10 Q WITH 1000 SMILES

Monday, 23 February 2009

FRIENDSHIP IS FOREVER


Terima satu sms dari Azie malam tadi..dan merasakan ia sesuai untuk dikongsikan bersama di sini..

They love you
but they are not ur lover
They care for you
but they are not from ur family
They are ready to share your pain
but they are not in ur blood relation
They are Friends
True friend
Scolds like a Dad
Cares like a Mom
Teases like a Sister
Iritates like a Brother
And
Finally
Loves you more than a lover
Olawei...Terharu nyerrr..!

Sunday, 22 February 2009

MAIZATUL ARZIA..U DID IT!! CONGRATULATIONS...!

Setiap minggu saya mengikuti dengan penuh minat "Pertandingan Rumah Idaman" anjuran Berita Harian. Seronok melihat gaya hiasan rumah2 yang dipaparkan. Semuanya ada ummph..!
Lebih seronok lagi rase di hati tatkala mendengar Izzi, my cousin yang tinggal di Putra Jaya berjaya menempatkan diri sebagai peserta final. Di dalam hati terdetik ..beliau pasti muncul JUARA!

Oh..yeah..tekaan saya benar belaka..Izzi (Maizatul Arzia) di samping suami Yi (Sabri) muncul sebagai Johan kategori rumah teres.Classszz.. dan ... Glamer..gitu!


Izzi bergambar disamping peserta-peserta lain yang turut menang..

Dan..yang lebih cun ..lagi apabila Izzi dan suami turut dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama bagi keseluruhan kategori..Alhamdulillah..tahniah!



Friday, 20 February 2009

LOCENG..OOH..LOCENG

Dah lama tak ke Central Market. Sesekali ke sana saya pasti ralit meneliti pelbagai barangan kraft tangan yang dipamirkan. Tak kira lah samada local ataupun buatan luar negara.
Apa yang menjadikan saya lebih teruja ialah apabila melihat koleksi Loceng yang dijual di sini. Syok nyerrr...tambah lagi Loceng Msia..saya ..belum punya..!


Berlatar belakangkan Menara Kembar ..KLCC

Dan... Saya turut membeli dua lagi loceng bersaiz mini untuk diapit bersama..


Satu..berlatarkan Menara Kuala Lumpur and another one is with Keris...a traditional Malay weapon..
Hii..sekarang ni ..saya ada seorang lagi sahabat yang berminat dengan hobi mengumpul loceng...siapa ye?..Hmm..Cik Zimm..
Psst..Sorry la Zimm..hari tu kite dah ke The Weld untuk dapatkan koleksi idaman u tu..malangnye..yelekk.. depa dah pindah ke Bangunan Great Eastern, Ampang. Jauh lah..nak pegi sana..Tapi kalau u , Zura atau Azie..berkenan dengan yang Koleksi M'sia ni..kite boleh belikan..no problem..k



Wednesday, 18 February 2009

MAK PON DAH BALIK KE SURABAYA


Mak Pon and Sofea
14 Feb 2009...akhirnye selepas 8 tahun bekerja di rumah kami..Mak Pon (panggilan manja anak2 buat pembantu kami ini) meminta izin utk pulang ke Indonesia. Aduh...susah jugek hati sebab belum lagi dapat penggantinye..tapi tak sampai hati pula nak menahannya dari pulang..
Bile dah makin dekat arinye..dia nak pulang..sikit2 nangis..sikit nangis kat umah..agaknye sedih nak tinggalkan anak2 yang memang rapat dengannye..


Mak Pon and Mie Tok
Terpaksa mintak tolong mie datang bawa Una (adik bungsu) ke umah ..teman anak2 sementara mendapat ganti..pembantu yang baru..
Memang le ..pening kepala ni..adooooi! Tension..

Mak Pon.....sebelum keberangkatan..masih boleh senyum..
Tapi kejap je..nak masuk je balai pelepasan..Dah..dia buat dah..teresak2 kat airport..terpaksa menenangkan dirinya..sampai kite pulak yang rasa nak nangis sama..
Banyak barang yang dibawa balik..dan sudahnye..kena bayar excess bagasi..RM780.00..nak pengsan dengar..terpaksa berlari ke ATM..sbb cashnye tak cukup..
"Aku utangi dulu ..ye mama!"..Emm..ye kan ajelah..kalau dia dapat bayar..bayar le..kalau tak..apa boleh buat!
Yaya pulak ..masuk aje dalam keta utk balik Kl..meraung dalam keta..Rindu Mak Pon..dan bile sampai rumah terus ke bilik Mak Pon ..peluk-peluk dan cium bantalnye...meraung lagi..alahai...

Tuesday, 10 February 2009

PAINTING..YANG MANA SATU PILIHAN KALBU

Hand Painting ini sebenarnya sudah lama saya dok peram...lum sempat dibingkaikan. Saya membelinya sewaktu ke Bandung, Indonesia..kira-kira 2 tahun yang lepas. Banyak pilihan dan lukisan yang dihasilkan juga cantik-cantik. Harganya ? Emm..Sangat murah berbanding jika membelinya di Kuala Lumpur.
Saya sempat membeli beberapa keping lukisan dan membawa balik ia sebagai koleksi dan ada sebahagiannya saya hulurkan kepada kawan2 serta saudara terdekat sebagai cenderahati.

Saya suka melihat rona warna yang dihasilkan. "Remang Senja di Ufuk Timur".. Tak mahal ...i tell u! Harga lukisan ini berharga lebih kurang RM15-RM25.00 .

Saya juga suka melihat lukisan ini..Perahu Berlabuh..juga berwarna keperangan..


Tranggg..

Yang mana satu ..idaman kalbu ? Emm..apa kata kita minta komen dari Abby The Popeye & Preety Yaya ..
Yok..komen!


Popeye: Emmm..Apasal..perahu tu dok kat tengah sore-sore begini....tak nampak pulak orangnya..perahu hanyut ke?


Preety: Emm..Perahu nya..macam tongkang..zaman dooloo-dooloo..yek! Macamana nak pilih ni yang mana satu berkenan kat hati?

Popeye : "Mama..pening dan buntunya..Soalan lain ada tak? "
Preety : " Aaa..h bagi le gambar Cinderella ke..Donald Duck ke..Naruto ke..senang le kami nak bagi markah! Ughhhh..Bosannya..apakata mama pilih sendiri...kami tak kisahhhh!"


Monday, 9 February 2009

MAHU BIKIN NEW KITCHEN CABINET

Ralit sekali saya melihat dekorasi Dapur, keluaran Majalah Impiana. Hmm..cantik-cantik sekali hiasan dapur yang dipaparkan. Saya menggemari hiasan yang berbentuk2 ala-ala English-Malaysia. Walau belum dapat merealisasikan impian untuk memiliki ruang dapur idaman kalbu..apa salahnya kita membina impian ..betul tak?

Berikut ini adalah gambar kitchen kabinet yang diintai dari sahabat ruang forum:


Kabinetnya dipasang berselang seli.. Aturan turun naik..

Hiasannya agak ringkas...mungkin tak nak nampak serabut a.k.a sarat


Hee.hee.. ada botol Ridsect gitu di sana..penting weii..buat halau lipas..
Tiles nya agak senada dengan warna kabinet..materialnya ..nampak ok gak... tak slippery ..
Komen saya : Rasenye..kabinet macam ni agak biasa dilihat diruang dapur bagi sebahagian besar dari kita. Not my taste actually..Kelihatan tiada seri and it looks dull.. gali..gali..gali..lagi..


Sunday, 8 February 2009

LOMPAT SI KATAK LOMPAT


Saya melihat penuh minat tentang apa yang berlaku di negeri Perak pada waktu ini. Krisis perlembagaan dan perebutan kuasa dua pihak yang saling bertelingkah tentang siapakah sebenarnya layak memerintah. Entah kenapa saya merasa agak jengkel dengan perkara lompat-melompat parti dan budaya menuding jari..
Masih lagi terngiang2 di benak ini kata2 pemimpin tertinggi parti PKR yang menetapkan tarikh itu dan ini untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara..juga masih lagi teringat2 tentang nama2 pemimpin yang konon ada di tangan mereka yang dikatakan pada bila2 masa shj akan melompat ..dan seterusnya memberikan wadah untuk mereka memerintah..yang sampai lani belum dapat direalisasikan..
Maka tatkala Permatang Pauh, Kuala Terengganu dapat di tawan dan di Perak Datuk Nasaruddin melompat ke parti pembangkang..riuh rendah paluan kompang mengatakan isyarat sudah makin jelas menunjukkan bahawa BN sudah kehilangan sokongan.. pujian demi pujian dilontarkan atas keberanian Datuk Nasaruddin beralih angin..
Dek kerana di landa sintom "cepat lupa" nada dan tindakan yang berlainan pula kedengaran apabila tiba2 berlaku 'technical reversal'..3 ahli ADUN PKR mengisytiharkan keluar parti dan Datuk Nasaruddin melompat balik ke BN..BN dikatakan bertindak keterlaluan..yahudi..zalim blaa..blaa..dan seperti biasa tunjuk perasaan (yang begitu sinonim dgn imej PKR) melata di sana sini ..Begitulah "Bila senjata dah makan tuan.." Dan yang sedihnya mereka yang dok sibuk berdemonstrasi adalah orang kita..orang Melayu..Kenapa?

Tambah malang lagi..apabila..Sultan yang berkuasa turut diheret sama di dalam pertelingkahan ini dan terdengarlah dodoi si Karpal yang mahu membawa itu ini ke mahkamah dan menamakan sultan sebagai defendan..dan tidak sampai sehari ...pemimpin PKR yang lain pula menidakkan kenyataan ini..hmm agaknya takut nanti kena daulat dek dilabelkan sebagai penderhaka..

Dan di pihak BN pula..belum apa2 lagi Dato Samy tanpa segan silu menyarankan agar satu kerusi exco diberikan kepada kaum India..amboi..amboi..amboi..gelojoh..nyerrrr..

Hmm..politik kadang2 memualkan..

Lompat si katak lompat
Lompat sampai ke istana
Cepatlah kawan cepat
Cepat lihat siapa yang kena!

Thursday, 5 February 2009

BILA DAUN-DAUN BERGUGURAN

Jam 11am, 4 Feb 2009 :
Saya mengetahui tentang pemergian ayah Kak Imah ke rahmatullah dari Nah. Itupun secara tidak sengaja sewaktu menaliponnya pasal kerja. Ketika itu, Nah dan Mek sedang menghala ke Ipoh untuk menziarahi arwah.
Teringat baru malam tadi Jamal memberitahu bahawa ayah Kak Imah sakit...dan hari ini saya mendengar tentang berita sedih ini. Saya tidak dapat menahan airmata dari menitis sewaktu menalipon Kak Imah untuk mengucapkan salam takziah..
Buat Kak Imah dan keluarga ...takziah dan didoakan mudah2an roh arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh. Saya juga mengangkat sepuluh jari memohon maaf kerana tidak dapat ikut serta menziarahi arwah....
Daddy's Little Girl
(by Punkin)
If I had my life to do over
I'd have choosen you to be my dad
once more
Even if meant losing you again
It's worth all the tears in the world
You were my sunshine when skies were gray
I loved you and honoured you
You took my tears away
I was happy to be with you
proud to be your little girl
Sometimes we would argue
but to me you meant the world
Your love was always pure
You treatedme as your own
Your time seemed all too short and
I feel so alone
What can I take from this?
My heart is completely crushed
but nothing loved is ever lost
And you are loved so much
Al Fatihah.

Tuesday, 3 February 2009

PULAU BATAM, INDONESIA

Seronok berada di Pulau Sentosa dan kini kami merancang untuk menyeberang ke Indonesia . Ke Pulau Batam. Perjalanan ke sana boleh diteruskan samada melalui jalan laut atau udara..dan apa kata kita beralih angin..ambil bot la..membelah samudera.

Tiket boleh di beli di Lantai 3, Vivo City. Jika pergi masa peak hour, pastikan anda membeli tiket awal2..takut kempunan..beb.

Harga tiket pergi balik $34 untuk dewasa dan $24 untuk kanak-kanak. Anda perlu berada di jeti sejam awal dari masa berangkat. Perlu melintasi pihak Imigresion lagi..dan jangan lupa tiket yang anda beli tu..free seating..jadi pandai2 lah bawak diri...k

Yokkk...Kami telah bersedia untuk poi ke Pulau Batam. Apa agaknya yang ada kat sana..best ke?

Inilah dia Kapal Penguin...yang akan membawa kami ke Pulau Batam


Kami memilih untuk berada di dek kapal..ruang agak terbuka dan tiupan angin laut menyapa mesra. Perjalanan dari Singapore menuju Pulau Batam hanya mengambil masa selama 45 minit.


Welcome to Batam Island. Pengangkutan? Jangan risau..ramai Pak Supir yang bersedia membawa anda ke mana sahaja. Yang penting sediakan ongkosnya aje. Jika di M'sia berserabut dengan ulat yang memburu pelancung..maka di sini juga sama. Meminjam sedikit tips dari mereka yang pernah ke Batam..maka kami menuju ke Hyper market yang boleh ditujui dari Lantai 2..pelabuhan/jeti. Murah lah sikit..tambangnya.

Sengaja buang2 cakap..kami bertanya jika mahu menggunakan perkhidmatannya bagi 1 hari berapa byrannya..dibilang 500,000 rupiah (10,000 rupiah = RM3.25)..Saya pura2 buat pekak..bila dah makin hampir ke hotel penginapan..dibilang "masih bisa negosi..buk..250,000 rupiah"..hmm..begitulah ..ragam manusia.

Memandangkan kami tiba macam bidang terjun..maka kurang pengetahuan berkenaan dengan tempat penginapan..ada terbaca tentang Harmoni Hotel dan kami meminta di hantarkan ke sana. "Aduhh..ibuk, hotelnya lumayan mahal.Maklum ajelah duduk di tengah kota Nagoya (pusat bandar Batam)..apa kata jika saya rekmenkan Golden View Hotel..hotel baru..dan agak cantik buk.."

Kami bersetuju ke sana..dan kata Pak supir lagi.."Tadi saya bilang kadar byrannya 50,000 rupiah jika mahu ke Nagoya ..jadi jika mahu ke Golden View itu agak jauh sedikit ye..maka ibu tambah sedikit lagilah bayaran mobilnya.." Gila..apo!? "bisik saya!

Tiba di Golden View Hotel, penginapan kami untuk hari ini.


Harga penginapan untuk satu malam adalah $120.00 untuk deluxe room. Kami kemudian di beri harga penginapan "special" . Murah rezeki..mulut kena ramah ..hati mesti baik..

Gini ceritanya..Sewaktu anak2 bermandi manda di Palawan Beach, di Sentosa Island tempohari kami sempat berkenalan dengan En Hamdan. Beliau yang tinggal di Batam turut merekmenkan hotel ini kepada kami..tapi itulah "Ingat-ingat lupa akan pesanannya tu!".Bersungguh2 dia berpesan agar menghubunginya jika sampai di Batam.

Hanya teringat akan pesanannya tatkala kami mahu check in ke hotel. Dia datang ramah menyapa kami. Rupanya beliau dan famili berkampung di hotel ini. FOC katanya..kenapa? Hmm..sebab tokei hotel ini adalah kenalan rapatnya..tambah lagi rupa2 nya dia sering membawa tetamu ke hotel tersebut. Bekerja di Kementerian Pelancungan dan sesekali membuat perkhidmatan "free lance" pelancungan, sambil menyelam minum air...beb!

Menurut beliau, tokei hotel mahu menjual hotel berkenaan. Berminat ke? Tokei tu nak jual untuk dapatkan modal tambahan bagi memajukan lagi kawasan berdekatan sebagai pusat pelancungan di Batam.


Ada baiknya berkenalan dengan En Hamdan ni..di bawanya kami sekeluarga mengelilingi Pulau Batam. Dia bertindak sebagai pemandu pelancung kami yang tidak rasmi. Malah suami turut mendapat urutan kaki sejam secara percuma. Bila kami menghulurkan uwang di atas perkhidmatannya itu..dia menolak penuh ikhlas..katanya..sekadar mahu berkawan dengan kami..hmm..
Jika kita melancung ke Indonesia atau ke Siam...jangan lah lepaskan peluang untuk pi massage..selain urutan yang baguih..bayarannya juga murah berbanding M'sia le. Saya buat urutan massage aromaterapi selama 1 jam setengah. Ongkosnya baru RM45.00.Ada diskaun lagi 10 %..ringan rasa badan ni..

Ok...cerita-cerita jugek..jom ..jemput le ke kamar kami..


Waa...ada peti ais 2 pintu..dan kitchen kabinet ..weii



Ngantuk...nyer..


Biliknya sangat selesa dan spacious..



Kamar Mandi



Ok..la mahu pi shopping la pulak...


Memandangkan hotel ini agak jauh dari pusat bandar, pihak hotel ada menyediakan shuttle bus.Tapi kena follow dia punya schedule la..k

Yaya di Nagoya Mall


Saya menyimpan angan2 untuk berbelanja sakan di sini. Saya juga membayangkan di Batam ni sekurang2nya ada Pasar Pagi, macam di Bandung tu..atau Mangga 2 , Jakarta..boleh beli apa saja barangan made in Indonesia..seperti telekung ke..baju kerawang ke, barang antik kaa..atau sekurang2 nya LOCENG loorrr...Tapi di sini entah..le..Nak cari T Shirt Batampun limited edition dan peti magnet pun yelekkk..huh..hampa i..


Yaya dah boring..dan minta ke tempat lain..jom la berlibur mama, bukan shopping!


Kebanyakan Shopping Mall menawarkan baju2 untuk dibeli.Ramai juga pok2 Singaporean yang berbelanja..almaklum duit tukarannya ..murah giler.. Saya cuma singgah di Gedung Mentari (yang popular di Jakarta tuu..) dan membeli dua pasang gaun labuh (smoking) untuk Sofea..murah lah saya kira..dalam 90,000 Rupiah, sepasang. Untuk Aiman bola Futsal (Adidas) dan untuk Abby / Afnan..barang mainan yang mereka pilih sendiri bersama abahnye.
Apa yang saya perhatikan di sini banyak ditawarkan koleksi perfume tiruan dari jenama terkemuka. sebut lah wangian apa saja..penjual akan mencampurkan bahan A+ bahan B+ Bahan C ..dan haa...siap untuk dipakai..baunya memang seakan yang ori tapi agak "kencang" meniup hidung..Beli.?Tak kuasa i..
Kami merayau2..dan saya "suka" mengatakan barangan yang ditawarkan di Sogo di KL atau Masjid India, lagi banyak pilihan dan special dari segi harganya.
Memandangkan anak2 pun dah mula merenget keboringan..Kami pulang ke hotel dulu dan berhasrat untuk mengunjungi pusat membeli belah yang lain seperti DC Mall pada esok hari. Kami pulang ke hotel selepas pekena nasi padang...
Bagusnya hotel ini sebab kebanyakan aktiviti in/out door adalah percuma! Apa tunggu lagi..yok..

Jom ronda-ronda ..main botttt.. Kat belakang tu adalah Restaurant Sea Food terbesar di Batam. Pilih lauk dan di masak fresh. Kami akan dinner di situ pada malam nanti.


Row..Row..Row Your Boat..!
Wahh..happy nampak! Penat berkayuh kami menuju ke kolam mandi..1,2..3


Kolam besar..kami yang punya..abah at the back dengan Princess Yaya

Abby and Afnan

Yaya posing..sejuk..nyer..

Then..kita layan main pool..yo..yo.. oo...je Abby ni ..boleh score ko?


The next day..ada sejarah tercatat di sini...rambut mayang mengurai Yaya selamat dipotong...puas dipujuk barulah kakinya melangkah masuk ke salon tu..nasib baik dia tak nangis..hmm.. 8 tahun simpan rambut panjang u! Harga 50,000 Rupiah.

The new Look of Yaya..Comel anak mama!
Agak malang bagi kami kerana kebanyakan shopping mall ditutup sempena cuti Tahun Baru Cina. Jadi kehampaan memanglah terasa..tak dapat nak shopping.."Ok lah tu..mama" pujuk suami. " Selamat duit..I" Bisiknya mengusik..huh..
Tak banyak gambar yang saya shoot di Batam..
Jadi apa yang specialnya Pulau Batam ni? Entah la..kata orang di sini ada padang golf yang bagus, go kart dan jika berkesempatan..bolehlah melawat pulau2 indah yang berdekatan. Kawasan industri dan kilang2 juga banyak didirikan di sini..dan jk anda punya wang yang banyak..belilah harta tanah di sini bagi tujuan pelaburan..masih lagi murah2 harganya..

Kami bertolak pulang dari Batam Centre ke Pulau Sentosa setelah bermalam 2hari di sini. Ramai sungguh orang. Almaklum cuti panjang..ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti.
Sudah selamat kembali ke Singapura..waduh..bapaknye..kot solo aje..anak2 nya mana?


Lepak di Vivo City..sementara menunggu hubby mengambil keretanya di Sentosa Island. Kata hubby..ramai sungguh orang..beratur panjang dan bersesak2 in and outside the train. hmm..nasib baik kami pergi bukan waktu puncak..kami menentang arus..kalau tak mesti tak enjoy!
Oklah..setelah beberapa hari berjalan di negara orang..kami bertolak pulang ke Malaysia..macam biasa " Hujan emas di negeri orang Hujan batu di negeri sendiri..lebih baik negeri sendiri.!
Kami menuju ke hihgway Tuas..dan sampai ke check pointnya sewal jam 7.30 mlm. Terus drive balik ke KL dan selamat tiba lebih kurang jam 12am...huh..penat nye..zzzzz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...