10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 26 May 2009

EUROPE TOUR...ANYBODY INTERESTED?


Saya berkira2 utk back pack ke Europe next year. Tengah ikat perut kumpul duit. Bercadang nak back pack ke sana dalam 3 weeks. Dok berhajat nak ke London, Belgium, France, Netherland, Switzerland dan mungkin mencelah ke Luxemborg.
Dengan siapa? Dok cari temanlah ni...!Semoga Allah mempermudahkan hajat dan hasrat hati yang satu ni..! Insya Allah!

Thursday, 21 May 2009

CERITA ANAK2...

Sebenarnya dah dekat 5 hari saya cuba dok masukkan gambar2 baru utk entry terbaru..entah napa la..laptop ke line internet ni lembap bebenar..asyik failed..sampai naik boring!

Tapi tak pelah..cubaaaaan! Hari ni nak citer benda lain lah...

Balik ke rumah petang tadi anak saya yg ke 2, Afnan..bertanya Bermula dengan perkataan...

KENAPA...

  1. Ada orang pandai...dan berterusan pandai sampai bila-bila
  2. Ada orang yang nampak pandai tapi sebenarnya tak pandai
  3. Dan...kenapa ada orang tak pandai-pandai..sampai tua

Wah...apa punya teka teki ni?

Saya diam sekejap..nak cari idea macamana nak jawab ni..

Teringat saya kepada sebuah cerita yang saya baca sewaktu kecil2 dulu..dari buku Hikayat Cerita-Cerita Rakyat..jadi saya mulakan dengan bercerita kepada nya,

Once upon a time...cehhh..bukan macam tu..mukadimahnya..tapi gini:

Pada suatu zaman dahulu, ada sekumpulan pelajar, belajar di sebuah sekolah pondok. Ramai sekali para pelajar di sekolah berkenaan. Dalam ramai2 pelajar ada seorang pelajar baru yang paling muda dan kecil berbanding pelajar yang lain. Mama namakannya sebagai Afnan.

Semua pelajar di situ bijak, kuat dari segi hafalan dan rajin belajar ke semuanya. Pendek kata amat susah untuk mencari siapa yang paling bodoh. Dan..setiap pelajar cuba pula memenangi hati guru mereka yang bergelar Tok Guru Utama.

Walau bagaimanapun, apa yang menghairankan para pelajar ini ialah biarpun masing2 punya kepintaran tersendiri Tok Guru Utama kelihatan sering melebih2kan Afnan.

Ini menimbulkan rasa ketidakpuasan hati mereka.Mereka pelajar yang lebih senior lagi terror tetapi kenapa masih tidak dapat memenangi hati Tok Guru Utama.

Rasa ketidakpuasan ini mula merebak menjadi nanah dan mereka mula mengusulkan agar dibuat satu pertandingan untuk mencari siapakah pelajar paling pintar dikalangan mereka. Hal ini disampaikan kepada Tok Guru Utama.

Tok Guru Utama akhirnya bersetuju untuk mengadakan satu ujian dan sesiapa saja yang merasakan diri mereka pandai boleh mencalunkan diri untuk "bertanding". Bagai pucuk di cita ulam mendatang...Tiga orang pelajar mendaftarkan diri. Mama namakan mereka ini sebagai Pandai, Bijak dan Cerdik. Afnan pula dok diam2 dan tidak pula dok sibuk mencalunkan diri sendiri sebagaimana seniornya si Pandai, Bijak dan Cerdik.

Tok Guru Utama membuat pengumuman.."Wokeh..Sabtu depan kita semua akan berkumpul di kaki Bukit Panau dan saya isytiharkan Afnan juga akan masuk di dalam pertandingan ini!" Afnan masih diam tapi Si Pandai, Bijak dan Cerdik bertepuk tangan riang...hmmm..baru kita boleh bertemu "buku dengan ruas".

Tibalah hari Sabtu...maka pertandinganpun dimulakan dan berdasarkan kedudukan markah ke semua empat pelajar mendapat markah yang tinggi dan hampir menyamai di antara satu sama lain.

"Announcement..please! Aikk..bukan macam tu..."Hebahan...hebahan..Tok Guru Utama akan menentukan siapakah pelajar paling pintar berdasarkan ujian yang akan diadakan nanti...

Semua mata tertumpu kepada Tok Guru Utama..."Wokeh..di atas bukit sana ada sebuah bangsal. Di dalam bangsal sana ada seekor kambing yang baru beranak. Kamu berempat di kehendaki melawat kambing tersebut dan turun ke kaki bukit untuk memberitahu kami apa yang kamu nampak. Kami akan tunggu jawapan kamu semua di dataran. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam"

Hmmm..apalah punya koman soalan macam tu nak diujinya...Tak ada kelas langsung. Mereka melihat bukit yang ditunjukkan Tok Guru Utama..huh..mencabar..curam dan berbatu2.

Si Pandai menarik diri dari pertandingan kerana merasakan Tok Guru Utama sengaja mengada2kan ujian bodoh dan sebagai seorang yang terpelajar dia merasakan ...tak sesuai melalui ujian yang sebegitu. Maka tiga orang pelajar meneruskan pertandingan.

Si Bijak adalah pelajar pertama yang pulang ke dataran. Termengah2 tapi dengan senyum lebar dia memberitahu khalayak ramai, " Aku nampak ibu kambing berserta 3 ekor anaknya." Tanya Tok Guru "Apa warna anak2 kambing tu?" Si Bijak menggaru2kan kepalanya. "Saya pergi lagi sekali untuk siasat Tok". Tidak lama kemudian dia turun dan berkata, " Ibu kambing berwarna hitam. Dua anaknya berwarna putih. Seekor lagi berwarna putih dan hitam." Tanya Tok guru lagi, "Berapa betina dan berapa jantan?" ..Si Bijak masih menggaru2kan kepalanya "Saya minta izin untuk pergi menyiasat lagi Tok Guru..." dan begitulah kesudahannya Si Bijak berulang alik ke puncak bukit kerana tak habis2 membuat siasatan ke atas kambing. Penat sendiri...

Si Cerdik merupakan pelajar ke dua yang turun ke dataran. Soalan yang sama di tanya Tok guru..Jawab si Cerdik..."Saya nampak ibu kambing berserta 3 ekor anaknya. Anak2 nya itu terdiri dari 1 jantan dan 2 betina. Agak panjang sikit penjelasannya berbanding Si Bijak tapi belum dapat memuaskan hati Tok Guru Utama. Tok Guru Utama bertanyakan soalan yang lain tapi masih berkenaan dengan kambing. Dan seperti si Bijak ..si Cerdik juga terpaksa berulang alik turun dan naik bukit bagi meneruskan siasatan. Huh..penat nyer....!

Si Pintar yang berada di tepi dataran tersenyum sendiri dan berpendapat dialah yang akan diisytiharkan sebagai pemenang kerana telah membuat keputusan yang tepat kerana tidak meneruskan pertandingan yang bodoh dan memenatkan itu.

Afnan akhirnya muncul di dataran dan menyampaikan lapuran tentang apa yang diperhatikannya....."Di puncak bukit ada seekor ibu kambing berserta 1 ekor anak kambing jantan yang berwarna putih bertompok hitam dan 2 ekor anak kambing betina berwarna putih. Ayah kepada kambing2 tidak kelihatan di mana2. Saya juga nampak seorang pengembala lelaki di situ dan dia merupakan penjaga kepada kambing2 berkenaan. Tuan punya kambing2 tersebut adalah Tok Guru Utama...." begitu detail dan yakin sekali Afnan memberikan penerangannya.

Semua orang bertepuk tangan, Afnan tidak perlu berulang alik ke puncak bukit berbanding dua peserta yang terdahulu...Kenapa?...Kerana Afnan telah menggunakan kepandaian, kekuatan hafalan dan lain2 sebagai ilmu penyuluh sewaktu membuat tugasannya.

Sekarang semua pelajar tahu kenapa Tok Guru Utama merasakan Afnan adalah pelajar istimewa berbanding seniornya yang lain.

Maka jawapan Mama kepada persoalan KENAPA yang di bawa Afnan tadi...

Setiap insan yang dijadikan Allah adalah istimewa. Makhluk saja yang mengkategorikan manusia mengikut kasta kepandaian yang dirumuskan oleh mereka sendiri. Pandai, cerdik dan bijak di sisi Allah adalah berdasarkan darjah keimanan seseorang.

Hanya Allah jua yang punya darjat kepandaian yang tidak boleh dicabar.Kita yang bertaraf mahkluk cuma punya picisan akal yang sepatutnya digunakan untuk memandu ke arah jalan yang di redhai-Nya.

Kepandaian dan kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan . Bersyukur dengan setiap yang dikurniakan kepada kita. Tapi ....kita juga perlu terus berusaha untuk terus tabah dalam mencipta kejayaan...kerana jika kita boleh memilih untuk hidup senang kenapa perlu terus bersedih di alam derita...:

  1. Si Pandai adalah mereka yang sering angkuh, beranggapan diri mereka pandai dan betul dalam segalanya. Sukar menerima kekurangan diri.
  2. Si Bijak mewakili orang yang beranggapan dirinya bijak tetapi tidaklah sebijak mana dipemerhatian pihak yang lain.Dengan kata lain Si Bijak mewakili pihak2 yang selalu "Perasan Bagus".
  3. Si Cerdik merupakan golongan yang cerdik tapi masih perlu diberikan tunjuk ajar yang berpanjangan agar kecerdikannya tidak "mati'
  4. Si Afnan adalah insan special..biar punya kekurangan yang ketara tetapi tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tidak bangga diri dan menghargai ilmu yang dipelajari dengan mempraktikkannya dijalan yang betul.

KERANA kita perlu ingat pesanan ini juga:

"Beramallah seolah2 kita akan mati pada esok hari dan berkerjalah seolah2 kita akan hidup sepanjang zaman!"

Wokeh ....Don't worry... jangan takut untuk gagal KERANA kegagalan akan membuatkan kita lebih gagah melangkah di masa hadapan!

Monday, 18 May 2009

SEPETANG DI NILAI 3

Nilai 3? Sudah lama saya tidak ke sana...Mie menyatakan keinginannya ke Nilai 3 dan apa lagi..dail lah no tel Yimat..untuk jadi "pemandu pelancung"..

Bermacam2 kedai ada di sini..dan kebanyakkannya di huni oleh Si Pakistan!


Walaupun kami ke sana pada hari minggu...tapi tak sesakpun..lengang aje..

Dai kedai yang menjual...lampu..perabut hinggalah kepada pakaian..semuanya ada...


Hmmm... Banyak..barang dari orang...

A..ha..mie dah nampakmbarang yang berkenan di hatinya...yok..jenguk sat

Amboi..Mie sakan shopping..! Ni..mesti nak buat stock raya..beli..jangan tak beli!


Harga boom...kira masih ok lagilah arga kain2 kat sini..tapi dekat Masjid India pun..harga gini gayapun berlambak!

Nilai 3...napa sepi tanpa pengunjung. seingat saya...once upon time ..dia punya crowded..fuiih..dahsyat..dan lani? Macam pekan koboi aje gaye nye!

Hee..heee...Nana dah nampak..barang mainanan...banyak.....!!!!
Tahu apa yang saya borong kat sini? ..... Chelsea! Chelsea...
Ok..lah...Jom layan tengok langsir-langsir yang ada kat sini, pulak..
Berkenan ke!?

Emmm..kalau warnanya sedikit contrast ..lagi nampak menyerlah..ekk!

How about this one?


Siku keluang?

Langsir oh langsir..Comel sungguh ...English style..bunga2 halus.. Berapa harga ni...?
Kata jurujual tu...arga langsir yang dah siap ukuran dlm 10 kaki : RM300.00 lebih. Nak beli kain dan tempah ikut style sendiripun boleh. Kain cotton yg macam kat gambar2 ni dalam RM10.00 semeter. Upah jahit RM13.00 sekaki.

Hmm..raya dah dekat ni..hahhhhh..mula lah tanduk hantu jin jembalang dok datang mencakar2 dan menggaru2 hati...!Aduh....Gatal....nyer!

Jom cepat..jalan.."Opsss...tunggu dulu..no tel berapa dik?" Sempat lagi tu I dok bertanya...manalah tahu kannnnnnnn....!???
Amboi ..mamat Pakistan ni pun bukan main peramah lagi...cakap bahasa Melayupun dah agak lancar.. Dok keneng my Mom soh beli frame..la..jam..la..dia ingat sonang nak angkut wat balik ke Tanah Merah.
Tapi bila dia dengar kata kita dok Tanah Merah..makin rancak la pulak promosinya..'..ambil banyak beli banyak..kita pun ada pigi Tanah Merah..hantar barang itu..Masjid Besar Tanah Merahpun kita selalu singgah..Mak cik bili banyak..kita kasi diskaun siap, antar sama lori sampai depan umah..Tanah Merah..!"
Ehh..Mamat ni dia ingat kita ni Tok Peraih ke..udah2 lah mie..kita pi tengok kedai perabut lak..


Kenapa kerusi ni ada kat sini..sebenarnya saya bercadang nak tukar cover kerusi kat umah ..yang dah berkapuk..nak beli baru ongkosnya agak tinggi..so usyar - usyar tengok laa. Saja...buang2 cakap..kata jurujual tu...kalau tukar kusyen bawah je..1 kerusi dia caj RM100.00 .

Dan....kalau buat alas depan belakang kosnya dalam RM900.00 utk 6 kerusi. Jika kerusi baru ..1 kerusi dia jual arga RM250-RM280.00 bergantung kepada saiz , corak dan material.Kos pengangkutan luar Nilai..RM50.00.

Kainnye..kalau nak cepat boleh pilih yang ready stock..jika tak..boleh lah order dulu..tapi agak lambat sikitlah..So camno ni? Hmmm...nanti lah..balik umah tanya bos!

Kami pulang KL menghampiri Maghrib. Lapar nye..abah tanya nak makan kat mana? Pikir punya pikior...Yok..kita pi pekena Satay Kajang! YOKKKK!


Abah dan Nana
Nana:"Apasal ada kuah je..Che Long..mana satenya..? Orang dah lapar ni....!"

Abah Tok: "Sabar la..Nana. Jap lagi kita makan puas-puas , ekk!"

Tunggu satay dibakar..kita pekenalah nasi impitnye dulu..


Satay sudah mari...lani arganya RM0.60 secucuk..dulu2..dalam RM0.40 je.

Makanlah puas2....tapi entah napa ye..kenapa rasa tak sesedapnya macam dulu2... ekkk?


Nana & Mie Tok
Nana sempat main "kuda" sementara tunggu babanya pi ambil keta....

Balik umah dok jap..terus..bummmmm....!

Saturday, 16 May 2009

SELAMAT HARI GURU

Setiap kali tiba bulan May..memanglah pelbagai hari peringatan akan bertandang. Silih berganti. Salah satunya ialah..Hari Guru..dan benar guru merupakan seorang yang amat dekat dihati saya.
Abah saya pencen sebagai seorang gurubesar...malangnya tak ada seorangpun anak2nya menjejaki langkah abah menjadi seorang guru. Kenapa ya?
Dulu-dulu saya pernah ditanya apakah cita2 saya bila besar nanti..dengan bangga saya akan kata "CIKGU". Masa silih berganti begitu juga cita2 saya yang sering beralih tak kira tahun..tapi tika itu pekerjaan sebagai cikgu tiada lagi dalam deretan cita2 saya yang pelbagai tu..Kenapa ya?
Dulu-dulu jika ditanya siapakah idola saya..maka dengan cukup tegas saya akan kata ..mestilah MY FATHER..dan hal ini tetap tidak berubah hingga kini..noktah!
Abah memang tegas dalam mendidik kami anak2 nya. Sewaktu mula2 masuk belajar di darjah 1 pada tahun 1976, saya ingat lagi beberapa kali abah mengingatkan guru kelas , Cik gu Shamsiah yang kebetulan juga merupakan bekas anak murid abah..
"Ini anak saya, Zie. Saya mahu dia duduk kat depan.Kalau boleh yang menghadap papan hitam.Dia ni kecil jadi kalau dok kat belakang nanti dia tak boleh nampak apa yang diajar cikgu.Takut dia leka main2 dalam kelas pulak.. belajar tak pandai..Seperkara lagi Cikgu tolong tengok2 kan dia..kalau nakal..rotan aje!"
Aduh...parah sungguh..kecutnya perut saya, Tuhan aje yang tahu.
Abah mula monitor saya punya prestasi. Penggal satu saya dapat no 5. Abah senyum aje. Penggal 2 saya dapat no 12..mak..oii..cik gu Shamsiah memanggil saya di depan kelas..dengan lembut dia bertanya ..kenapa result saya begitu merosot dan dia berkata saya mesti terus berusaha sebab saya anak seorang cikgu..anak cik gu Nor..nanti apa dia nak jawab pada Cik gu Nor?
Saya rasa macam nak menangis. Pulang ke rumah, my mom membebel..itulah malas belajar..main aje..bla..bla..jadi contoh kat adik2..bla..bla...huaa..saya menangis diam2 kat bilik..napa lah aku ni bodoh narrr? Saya takut nak menunjukkan buku rekod kat abah..minta tolong my mom yang hulurkan..
Besoknya saya melihat buku rekod..satu cop jari besar terpampang di buku rekod..mak oooii..besarnya!Menggelabah beruk saya dibuatnya..apa yang saya nak cakap pada cik gu Syamsiah nanti..
Sebenarnya abah mempunyai cara tersendiri dalam mengukur prestasi pembelajaran kami.
Jika dapat no yang bagus2..A grade dia akan tanda tangan macam tulisan khat (jawi)cantik dan kreatif sangat, tahap ala2 bagus -tandatangan masih panjang dan cantik tapi dalam bahasa Melayu. Jika result agak2 boleh tahan..tandatangannya ada 3 huruf saja..huruf " N" mewakili singkatan namanya Md Nor, "Z" untuk singkatan nama my mom dan 4 (jumlah anaknya pada ketika itu). Dan jika TIDAK BERPUAS HATI dengan result kami..tiada hadiah rotan tetapi..buku rekod kami akan ditanda tangan..opss..di cop dengan ibu jari kakinya...huaa...
Bila Cikgu Syamsiah tanya napa cop jari besar sangat ni..saya dah kumpulkan kekuatan..menjawab.."Cap jari Monster, cik gu!"Cik gu Shamsiah macam tak puas hati dengan jawapan saya ..tapi saya buat bodoh ajelah..tak kan saya nak cakap abah cop ibu jari kaki..malulah weii..!
Yang bagusnya mulai saat itu saya belajar bersungguh2..dan pada penggal ketiga , darjah satu saya mendapat no 2. Cik gu Syamsiah memanggil saya sekali lagi..katanya.."Macam nilah anak murid cikgu..cik gu bangga dengan kamu..semoga zie akan terus berusaha menjadi murid yang lebih cemerlang" Haii..rindunya saya dengan cik gu Syamsiah..bisikan nasihatnya lembut tapi menyentuh kalbu..biar berpuluh tahun berlalu..kata2 cik gu Syamsiah tetap tersemat di hati saya. Entah di mana dia sekarang ini?
Berbalik kepada cerita abah..tak banyak komen tapi..report card saya berseri dengan tandatangan tulisan jawinya tu..!Dan abah..pula setiap kali saya naik tahun dia akan mengintai..jika mendapati kedudukan kerusi saya bukan di depan kelas..dia tanpa segan akan berjumpa dengan guru kelas mohon agar tempat saya tetap di depan blackboard. Kenapa?
Mudah saja ...dia mahukan yang terbaik untuk anaknya yang tak berapa pandai ni..dan dia juga mahu menanamkan perasaan berani di hati saya..berani ke hadapan dan tidak gentar jika berdepan dengan kepayahan. Asuhan abah itu melekat hingga saya masuk ke Universiti..saya seboleh mungkin akan cuba untuk berada di saf paling hadapan jika berkuliah..paling2 komanpun kat saf no 2..Biar ilmu yang diajar guru terus masuk ke telinga dan tersemat di kepala..
Saya bertanya abah kenapa dia suka suruh saya dok kat depan...
"Zie..jika kita solat..orang yang duduk di saf paling depan dan paling dekat dengan Tok Imam..pahalanya berganda berbanding dengan mereka yang dok kat belakang..."
Hmmm..begitulah abah..seorang ayah merangkap seorang guru...penuh tertib dengan cara nya yang tersendiri dalam mendidik anak2 menjadi insan berguna.
Terima kasih, cikgu.

Monday, 11 May 2009

CHELSEA...OH CHELSEA

Hmm..sebenarnya saya frust sangat bila Chelsea tewas di tangan Barcelona dengan kiraan seri dan Barcelona menang disebabkan mendapat kelebihan kerana bermain di tempat lawan.
Memang diakui Barcelona pun main best jugak..terutama melihat pemain2nya membuat "passing ball" tersangatlah accurate dan tepat pada sasaran..jarang sekali bola tersasar ke "laut".
Yang membuatkan hati ni bernanah ialah berkenaan dengan mutu pengadilan yang didokong oleh Tom Henning Ovrebo..apaalah Mamat kepala botak ni..orang yang tak tahu main bola pun pasti mengakui mutu pengadilannya..adalah yang paling buruk diabad ini..cehhh..marah lah ni..
Ada ke patut 4 peluang Chelsea untuk mendapatkan sepakan penalti ditidakkan dan si Botak ni boleh berlagak macam tak dak apa2 yang berlaku..Buta agaknya! Dan yang buat saya lebih "terharu" bila dia pi layang kad merah kepada pemain Barcelona bila melihat Anelka terguling dan tergolek dott di atas padang..sedangkan Anelka terguling tu tak dak sapa pun yang sentuh dengan kata lain "akibat lagak sendiri jerrr". Sewel sungguh la...dia ni!
Memang patutlah si Ballack menyalak kat si Botak ni dan nasib baik si Botak ni tak kena penumbuk sulung Didier Drogba...kalau tak confirm..ICU!
BTW..hati ni terubat gak melihat perlawanan malam td.. Chelsea melawan Arsenal..4-1..wa caya lu!
Apa2 pun..Life must goes on..dan saya tetap menunggu perlawanan akhir nanti..MU -v- Barcelona..pasti hebat juga, tentunya!

Saturday, 2 May 2009

SUSAH KAH UNTUK BERSIKAP ..JUJUR?

Saya memang pantang kalau orang cuba berlagak sombong, berpura jujur mahupun yang berlidah biawak. Tapi ..yalah..memang benar sifat itu memang wujud dalam setiap kita tinggal lagi samada kita mahu berterusan berada di di dalam kemunafikan dan kemungkaran atau memilih untuk bersikap jujur, rendah diri dan telus.
Memilih memang menjadi hak kita kecuali jodoh dan ajal maut.
Jadi kalau kita
boleh memilih untuk berbahagia kenapa jalan derita yang kita tuju
boleh memilih kejayaan sebagai noktah kenapa kepayahan dijadikan sempadan
boleh memilih kekayaan kenapa kemiskinan dijadikan penghalang
Dan jika kita
boleh memilih menjadi insan teladan kenapa masih memilih menjadi petualang?
Ooooo..panjang nye mukadimah!
Sebenarnya..saya nak cerita sedikit hal saja..
Tengahari lebih kurang jam 12 noon saya ke pasar..agak lewat sebenarnya..mana tidaknya hati dok berbolak balik nak pi beli lauk pauk ke tidak..kenapa? Hmm..kita punya peti ais rosak..dah tiga hari dihantar ke makenik..mengikut perjanjian awal dalam tempoh 3 hari akan dihantar..siap pulih..biasalah..janji manis..selepas berbuih mulut saya dok buat follow up katanya hari Isnin nanti baru siap!
Taktik lapuk lah tu..jangan2 peti ais ni pun jadi kes TV saya yang dihantar baiki sampai lani .."pergi tak kembali." Kos pembaikian RM300.00..hmm tambah sikit lagi dah boleh beli tv baru ..bila saya tidak setuju dgn harga dan minta dipulangkan tv tu..makenik tu mogok..tak nak hantar balik..hai..macam2 sikap manusia! Sudah dua tahun peristiwa itu berlalu..agaknya tv tu pun dah jadi arwah dan kamipun dah punya tv baru. Malas mahu gaduh punya pasai..la!
Berbalik kepada citer pasar saya tadi tu..memandangkan saya ni pengunjung tetap maka depa ni pun bertanya la napa lewat..napa lama tak nampak..hmm..belasah ajelah apa2 alasan yang boleh diterima dek akal yang waras.
Sampai ke satu gerai apek jual ikan..dipelawanya saya membeli ikannya.."murah..murah..janji habis..pagi tadi saya jual RM8.00, sekalang kasi kulang..RM5.00 kalo lu amik semo kira cincailah..RM10.00". Banyak juga ikan kembong tu..tapi congak punya congak "ok..la..kasi "sembelih "itu ikan ye..kejap lagi saya pusing balik sini..!
Saya pusing2 cari kelapa lah, sayur la.., pisang ahh..dalam dok tak de peti ais tu pun banyak juga saya berbelanja..biasalah kan...pompuan!
Sesudah ikan yang siap disiang apek tadi saya ambil, saya beralih pula ke gerai ayam kampung..wahh..mahal macam bedil.. 1 ekor RM16.50. Selalunya kalau ke Pasar Borong Selayang kalau dah RM16++ dah dapat 2 ekor ayam..tapi sebab dah janji dengan anak2 nak masak kari ayam kampung maka belasah ajelah.."Ok..lah dek..abang bg harga runtuh la..kira RM15.00 ..k.." Hmm..Alhamdulillah..Mulut mesti manis, Hati jangan jahat..Rezeki jangan ditolak..
Dah nak berangkat pulang dengan plastik yang berbondong-bondong..saya nampak apek jual ikan tadi berlari2 anak ke arah saya.."lu tunggu..lu tunggu .."adoi apasal la pulak apek ni..salah timbang ke..atau nak mintak duit lebih sebab salah kira..tadi tu!
"Napa, apek?" Tanya saya dengan suara macam tak puas hati.
"Aiyya..ini lu punya ikan.. ada 1 ekor lagi lorr tertinggal..gua tadi tak perasan. Mari sini itu plastik wa..kasi taruk dalam!"
Dalam hati saya terdetik...jujurnya apek ni..ikan yang sekor aje tadi tu siap dimasukkan ke dalam plastik kecil dan bersusah payah dimasukkan ke dalam plastik yang saya dok pegang.
Hanya kerna seekor ikan dia melilau kalut mencari saya dan tanpa segan silu melaung agar saya tunggu! Bukankah dia boleh memilih untuk membiarkan aje ikan yang cuma seekor dan tak sebesar manapun di situ saja atau mungkin kalau susah sangat ..boleh disedekahkan aje kat sang kucing yang banyak melilau..bukannya saya tahu atau kisahpun tapi ye..apek tu memilih untuk bersikap jujur dengan saya, pelanggannya. Emm..mulalah sentimental!
Ohh..masih ramai orang yang bersifat mulia rupanya..buat apek..saya, tabik springgggg!

ONE IN A MILLION

Mulanya saya dan hubby bercadang nak ajak anak2 pekena satay kajang sebagai santapan makan malam. Tapi niat tu terbantut tatkala melihat The Boys dah bersiap dengan pakaian sukan..
Hmm.."Mama..today is Friday. Don't u remember?...Tonite we are having futsal laa...." Nampaknya tak de yang minat dengan cdgan kami nak bersantap satay kajang ni..hee..kalau dah namanya anak lelaki tu..lelaki jugalah..
Sudahnya kami ke warung bersebelahan court futsal..pekena air ajelah..dengan janji lepas futsal baru pegi dinner. Saya menonggok di tepi padang memerhati anak2 mengejar bola yang satu. Nasib baik ada Yaya meneman mama.Tak lah boringggg..
Nampaknya my hubby pun nak melepas gian di padang futsal. Warm up nya bukan main lagi...yo..yo..oo je..rupa2nya my hubby ambil posisi penjaga gol..tapi alamak..tak sampai 20 minit gawang nye dah ditembusi 5 gol. Ini kalau main 1 jam mahu 50 gol bolos...
Saya menepuk dahi...pwwwitttt..hubby tolong lah kasi can orang lain pulak yang jaga gawang tu..sengsara mama nengokkan.
Memandangkan futsal ni mungkin berlangsung agak lama, mama meminta hubby hantar mama balik kat umah dululah..mama nak layan One In a Million the Grand Finale..Cadangan santapan di batalkan.."tapi hubby jangan lupa..tapau mama nasi goreng ayam satu..ekkk!"
Ok jom layan Mama berlagak jadi Juri ...One In a Million..

ESTHER

Suaranya gemersik dipendengaran. Terkadang bila dia nyanyi baik yg berbahasa Melayu atau Inggeris kurang jelas sebutannya. Walau menari tapi pada pandangan mata gerakan badannya tidak natural. Anyway..she's so sweet bila tersenyum!

Dok heran 2 perkara..pertama :Bila Syafinaz bilang suaranya special. Entah kat mana specialnye. Kedua: Mula2 diumumkan Tomok terkeluar dari persaingan , kemudian masuk balik..dan Awal pula asyik dok bilang undian Esther mendahului Tomok...depa ni nak buat gimik gamaknya supaya lebih ramai yang sms..banyak sms masuk bermakna banyak untung..wooo!


TOMOK

Juara baru OIM musim ke 3. Dah namanya rezeki..Tahniah!
Well, he deserves it. Suaranya mantap dan matang. Dulu tak suka sangat dia ni dah la suara sengau semacam, perwatakan pulak keanak2an. Tapi nampaknya Tomok dah totally changed. Tak dak lagi suara "sengau kerbau" mungkin pengalaman lalunya menjadi kelebihannya di pentas pertandingan ini.

AWEERA
Ada sesuatu yang istimewa ttg anak muda ini. Usianya masih muda belia tapi suaranya..wow..mama suka. Unik sekali. Walau Syafinaz mengkritiknya bukan menyanyi tapi dok menyalak..dan Paul Moss pula dok kata dia tak ngikuti perkembangan zaman sbb dok nyanyi lagu rock kapak style doloo..doloo , mama tetap beranggapan Aweera seorang yang talented. He will become one of Malaysia's Rock Star.
Suaranya walau nyaring tapi padu. Lihat saja gayanya bila dipentas ..seakan "ada aura" gitu. Tapi kenapa dia kurang mendapat tempat berbanding 2 lawannya?
Sebabnya:
Dia ni ada rupa tapi macam tak de jiwa.
Ada suara tapi macam kurang karektor
Macam perasan bagusss...dan nunjuk sombong gitu..
Jika Aweera dapat mengatasi persepsi di atas and be alittle bit "mesra penonton" pasti...dia merupakan pencabar Tomok yang paling tepat !
Hmmm..apapun Sang Juara sudah dinobatkan!

Friday, 1 May 2009

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

Hati saya tersentuh tatkala di tanya kenapa sibuk berblogger. Ada ke yang sudi membacanya? Dan tak takut ke kalau nanti apa yang saya paparkan di sini akan digunakan oleh pihak lain untuk tujuan tidak baik.
Jawapan saya mudah saja...
Saya menulis kerana sememangnya saya minat mencoret. Tidak penting samada tulisan saya ini mendapat perhatian pembaca atau tidak. Alam cyber sangat luas untuk diterokai dan saya senang dengan kemudahan ini. Saya bebas untuk membaca dan berkongsi pengalaman yang dikongsi oleh penggemar dan pencoret blog. Terasa seolah membaca sebuah pengembaraan. Sky is the limit.
Berbalik kepada hobi berblog saya ni, jika ada yang suka syukurlah jika ada yang tidak sukapun tidak mengapa. Berkawan biar beribu bermusuh tidak sekali.
Saya cuma ingin berkongsi cerita (catatan diary zaman IT) ..tidak ada tujuan selainnya..dan oppss..ada seperkara lagi..
Catatan di ruangan ini juga diharap dapat menjadi sebahagian kenangan buat anak2 dan mungkin juga cucu cicit saya bila mereka dewasa nanti dan seandainya Allah menjemput saya terlebih awal sekurang2 nya anak2 dapat menatap catatan saya tentang mereka dan mudah2an walaupun saya tiada di sisi, mereka mengetahui bahawa saya sangat menyanyangi mereka hingga ke hujung nyawa.
Teringat saya akan lirik lagu yang sering saya dendangkan dikala remaja suatu masa dahulu....
Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Wallahu a'lam.

BEST GILER..NOVEL NI!


Saya sempat mencapai buku ni sehabis lunch dengan Anis di Pertama Complex. Cadang tu nak beli Majalan Dewan Pelajar untuk Afnan..tapi keluaran May 09 belum ada di pasaran ..lantaran kelibat buku ini begitu mempersonakan..jadi terbanglah duit RM19.90. Moga2 berbaloi membacanya.
Terkenangkan "berbaldi" airmata tumpah tatkala membaca novel Siti Rosmizah yang pertama dulu..apa ke tajuknye..emmm..ANDAI ITU TAKDIRNYA maka saya kira novel ini juga pasti lebat dengan adengan"hindustan"..
Ternyata saya silap. Membacanya akan membawa kita bersama di alam penceritaan penulis. Penuh lawak jenaka yang bersahaja tetapi tetap akan disulami dengan airmata .
Cerita cinta si gadis manis yang cuba berlagak brutal, memohon pekerjaan sebagai driver. Sudahnya berakhir dengan perkahwinan dengan bosnya sendiri. Di sini cerita mula berkembang.Ceritanya banyak berkisar tentang erti setiakawan, tikam menikam antara saudara dan soal ketulusan cinta/kasih sayang yang digarap kemas.
Pendek kata tidak ada penyesalan memiliki novel ini! Thumbs up!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...