10 Q WITH 1000 SMILES

Wednesday, 30 September 2009

SYOK NYER.. BERHARI RAYA BERSAMA TEMAN2 SEPERMAINAN...

Pada tanggal 2 Syawal sekali lagi para ex student SRK Sri Suria dan ex Sek Men Dato Mahmud Paduka Raja Tanah Merah (batch kami laaa) bertemu di satu majlis hari raya yang diadakan di Restoren Weida.

Alhamdulillah sambutan sungguh menggalakkna .."over whelming"..

I dok semeja dengan Zimm ( ex UKM Law student) ..yang kebetulan bertemu jodoh dengan Dr Nor Paiza..berbual panjang lah kami. Jealous nyer..Zimm ni maintain ..kurus..!

My hubby and Sofea menjadi peneman setia ..

Walau ramai yang tak kenal..buat2 kenal aje lah...Duduk paling kanan sekali adalah Dato' Azhar yang bermurah hati menaja majlis kami yang berprestij ini.Thanks, Dato!


Aikk..Azah pun mesti datang dengan abang Misai..hee.hee..dok leh tinggal wehh..


No 3 dari kiri Roslan and Mat Yong (orang kuat kami dalam grup Puak Zame Sekoloh)


Amboi ..3 orang cikgu ni ..Hasni, Siti Zaleha dan A. Azman...serius nampak meneliti attendance..

Dir..dok pegang gelas.. macam tension jerr..Ini mesti kes kena torture dengan cikgu cik gi tu lah... ..emm..heran ye , selalunye dia vogue sakan kalau attend gathering tapi kali ni memilih pakaian yang sempoi abihhh!
Jejaka idaman Se Malaya


Jelitawan harapan pertiwi..cewahh.


Teman sepermainan, rakan ketawa , ..berjumpa di atas satu pentas ..kemesraan dan ukhwah tetap terjaga walau masa beredar..
Semoga di tahun2 yang mendatang kita masih bisa dipertemukan.Insya Allah.

Monday, 28 September 2009

IBNU SINA TOKOH ILMUWAN ISLAM

Ibnu Sina

(Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina)


Siapa Ibnu Sina? Hebat sangatkah Ibnu Sina? Genius???
Di barat beliau dikenali dengan nama Avicenna . Berbangsa Parsi dan dikatakan dilahirkan pada tahun 375H, di desa Afshanah berdekatan dengan kota Kharmaitan Propinzi Bukhara, Afghanistan.
  • Pelajaran pertama yg diterimanya pada zaman kanak2 adalah Al Quran dan berjaya menghafal al Quran pada umur 10 tahun.
  • Digelar "Doktor Di Raja" pada ketika umurnya 18 tahun.
  • Menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada zamannya seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama, tasawuf dll.
  • Turut menguasai ilmu berbentuk duniawi termasuklah bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik,syair, teologi,politik, matematik, fizik,kimia,sastera dan kosmologi
  • Diusianya 21 tahun, menulis karya yang pertama berjudul "Al-Majmu".Himpunan risalah karyanya dihimpunkan dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" oleh Pater Dominican di Cairo.
  • Bukunya Al Qanun Fit-Tibb (Peraturan Perubatan) dianggap sebagai perbendaharaan ilmu perubatan dan menjadi rujukan para ilmuwan serta para doktor sejak berzaman.Malah ia turut diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. (Entah ada ke tidak terjemahannya dalam bahasa Melayu..ekk?!) Buku ini diangkat sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.
  • Penulis2 barat menanggap Ibnu Sina sebagai "Bapa Doktor" kerana telah menyatupadukan toeri perubatan Yunani Hippocrates dan Galen. Malah Ibnu Sina turut diberi gelaran "Medicorum Principal " atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Dalam dunia Islam beliau dianggap "Zenith" iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran
  • Dalam bidang geografi Ibnu Sina dengan mudah memecahkan teori berkenaan dengan bagaimana sungai2 berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah2 yang gagaldipecahkan oleh ilmuwan dari Yunan dan Roman.
  • Ibnu Sina juga sangat terkenal di dalam mengembangkan ilmu psikologi dan membuat penemuan baru dalam ilmu perubatan yang disebut "psychosomatic medicine". Turut memberi sumbangan dalam ilmu diagnosis mengenal penyakit melalui denyutan jantung dan nadi. Hebat nyerr....!

Orang yang berilmu dan hebat sepertinya bukan datang selalu. 1 dalam sejuta.Dan orang yang hebat sepertinya turut meninggal dalam usia yang dianggap masih muda. Meninggal dunia di Hamdan dalam usianya menjangkau 58 tahun pada bulan Ramadhan 428H/1037 M. Makam beliau di Hamdan dikelilingi oleh makam2 doktor Islam yang lain. Hal ini menyebabkan para ilmuwan merasa bertuah jika dapat dikuburkan di tanah perkuburan di mana "Zenith" Islam ini bersemadi.

Bertuahnya kita kerana dikurniakan seorang ilmuwan yang "dahsyat " sepertinya! Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama.

Al Fatihah buat Ibnu Sina. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.



Friday, 25 September 2009

ASMA..APA UBATNYA?

Hari ini saya ke klinik membawa Afnan berjumpa doktor. Penyakit asmanya datang lagi. Kali terakhir diserang asma adalah ketika umurnya lima tahun dan setelah 7 tahun berlalu, asmanya menjenguk lagi. Tapi tidaklah seteruk dulu.
Sebelum ini banyak petua yang diturunkan agar saya mencuba ..pelik2 rasanya ; di antaranya ialah dengan mengasah hati unta yang dikeringkan dan dicampurkan ke dalam minuman. Ada juga yang mencadangkan agar dipakaikan tangkal kuning. Dan yang paling kronik a.k.a eksotik sekali adalah dengan mengambil darah haid saya yang terakhir (penghujung) untuk dibuat minum.
Aduh....tolong lahhhhh...tak ada ke cara lain yang lebih elok dari petua2 eksotik seperti di atas?Tak "terdaya" saya nak melakukan eksperimen tersebut terhadap anak saya ni..
Makanya ...sampai lani saya lebih mempercayai rawatan yang disediakan oleh pihak hospital.

Thursday, 24 September 2009

HUUUUAHH..LAMA NYE I BERCUTI...

Sedar tak sedar lebih dari sebulan saya tidak berblogger. Rindunya. Cuti ...sakan.Banyak cerita yang mahu dikongsi ..tapi itulah terperam!

Saban hari menatap berita nasional di akhbar arus perdana .. ada 3 benda yang saya dah mual sungguh utk baca..baca tajukpun dah rasa loya inikan pulak nak baca keseluruhan berita..

  1. Perebutan kuasa di negeri Perak.... tingkah laku "kartun2" yang mewarnai parti politik kedua2 belah pihak...sungguh memualkan.
  2. Kisah cinta tak sudah si Farah Wahidah dan Jul Fekar.Adoii..asyik diulang tayang aje kenyataan kedua2 belah pihak.Langsung tak memberikan manfaat."Talk nonsense.Zero value."
  3. Cerita Amah Indon yang sampai sekarang belum dapat kata putus. Susah sangat ke nak buat keputusan. Apa ke hal lah bapak menteri dok bersidang lama sangat ni.Cakap..cakap..cakap..cakap terussss...keputusan yelekkkk..
    Kalau tak boleh put a full stop on it. Senang citer. Dok main tarik tali tang gaji. Ntahh..apa2 la.. susah sangat...ni. Bibik I terkandas di Indon dah lebiht 2 bulan sb tak dak kata putus tang ini. Nak cari org gaji baru duit dah banyak berabis.. Heran dan mual sungguh..Kementerian kita pun satu hal..lembap TAHAP GABAN!

Huh....mual!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...