10 Q WITH 1000 SMILES

Sunday, 15 March 2009

MINGGU YANG SIBUK

Minggu ni terasa masa begitu cepat berlalu dan pelbagai peristiwa berlaku...kalut sungguh lebih2 lagi dengan ketiadaan pembantu di rumah. Hmm..kerja rumah macam tak pernah habis. Nasiblah anak2 dah agak besar dan boleh diharap untuk menolong yang mana perlu.

Pembantu rumah sementara mogok dan "hilang ditelan tsunami". Terkadang terdengar rungutan anak2..kan baik jika mama duduk aje kat umah..goyang kaki jaga kita je..aaaa..aa.. ye lah tu...

Pagi tadi pula hantar Abby ke kelas tekwando dan jam 10.00am, menghadiri mesyuarat agung Persatuan Penduduk. Nak tak nak terpaksa juga hadir memandangkan saya adalah sesatunya wakil wanita dalam persatuan. Nampaknya banyak perkara positif yang dapat dilihat hasil inisiatif AJK Persatuan dan kerjasama para penduduk. Kejadian jenayah ragut setakat 6 bulan pertama ini dilapurkan hanya 1 kali berlaku berbanding bulan2 sebelumnya. Raungan motor Geng2 Mat Rempit juga sudah lama tidak kedengaran. Aktiviti Poco-poco berlansung dengan baik malah pasukan Futsal untuk remaja juga turut diaktifkan.
Dan... sebenarnya banyak lagi rancangan diatur demi keselesaan penduduk..Insya Allah.
Psst...baru abis tengok bola...Chelsea -v-Man City yang berkesudahan Chelsea menang 1-0. Yezzaa...
Malam tadi Abang Aiman merajuk panjang tatkala Man United dibelasah Liverpool. Abby yang memilih Liverpool senyum panjang...dan Abang Aiman sampai petang rajuknya tak kebah..sudahnya untuk memulihkan suasana my hubby ajak semua anak2 terunanya pi layan bowling dan near maghrib depa balik ke rumah dengan senang hati dengan tomyam dan kerabu kaki ayam ditangan...rahsianya...abahnye udah dikalahkan Abang Aiman masa main bowling tadi tu..hee..hee..mama pun tumpang gumbira sebab..tak payah masak untuk dinner..!!

Saturday, 7 March 2009

PEMBELAJARAN SAINS & MATH DI DALAM BAHASA INGGERIS..WAJARKAH DIMANSUKHKAN?

Nampaknya perdebatan tentang keperluan pembelajaran di dalam Sains dan Math di dalam bahasa Inggeris diteruskan begitu hangat diperkatakan.Susah sangat nampaknya Kementerian Pendidikan untuk membuat keputusan.
Pelbagai nasihat dan kajian dibuat tentangnya. Malah turut dibincangkan betapa banyaknya wang dilaburkan untuk menyediakan prasarana pembelajaran ini samada dari sudut ilmiah, buku rujukan , tenaga profesional mahupun penyediaan tenaga pengajar.
Saya tertarik membaca kupasan yang dibuat oleh En Zali di dalam blognya http://razalitumirin-zali.blogspot.com/ ..menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama.
Saya sebenarnya lebih berpendirian agar kedua2 subjek ini diajar dalam bahasa yang lebih mudah difahami dengan kata lain di dalam bahasa penghantar sekolah itu sendiri. Mempelajarinya di dalam bahasa Melayu adalah langkah bijaksana yang perlu diambil.
Memperkasakan dan mendaulatkan B. Melayu sebagai bahasa pembelajaran satu hal dan mempelajari satu sesatu subjek yang berbentuk teknikal lebih mudah untuk difahami jika diajar dengan bahasa percakapan seharian.
Melihat anak2 berkerut2 untuk memahami pelajaran dan permasalahan subjek Sains & Math membuatkan hati saya rawan. Sudahlah kedua2 mata pelajaran ini sering dikatakan dua subjek yang paling sukar disekolah..di ajar pula dengan bahasa yang sukar difahami (secara psikologinya tidak bagus untuk proses pembelajaran) malah guru terpaksa pula menjadi translator untuk lebih memahamkan anak murid...seolah mengiyakan pepatah Melayu..tak ada beban batu digalas.
Tidak ada jeleknya jika kedua2 subjek itu diajar di dalam bahasa Melayu. Di zaman saya dulu, kami belajar dengan gembira kedua2 subjek ini di dalam b. melayu dan tidak pula saya mendengar pakar2 kelahiran Malaysia dipandang "kodi" di taraf dunia. Malah ramai sekali cendiakawan dilahirkan dan terkenal di arena antarabangsa dulunya mempelajari kedua2 subjek di dalam b.Melayu..! Tambah lagi teori dan hukum Math @ Science tidak pernah berubah jikapun diajar di dalam apa jua bahasa.
Mungkin apa yang dirisaukan oleh pihak kerajaan ialah kelemahan anak2 didalam menguasai bahasa Inggeris (yang dikatakan sebagai bahasa perdagangan a.k.a lingua franca...) dan dibimbangi bangsa kita kan ketinggalan di dalam arus persaingan. Jika itu sebabnya maka janganlah pula kita memperjudikan nasib anak2 dengan memperlakukan mereka sebagai bahan ujikaji!

Monday, 2 March 2009

40 TAHUN MELAYARI HIDUP...

Hari ini genaplah umur saya 40 tahun. Terasa begitu cepat masa berlalu. Menikmati setiap nafas yang dihela kurniaan Illahi membuatkan saya lebih sedar bahawa umur yang dipinjamkan semakin suntuk dan makin menghampiri garis penamat. Entah bila akan di bawa pergi.
Merenung dan menghayati setiap detik bersama orang2 yang tersayang, dikelilingi hilai ketawa dan wajah jernih anak2, restu ibubapa dan kasih sayang suami membuatkan saya merasa betapa bertuahnya saya hidup di dunia ini.
Kerdilnya saya di sisi Tuhan di atas limpah rahmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya.
Hinanya saya di sisi-Nya kerana masih gagal menempatkan diri sebagai hamba yang terbaik.
Lalainya saya kerana sering lupa mengucapkan terima kasih di atas segala rahmat dan rahim yang dikurnia-Nya sepanjang melayari hidup sebagai insan.
Tiada lain yang saya pinta..semoga hidup saya, keluarga, ibubapa, adik beradik dan para sahabat akan terus diberikan cahaya iman dan dikembalikan semula ke alam kekal sebagai insan yang terpilih di sisiMu ya Allah.
Berikanlah petunjuk- Mu Ya Allah..suluhkanlah kehidupan kami dengan rahmatMu yang berpanjangan. Jangan biarkan kami terus diulik kelalaian...kerana dunia cuma sementara dan akhirat jua kekal untuk kami.
Demi masa!
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh
Dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran
serta berpesan2 dengan sabar.
(Maksud surah Al-'Asr)

Sunday, 1 March 2009

MANCHESTER UNITED -V- CHELSEA

Manchester United Pasukan Yang di Minati Aiman and the Brothers

Chelsea: Maintain..pasukan pilihan mama



My hubby menalipon dari Songkhla, Thailand...
My Hubby : Mama dah beli ke T.Shirt /Jersey budak-budak?
Me : Blumm..dah cari kat Jalan Tuanku And Rahman tapi tak de yang berkenan!
My Hubby : Jersey apa yekk?
Me : Isyy..abah ni..anak2 lelaki abah tu kan semua hantu M.U.Cari je Jersey ada nama Rooney kaa, Ronaldo ka..Tevez ka..Giggs kaa..dan kalau ada Jersey si hensem Kaka tu pun kira ok jugek..
My hubby : Mama mahu kirim apa?
Me : Kirim salam kat Lampard ngan Ballack buliiiih????

Toooots..tooots...ekk..elehh..putus laa..pulak..hee..hee

Saya ni tak de la minat sangat bolasepak ni..cuma buat-buat sibuk..tambah2 lagi ketiga2 anak lelaki suka tengok bola terutama Si Aiman. Saja..tukang ngusik..depa pilih MU maka saya pilih Chelsea..sebab berkenan dgn 2 heronya Si Lampard dan Ballack.Skil permainannya bagus..dan orangnye boleh tahan hensem!

My hubby..hmm entah lah ye..pelek bin ajaib..sesatunya spesis lelaki yang tak pernah kisah tentang bolasepak dan perkembangan liga tempatan mahupun yang bertaraf dunia....kalau org lain siap berjaga nak tengok bola...hmm..my hubby selamba je ..tido lagi bagus...weii..

Cuma yang bagusnye dia tak lupa dengan minat anak2..sesekali akan turut turun padang kalau anak2nye bermain bola..
Malam ni MU akan turun menentang Tottenham, jam 11pm. Aiman dah pegang remote control Astro..bimbang kalau2 kami menukar channel..Siapa yang menang?
Manchester United laaaaa....2-1..kita tengok nanti betui ka tak telahan depa ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...