singapore , di sini dipamirkan lebih kurang macam Singapore and it's lagend history. Segalanya ada di sini ..walk tru Singapore's history fr their primitive fishing village days to the growth of the land as a trading port. Ala2 muzium..gitu..napa..boring yekk!



Image Of Singapore dari sudut berbeza..Emm Cantik..nyer..

Bayaran masuk : Adult $10 and Child $7


Lain2 attraction:
  • Animal & Bird Attraction -Free admission
  • Butterfly Park & Insect kingdom : Fees Adult $10 and Child $6
  • Cable Car :Fees adult $18.90 and child $9.50 92 way tapi for normal kabin..k)
  • Dolphin Lagoon with show : Fees adult $22.90 and child $14.60
  • Fort Siloso Tours : inipun pasal history dan banyak replika di dalamnya. Fees adult $8 and child $5
  • Sentosa 4D magic. Ini anak2 pasti suka..Fees adult $18 and child $11
  • Sentosa CineBlast .Fees adult $18 and child $11
  • Sentosa Luge & Skyride..ala2 go kart Fees $10
  • Songs of the Sea
  • The Flying Trapeze $10 per swing
  • Tiger sky Tower yang tingginya 131m di atas paras laut. Fees Adult $12 and Child $ 8
  • Underwater World. Fees Adult $ 22.90 and Child $14.60
  • Fish Reflexology

Kami ada membeli tiket untuk pertunjukan song of The Sea, jam 8.30pm..jadi sementara itu jom jalan2 lagi...
Memandangkan kami tinggal di hotel di dalam Sentosa Island..kami bebas keluar masuk..Jika tidak anda dikehendaki untuk membeli admission fees untuk masuk semula ke pulau ini.

Pemandangan dari sini kurang menarik lantaran begitu banyak construction untuk membesarkan lagi Pulau Sentosa ni. Di jangka siap sepenuhnya menjelang 2010. Kami lunch di Vivo City..don't worry..ada sijil halal gitu..di sini juga ada supermarket Giant .
Untuk kemudahan solat...ada sebuah masjid berdekatan!



Merendam kaki..menghilangkan penat..

Abby di ViVo City



Naik train from Imbiah Station menuju ke Beach Station untuk melihat pertunjukan laser "Song of the Sea". Tiketnya $8.00 per person untuk pertunjukan selama 25 minit. Pastikan anda beli awal2..jika sold out..nasib badan lah..


Rilex la dulu..sementara menunggu jam 8.40pm. Pertunjukan diadakan pada dua sessi iaitu pada jam 7.40pm dan 8.40pm


Di Sentosa anda boleh memilih untuk menaiki apa jua kenderaan..bas,tram atau train..semuanya percuma!



Di perkarangan pintu masuk "Song of The Sea" .


Apa ke isi pati ceritanya Song of The Sea ni..?


Kisah sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Li yang dikurniakan dengan suara yang merdu cuba menyelamatkan Puteri Ami yang cantik tetapi terbelenggu di lautan ..tidooo..Dengan pertolongan seeokor ikan yang bernama Oscar (Tiger Fish) mereka menjalankan misi menyelamat dan mengejutkan Puteri Ami yang lena tidur. Mereka menyanyi dan terus menyanyi. Sepanjang perjalanan misi tersebut ..mereka bertemu dengan Lord of Fire, The Spirit of Light dan The Lady of The Sea.


Nyanyian mereka ini diiringi dengan music, pancaran laser, percikan api dan rembesan air..Menarik!


Di sinilah berlangsungnya pertunjukan " Song of The Sea"



Banyak cenderamata dijual di sini..tapi tak de yang berkenan di hati!


Ikon "Song of The Sea" ..Si Tiger Fish ..Oscar



Keesokan hari..Sabtu..orang ramai mulai bertali arus.. apa2 pun sebelum meninggalkan pulau ini apa kata kita pi ronda Pulau Sentosa dengan menaiki tram pula..



Kami nak menuju ke Pantai Palawan


Siloso Beach...Selain berkelah dan berenang ramai juga yang main Volleyball di sini .


Dan..tepat jam 2pm kami check out untuk menaiki ferry ke Batam Island..Tidak banyak berbelanja kerana tujuan sebenar kami ke sini adalah untuk berjalan2 ...tukar angin..Dan Shopping tiada dalam agenda kami..Wbp yang pasti saya agak gembira kerana dapat menambah koleksi ..LOCENG! Tring..tring..tring!


Saya sempat membeli ..loceng..loceng! Yeah...

Loceng..loceng! Ummmwahh..!

Monday, 19 January 2009

CUTI...OPPSS

Hari ini saya cuti..menghabiskan saki baki cuti tahunan. Terima kasih kepada teknologi IT yang ada lani...kalau tak pasti boring..anak2 semuanya ke sekolah..nak keluar pun malas rasanya...lebih2 lagi badan rasa macam nak demam. Jadi ..apa lagi browse internet la..macam2 maklumat ada di sini.
Hmm..laman web special telah dibangunkan oleh Mat Yong and The Gang..laman web baru ni adalah direka khusus untuk kawan2 sepermainan waktu kecik-kecik dulu..ex student Sek Sri Suria dan Sek Men Dato Mahmud. Alhamdulillah...bertemu semula dengan rakan2 lama memang "menterujakan"...ada masa lawatilah: http://puokzamesekolah.ning.com

Sunday, 18 January 2009

BN KALAH LAGI...

Keputusan pilihanraya di Kuala Terengganu sudah diketahui umum..BN kecundang lagi untuk kesekian kalinya.Petanda luka masih berdarah dan sukar untuk sembuh. Masih relevankah BN di mata rakyat?
Gali..gali..

Thursday, 15 January 2009

BUAH KEMUNTING..UMMMMWAH!

Inilah dia buah kemunting..pernah nampak tak?


Olawei...juicy..best sangat!


Gambar2 di atas saya dapat sewaktu dok browse internet, malangnya lupalak nak catitkan laman blognya tu..so my dear blogger sorry ye..i pinjam gambar kat atas..


Sebenarnya saya dok teringat kat Kemunting ni sebab dok ngenang zaman kecil2 dulu..sewaktu baya2 Afnan, 12 tahun my second son. Melihat anak2 yang sering terkurung dalam rumah ..mengingatkan saya betapa sewaktu kecil dulu saya agak bebas "merayau"..tanpa rasa takut diculik kaa..tak jumpa rumah ke..so happening...berbanding anak2 sekarang. Culik dan rogol..dua perkara yang amat ngeri lagi menggerunkan!

Berbalik pada citer tentang kemunting ni..setiap kali abis belajar di sekolah saya dan Abe akan dikerah ke rumah Mok Me (arwah nenek) yang terletak kira 2 km dari rumah kami. Kenapa? Nak mengaji al Quranlah. Ramai anak muridnya..lebih dari 20 orang.Kami akan berbasikal ke sana..jalan tanah merah..berlopak2.. rantai basikal Abe suka buat perangai..dan jadinya.. kami akan mengheret basikal sepanjang jalan..dan adakalanya saya akan menggengdong abe di belakang basikal..walau badannya agak kecil tapi..berat! Berpeluh seribu..penat weh!
Selalunya apabila tiba di sana..saya tidak akan terus mengaji..Mok Me dan Tok Ayah ada sebuah kedai makan (basal) di depan rumahnya. Saya akan meninjau2 kalau ada kuih kegemaran..emm..roti goreng inti kacang merah..kalau ada saya akan merajinkan diri menolong Mok Me berniaga dan membersihkan apa2 yang patut..sebab upahnya..mestilah roti goreng tu..yummy!
Bab mengaji ni..saya agak lembab sikit..disaat sepupu2 sudahpun baca Quran Besar saya masih dok bertatih Muqadam..waktu itu saya kira susah sungguh nak baca..tunggang terbalik..malah Abe lebih advance dari saya.."hati terang..perut cerah!"..emm..itu dulu lah..lani Insya Allah saya dapat membacanya dengan agak lancar tapi ...masih juga saya dok belajar..betulkan tajwid.
Sehabis belajar ngaji..apa lagi..merdeka!...Ambik "plastik ghokghat" bersama beberapa rakan kami pi ke padang yang terletak kira2 1 km dari rumah Mok Me....kami berlumba tangkap belalang..siapa yang tangkap paling banyak dia menang la..ada belalang hijau dan ada juga belalang coklat..terkinja2 ..dan adakalanya tersungkur mengadap bumi..hmmm.. bau rumput tika itu tersangatlah wanginya tambah lagi bila disapa angin semilir..
Dah penat cari belalang..kami pegi kutip kemunting..melihatkan buahnya yang ranum keunguan..membuatkan hati bersorak kegirangan..tangan kiri petik tangan kanan sibuk dok menyua kemunting ke dalam mulut..manis dan juicy sangat..hee..hee..teruk sungguh..makan buah tanpa dibasuh..alah..apa risau..fresh..gerenti tak kena cirit birit lah!
"Abe.. Kita kutip banyak-banyak ..nanti kita buat jem..ye" Bisik saya..tapi selalunya tak sempat buat jempun..habis kami makan.. hmm..layan ajelah!
Aktiviti petang kami tak habis di situ aje..agak2 lepas asar..kami akan berkumpul di tengah padang..main Bola Awa ka..Police Century ke..Susun Tin ka..dan macam2 lagilah..Main macam tak ingat dunia. Macamanalah kulit kami tak hitam berkilat..hari-hari disimbah sang mentari..Agak2 dah dekat jam 6 petang baru kami mengayuh balik ke rumah. Dan sebelum balik kadang2 saya sempat juga mencuri masa untuk mengintai buah kemunting..kot-kot ada yang boleh dikutip....boleh dijadikan bekal sewaktu mengayuh basikal pulang ke rumah.. Kemunting ..ooh Kemunting...kenapa kita tak komersialkan buah ni. instead of makan "blueberry cheese cake" kita tukar kan kepada perasa"Kemunting Cheese Cake" klass..gitu..
Ok..laa..Waktu belajar??? Nttah..saya pun tak tahu..sebab bila malam menjelma rasa penat sangat sampai nak bukak matapun tak larat..udahnya apa lagi...tidoooooo..la..Abah dan Mie pun dah tak kuasa nak marah ..agaknya sebab depa tahu..kami kat sekolahpun ..tak kurang terrornya..tak dok lah dok "benok sangat " ..Jadi depa biarkan kami menikmati masa kanak2 dengan cara kami sendiri..hee..hee ..
Hmm..Sesekali merenung ke belakang saya akan tersenyum sendiri...betapa indahnya melalui zaman kanak-kanak! Penuh variasi dan Ceria!





Sunday, 11 January 2009

CAMRY MENGGANTIKAN PERDANA DI PERAK & SELANGOR

Saya tersenyum membaca berita kerajaan negeri Perak dan Selangor telahpun menerima kereta Camry baru bagi menggantikan kereta Perdana yang banyak "songel". Apabila Terengganu menggunakan Mercedes bagi menggantikan Perdana, pelbagai aksi dan komen menarik dikeluarkan...dari kerajaan PKR.

Dan kini .."Mengata paku dulang serpih, Mengata orang kitapun lebih kurang je..yop!"..Cuma yang berbeda mungkin dari segi nada..dan rasional bagi menghalalkan tingkah...hmm..Bila kita di atas kita jarang melihat ke bawah dan sering juga "Kuman diseberang terang ternampak tapi Gajah didepan mata..haram tak nampak'..

Komen saya : Muak... lagi Memualkan.


Wednesday, 7 January 2009

10 MUHARAM 1430 HARI ASYURA


'Kacau Sugho'

Setiap kali menjelang bulan Asyura, hati saya mesti teringat keenakan bubur asyura yang dimasak oleh "Mama Kangkung" ibu saudara saya yang berada di Pasir Mas. Bubur asyuranya kelas..best sangat.
Mengimbas zaman kecil-kecil dulu..kami sekeluarga akan balik kg di Pasir Mas..naik bas SKTM satu famili..sebab nak makan suro. Selepas subuh ramailah orang kampung yang turut datang bergotong royong ke rumah mama..ada yang bawa beras, gula, susu,pisang dan macam2 lagi dalam talam kecil (disebut "sisa"). Selalunya mereka akan masak bubur asyura ni dalam 2 atau 3 kawah. Saya kurang arif tentang ramuannya..tapi kalau tak silap mesti menggunakan 10 jenis item . Tak kurang tak lebih..agaknya sebab nak ambik berkat no 10 Muharam. Dan bubur Kelate ni special sebab ia dicampurkan dengan rempah khas dan disedapkan lagi dengan daging urai...
Orang kampung secara bergotong royong akan start memasak dan mengacau secara bergilir2..ala2 macam kacau dodol tuu..dari jam 8 pagi..dan olawei lama nak masak tuu..agak2 petang jam 4 baru boleh makan. Selalunya kami anak2 akan berebut2 nak makan bubur yang panas2..bubuh dalam tempurung kelapa (tempurung yang dipecahkan untuk diambil santannya untuk dibuat bubur asyura tuu..) dan dialaskan dengan daun pisang..ummmwah..Adik saya "Abe" mesti tambah byk kali...dan arwah Mok..mesti bagi dia lebih..almaklum cucu lelaki kesayangan! "Maake..Abe..maake! Mok suko tengok Abe Se maake.." Hee..hee
Bubur tersebut disejukkan di dalam talam besar dan setiap orang dibekalkan bubur asyura di dalam "sisa". Dulu saya tak nak makan bubur yang telah disejukkan dan keras..nak tahu napa...hmmm..sebab rupanya macam..."tahi lembu"..isssyy..tak senonohkan! Tapi bila dah tahu Blockquoterasa...layan ajolah..best wa cakap lu..sehingga menjilat jari!
Lani tak tahulah mana nak cari suro ni..Mama Kangkung dah lama tak buat..'tok cekat' doh..katanya..Rindunya bubur asyura!
Ok..Citer sikit pasal Hari Asyura secara lebih ilmiah..
Asyura berasal dari perkataan arab yang bermaksud 10.
Nabi Muhammad SAW mengamalkan puasa Asyura sejak di Mekah lagi . Amalan berpuasa ini juga dilakukan oleh orang Yahudi yang disebut 'Yom Kippur". Baginda mengesah dan mensyariatkan puasa ini sehingga ia menjadi satu kewajiban. Walau bagaimanapun selepas Ramadhan dipilih sebagai bulan puasa umat Islam, hari Asyura tidak lagi diwajibkan berpuasa dan kekal menjadi amalan sunat sahaja.
Untuk membezakan amalan puasa umat Islam dan orang Yahudi , Rasulullah SAW telah menyarankan amalan berpuasa secara ganda, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a
"Rasulullah bersabda maksudnya : Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelum atau selepasnya".
Dan mengenai kebaikan berpuasa di hari Asyura ini pula,
Dari Abu Qatadah al Anshari r.a katanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) Jawab baginda, " Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu dan yang akan datang." Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharam). Jawab baginda "Semoga anda menghapuskan dosa tahun yang lalu" (Riwayat Muslim).
Banyak kejadian besar yang berlaku ketika 10 Muharam dan di antaranya ialah:
  • Hari pertama Allah menjadikan alam dan arasy
  • Hari pertama Allah turunkan rahmat dan hujan
  • Allah jadikan Luh Mahfuz
  • Allah jadikan malaikat Jibril
  • Nabi Adam dicipta
  • Nabi Idris diangkat darjatnya oleh Allah dan malaikat Jibril membawanya ke langit
  • Nabi Noh dan pengikutnya terselamat dari banjir besar dan berlabuh di puncak pergunungan
  • Nabi Ayub disembuhkan dari penyakitnya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya 40 hari 40 malam
  • Allah turunkan kitab Taurat kepada nabi Musa a.s
  • Nabi Isa a.s diangkat ke langit ketika baginda mahu disalib
  • Sayidina Hussein b Ali syahid di dalam peristiwa Karbala, di Iraq

Dan banyak lagi peristiwa lain...sama2lah kita cari , baca dan kaji... Wallahu a'lam.

Psst...Weehh..mano kawe nok carghi bubo sugho nih?

Monday, 5 January 2009

TAHUN BARU..MACAM-MACAM CITER...

Haik..haik.. Shhhtt..Abby tengah serius..

Buka langkah biar kemas..nanti tak lulus pulak!

Abby sedang diuji secara berkumpulan untuk dapat talipinggang Yellow 2

Langkah dan tumbukan mesti kemas..

Abah dan Abby ..Result grading akan keluar lagi 2 minggu..k

Huuh..semput rasenya ..tahun ni...macam2 nak buat..

Sabtu, 3 Jan 08
8.15 am - Awal2 lagi mama dah bangun..hari ni Abby ada ujian kelayakan untuk grading tekwando. Kecohnya bukan apa..ujian di buat di Sek Keb Taman Kepong ..kat mana? Nnttah mamapun tak pernah sampai... ke situ. Tapi berdasarkan peta..Insya Allah boleh sampai. Itu bukan masalah..tapi yang menjadi masalah besar sangatnye ialah..ujian tu tak tahu dibuat pukul berapa dan yang lebih nanya lagi...no telefon Instructor tu pun mama tak punya...dan Abby pulak....hmm..apapun tak tauuu.. Berdasarkan ujian grading yang lepas2..ujian dibuat disebelah pagi..jadi mama ambik keputusan untuk cecuba nasib lah pi pagi..
Mula2nya mintak abah tolong hantarkan ..tapi Ya Rabbi sikit punya liat nak tinggalkan bantal peluk.. Udahnya dengan mata tertutuppp..abah cakap ..mama aje le pegi..huuh..geramnye..
8.30 am - Mama ajak abang Aiman escot..almaklum lah ..mama ni bab2 memandu ni kalut sikit lebih2 lagi tempat yang tak biasa pegi..Kita redah ajelah..
Ikut sajalah arahan peta tuu..dan dalam pada ikut2 tu pun terlepas jugek..pusing balik..dan dalam jam 9.05 am kami sampai di Sek Men Kepong..tapi tak nampak bayangnye pula Sek Keb Tmn Kepong (SKTK)..mama turunkan cermin kereta dan bertanyakan Pak Guard kat Sekolah Men Kepong tu.." Sorry kakak..saya pun tarak tauu..itu sekolah mana duduk". Cakap macam bangla..pulak mamat ni..
Jadi mama pusing satu taman...tanya sana -sini dan akhirnya jumpa la sekolah (SKTK) tu.. tapi..sunyi sepi..pintu pagarnya kemas bertutup macam tak de aktiviti..Dari jauh kedengaran sayup2 bunyi radio dari pondok Pak Guard tapi orangnya tak de untuk bertanya. Mama dok kat situ dalam 15 minit dan putus asa..dah..
"Kita balik aje lah Aiman.. "
Jalan keluarnya.. one way..maka kita susur ajelah..Dan.. yang buat hati Mama membara..rupa2nya SKTK hanyalah di belakang Sek Men Kepong yang Pak Guard tu kata tarak tauu..Huh..sampai aje kat Pak Guard tu ..Mama bagi satu hon..besar punya..POOOOOONNN!
Bila nak balik ..pun kecoh juge..mama sesat sampai ke Menjalara..apalagi mulut mama ni pun pot pet-pot pet..marahkan Abby sebab tak prihatin..Jadual sendiripun tak tau...instructor itu pon satu..bagilah surat atau letaklah no tel ..senang le nak dihubungi ini tidak bagi peta togel aje..
Sebelum sampai kat umah..mama :

  • Pi pejabat tekwando ambil no tel kat papan tandanye..tapi malang sekali ..bila mama hubungi pihak yang berkenaan, kata dia tak de no tel instructor a.k.a grup leader berkenaan;

  • Pi sekolah Mun Choong (tempat Abby berlatih tekwandonya)..tanya guard kot2 depa ada simpan no tel..kata depa tak de dan sebenarnya ...sehari sebelum tu pun mama telipon ke pej sekolah bertanya kot2 ada no untuk dihubungi..pun tak de..

  • Mama kemudian ke Sekolah berdekatan..terpandang banner..belajar tekwando..telipon lagi..pot-pet-pot pet udah nya kata pihak yang berkenaan sebenarnya grup tekwando yang ajar abby belajar tu tak bagus..tak qualified..dan dia sarankan abby belajar bersama grup kendaliannya..adooii..migrain rasenya..biar betui.. dan sesekali pikir macam tengok cerita Fong Sai Yu lak...Tok guru berebut murid..hee..hee..

Dan bila dah dekat benar sampai kat rumah..abah telipon.." Dah sampai ke Sek Keb Tmn Kepong ke..??" Wahh...wrong timing dan salah soalan lah abah ni...apa lagi ..dengan abah-abah mama marah..menyirap sungguh rase hati.. ..dan macam biasa bila mulut mama dah becok berbunyi dia tak reti berenti...mama sambung membebel kat Abby..inilah bahananya jika malu bertanya dan bisu masa belajar..sesat jalan sesat arah. Frust sungguh sebab..rase rugi abby akan ketinggalan untuk naikkan taraf tali pinggangnya..entah2 kena tunggu lagi 3 bulan. Hilang senioriti..Sakit jatung mama..ni..

Benda dah nak jadi ..maka mama rase kalau pikir banyak2 pun tak guna..sayugia..adalah lebih baik mama layan masak memasak..Mama ni kalau demam kaa.. sedih kaa..marah kaa.. suka makan masakan yang pedas atau masam2..emm tapi nak masak apa ye..Tengok ke dalam petiais..ada ikan siakap..hmm stim ajelah..boh cilipadi banyak2..

12.15 t.hari : Abah balik." Napa ..ni mama? Muka cemberut macam tikus mondok..." Hmm tak kuasa nak layan.. Kita makan ajelah abah ooi..mama masak ikan stim special..pedas lagi menyengat!

Dok separuh jalan makan..tiba handphone mama berbunyi...no tak kenal ..malas mama nak angkat..tak sampai 3 second bunyi lagi..aikk..penting..ka?

Pemanggil : "Hallo..ini Iklan punya nombor..bla..bla" Cakap pelat cina...mama pun tak boleh tangkap apa yang di perkatakannya..Nak buat papan iklan ke dia nii? Hi dah merdeka dan hidup lama kat Malaysia pun pelat bukan main lagi.

Mama: "Sorry, wrong number", talian mama putuskan.

Dok sekejap.. bunyi lagi..Okkk alahai..rupanya member tu tanya ini no telefon Edlan ke? Saya mahu cakap sama ibunya ...kenapa tak datang ambil ujian grading. Kami start jam 12.."

"Ok..kk..kkk.. sekarang jugak saya datang.."..dan mama menilik jam..sempat ke tak sempat ni..cepat lah abah..kita pi ...abah jadi Schumacherpun tak pa..mama redha..

Dan ..tunggu apa lagi..mama, abby serta abah memecut laju ke SKTK..kali ni tak sesat ..sebab mama jadi co pilotnya. Kami sampai di sana kira2 jam 1.30pm..Sambil tu mama sempat lagi tunjuk "Mamat Bangla" yang buta arah tu kat abah..Isyy mama ni tak elok..berdendam..

Kami berlari2 anak menuju ke pusat ujian..Batch tali pinggang kuning dah sampai giliran yang terakhir..mama beranikan diri pi cakap dengan instructor..dan nasib baik Abby dibenarkan masuk gelanggang dan mereka memulakan semula step yang dah bermula tadi...Nasib baik sempat..

Huuh.. lega..keputusan untuk ujian tali pinggang...TUNGGUUUU... 2 minggu dari sekarang..

Banyak pengajarannya..dari hal ini..
  1. Jangan ambil mudah benda yang dianggap remeh. Akibatnya bukan aje masa yang banyak terbuang tapi yang lebih menyakitkan ialah hati tidak tenteram. Kesilapan mama ialah kerana tidak mencatatkan tarikh dan jam yang betul bagi ujian tersebut dan juga kegagalan menyimpan nombor telefon yang penting untuk dihubungi...anyway..

  2. Setiap peristiwa baik atau buruk ada hikmahnya yang tersembunyi. Mama bersyukur kerana Allah mendengar keluh kesah mama dan menggerakkan Instructor tersebut menghubungi mama sehingga 3 kali..tanpa putus asa... Terima kasih Ya Allah..Terima kasih di atas kasih sayangMu ke atas insan yang sering alpa dengan rahmatMu ini..

  3. Anak2 perlu perlu dilatih untuk berani, tidak berat mulut bertanya..bak kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Hmm..Abby ni macam tu lah..jenis "reserve"..mama nak kena cari petua macamana nak digerakkan hatinya agar lebih pot..pet macam mama..kelasss gitu..

Ok..laa..sekian adanya...


Thursday, 1 January 2009

HAPPY NEW YEAR 2009..HAPPY BDAY TO PAK ADEQ & ABBY

Ini kek ..Pak adeq yang punya.. Birthday yang ke 32..muda lagiiiii..


Kek oren..Abby yang punya ...10 tahun umur Abby..


Puding Jagung.. color merah?..Hisss..Entah sapa punya idea laa ni..

Abby .....Pak adeq..senyum... cheeseeeee..



Keluarga bahagia Anis.. caya laa.. Amboi Pak Adeq..control macho..gituu

Sape yang tak dak..ye..hmm..abah le..abah kena gi PD ..jadi sori no picture..

Posing dari kiri Adeq, Aiman,Sofea dan yang sedondong baju sama tu... angah, Birthday Boy Abby dan Along The Hero

Abby :"Cepat la Pak adeq kita nak tiup lilin ni..1..2..3.. Happy Birthday to u! "
Angah : "Papa ni slow laaa....Kalau Papa tak tau tiup..biar angah tolong tiup lilin boleee?"
Kita potong dulu....
Angah : Abby potong besar2 sikit..untuk Angah ye..

Hmm.. setiap Thun menjelang Tahun Baru memang happening..sebab 2 insan istemewa ini turut menyambut ulang tahun mereka.. Happy Birthday to Both of U.. May Allah Bless U forever and ever.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...