10 Q WITH 1000 SMILES

Thursday, 29 October 2009

STRESS...TENSION!!

Banyak kerja di pejabat, gaji tak naik...masalah anak, suami dan famili..masalah mertua dan ipai duai..duit kering hutang melambak? Pernah dengar bukan?? Alahai ...banyaknya masalah.
Biasalah tu..kita hidup memang penuh jalan cerita...ada kala suka dan banyak juga sengsara. Ujian dari yang Esa untuk kita hambanya.
Cara saya mengatasi stress? Emm..lain orang lain caranya..tapi jika saya..sekadar berkongsi pendapat..lah ye..Saya akan:
    • Dok diam-diam..dan tulis. Tulis apa saja yang tergerak di hati. Apa sajalah.Tak kiralah dalam bentuk puisi kaa sajak ka..atau sekadar catatan mengarut. Malah saya dapati terkadang jika menulis dalan keadaan stress ni ..terutamanya tulisan berbentuk karya..hasilnya "boleh tahan" hee.hee..
    • Senaraikan masalah yang membelenggu dan cuba atasi satu persatu.
    • Lukis. Ambillah krayon ke pensil ke... silap2 haribulan lukisan yang terhasil tersangatlah abstrak. Konon-konon..hasil nukilan dari jiwa kacau..haa..haa
    • Pergi spa...layan beb. Takpun ..soh depa massage. Biar urat yang tegang kembali normal.
    • Jika memandu..pasang lagu kuat2..Jangan cari lagu yang sentimental...kot2 bertambah sendu la pulak.Cari lagu yang agak ceria la..pas tu nyanyi sama2.Dan..jika tak ada mood nak menyanyi...pasang aje irama instrumental..huh..saya paling suka muzik yang dimainkan oleh Kitaro! Tenang..dan sesekali meniup semangat..
    • Bercerita pada "sahabat" yang boleh dipercayai. Jangan sebarangan cerita. Pilih kawan . Dan jika perlu menangis..go a head.
    • Meminta hidayat dan petunjuk dari Allah. Doa agar dilepaskan dari bahana. Baca juga surah Yasin dan al Quran...atau jika tidakpun bacalah walau sekadar ayat lazim yang senang dihafal. Sesungguh nya Allah jua yang mengetahui yang terbaik buat kita dan berdoa agar Allah menyenangkan urusan kita..insan yang lemah segala.

Jangan sesekali.........cuba atau ada keinginan untuk menagih dadah atau menelan ubat tidur semata2 nak mengatasi masalah...sebab..masalah tetap akan menyelubungi kita..dan tak pasal2 masalah lain pula yang timbul. Sayangi diri kita...kerana hidup kita hanya sementara..akhirat jua yang kekal.

Dan ..Stress yang sebenar adalah .. jika amal ibadat kita longgar dan tidak diterima Sang Pencipta..dan kita pula dicampakkan ke neraka (Nauzubillah hi min zalik )...sesal tiada guna..lebih2 lagi tatkala para Muslim yang lain bergembira di Syurga Allah.

Waallah hu a'lam.



Wednesday, 28 October 2009

PERJALANAN KE MEKAH TAHUN INI ...SUDAH BERMULA

Nampaknya jemaah haji Malaysia sudah mula bergerak ke tanah suci Mekah. Bersyukur ..di dalam kemelut pemergian yang mungkin tertunda akibat serangan H1N1 ...tidak menjadi. Kalau sudah tersurat untuk menjadi tetamu Allah..maka apa jua rintangan pasti dapat diatasi. Kerana Allah jua yang Maha mengetahui dan merencana segala...
Mungkin bukan rezeki saya untuk ke sana tahun ini...Mulanya rasa agak hiba tapi bila difikirkan balik..sesungguhnya Allah mengetahui yang terbaik ..hati saya menjadi tenang. Semoga rezeki saya ke sana akan termakbul di tahun mendatang...Insya Allah.

Thursday, 22 October 2009

A MOMENT..PLEASE


"If you talk to a man in a language he understands that goes to his head. If you talk to him in his language, that goes to his heart."
Nelson Mandela

Wednesday, 21 October 2009

BERAYE DI RUMAH DR JATT DAN ZIMM

Pada hari sabtu yang lepas kami semua geng2 PZS berpakat memeriahkan suasana hari raya di rumah Dr Jatt dan isteri di Taman Universiti Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah..ukhwah berpanjangan..
Memandangkan aghi tu I dok bawak kamera maka..Gambar2 ni..i cilokk..dari album PZS..Yong and para Administrator..Tq so much..ye atas kebenaran utk mencilok!

Aloh la..Joe "lendik molek benar dale gambar ni..

Jimmy dok wat promosi Spa..yang bakal dibukanya tak lama lagi..bagi diskaun kaw-kaw lah Jimmy weh..I nak jadi ahli seumur hidup ni!

Hi..Asp Janni gak..formal sungguh..Joe..make sikit2..nanti program diet larghi..


Bersama my hubby dan Suezana orghe ghumoh Joe


Dr Jatt: "Jeming..anok Aa ni kawe usung ke kiri ke kanan..sajo nok tunjuk ko "mem" tahun depan..jakitt dapat anok tino!"
Jeming:" Alohh..laa..ambik wat menantu jah..senang citor"

Azah dan Zie..Timo kasih Azah..sketch yang diberi tu banyak membantu I


Terima kasih Dr Jatt..timo kasih Zimm atas keramahan dan kesudian menerima kedatangan kami ..Semoga keberkatan melimpah buat kalian berdua!







Tuesday, 20 October 2009

BUKU CERITA LA....

Buku-buku ini ..dibeli pada Ramadhan yang lepas..



Lagu Cinta Buatmu oleh Qaseh Kaisara: Kisah tentang jejaka yang hampir berkahwin dan ditinggalkan tunang. Bagi menyelamatkan keadaan seorang gadis (pilihan ibunya) menjadi bidan terjun . Mahu tak mahu si jejaka menuruti pilihan ibunya.Pelbagai kisah berlaku sewaktu alam perkenalan.Ala2 kisah percintaan selepas perkahwinan.
Ex- tunang kembali menagih cinta. Namun cinta sang jejaka sudah tersimpul mati buat gadis pilihan ibunya. Kisah percintaan yang simple tapi diolah menarik dengan gaya bahasa yang santai dan tidak berbelit2.
Aku Bukan Billy Miligan oleh Norhayati Ibrahim: Kisah tentang seorang jejaka yang dihimpit kemiskinan tegar menempuh hidup untuk menjadi orang kaya dan ternama. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan dan saham diusia remaja. Kaya dan berkahwin tapi gagal mencari cinta sejati lantaran galur hidupnya yang tidak disenangi ibumertuanya.
Juga tentang cerita si gadis yang bekerja sebagai agen hartanah yang bersyukur dengan apa yang ada tapi turut gagal mengecapi cinta dengan rakan seuniversitinya. Si gadis tegar menenpuh hidup ..berjumpa dengan pelbagai ragam manusia dalam kerjayanya sebagai agen hartanah.
Bertemu jodoh dengan si jejaka di atas..bacalah..untuk mengetahui kesudahan ceritanya...hee...hee..potong stim...
Sebenarnya..jari jemariku ini haa.. dah malas naik menaip .....

LOCENG...OOO...LOCENG

Loceng..oo..Loceng!
Dah lama tak update pasal hobby saya yang satu ni...
Dua koleksi loceng di atas merupakan pemberian Liza.. sahabat saya sebelum Ramadhan tempohari. Loceng yang ala-ala English style with Roses tu..buat masa lani saya dah ada 2 laa..tahun lepas Azie hadiahkan..Seronoknya..dapat "kembar".
Loceng Grand Canyon..tu yang "paling mahal" wehh..Kata Liza..itu milik arwah mertuanya...memandangkan saya minat loceng maka dengan senang hati dia pindahkan hak milik tersebut kepada saya..Wow..Dah berapa dekad ni...? Walau apa2 pun terima kasih bebanyak lah...!

Thursday, 15 October 2009

HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED FRIEND...AZIE!


Wahh...Azie Happy Birthday to you!.. dan Selamat Datang ke Kelab 40-an


Bulan Oktober sangat istimewa bagi saya. Kenapa..ya?
Oktober bulan kelahiran suami, anak (Afnan) dan my best friend..Ms Azie! Istimewa ..bukan?
Emmm..Bercakap mengenai Azie..dia di antara sahabat saya yang paling saya sayangi. Mengenalinya merupakan satu anugerah buat saya. Azie merupakan sahabat saya di UKM. Mengenalinya sewaktu pendaftaran tahun satu di Kamsis Dato' Onn ,UKM. Tak sangka pula kami satu fakulti. Maka bermulalah suka duka kami selama 4 tahun di UKM.Bak kata orang..Di mana ada Azie di situ ada Zie.
Hai..Kami ditempatkan di Kamsis Dato Onn..dan Azie ni kerjanye..melekat di bilik saya hampir seharian..4 tahun beb! Rimas I...hee.hee.. acah je.!
Saya ni pula spesis yang kalau kelas di awal pagi selalu aje nak "ter-miss".Malas betul nak bangun pagi. Jadinya ..Azie inilah yang tukang kejut...dan jika saya bulatkan hati.. untuk ponteng...Dialah yg jadi penyelamat..tak payah pesan , tak payah suruh..Balik aje dari kuliah..mesti ke bilik saya yang ditujunya.. Hah..semua siap..nota yang kemas berphotostate, jika ada kajian kes yg perlu di buat..maka siap juga dia ke library mencari supporting documents..apa yang diajar lecturer semuanya diulang balik ..malah siap dengan detail lecturer tu pakai baju color apa...haa..haa..Azie...Azie..memang bestlah u ni..!
Kami berkongsi banyak perkara ...hmm.. ramai peminat ni! Almaklum orangnya cantik , sopan santun dan baik budi pekerti. Tinggal lagi ..dia tak suka melayan..opsss...layan "sikit-sikit..je"!Apa kata orang .."setia busuk-busuk..." ..gitu!Haa..haaa..
Sehingga kinipun kami masih berkawan baik..malah terkadang kami mengembara bersama..almaklumlah..kami suka berjalan dan membelek barang..kalau poi dengan hubby ..kepuasan tak melimpah..sebab ..hubby-hubby kami ni mana la nak minat berlama2..dok cari barang....Dan..lagi..kami juga suka tengok movie dan sesekali layan teater di Istana Budaya...Begitu cepat masa berlalu..ekk!
Buat Azie..u are the best! Happy Birthday To You...Dan buat Ir. Roslee..Jaga Azie..baik-baik noooo!

Psstt..sekadar selingan...mengenali karektor mereka yang lahir di bulan Oktober:

OCTOBER * Loves to chat * Loves those who loves him* Loves to takes things at the centre* Attractive and suave * Inner and physical beauty * Does not lie or pretend * Sympathetic * Treats friends importantly * Always making friends * Easily hurt but recovers easily * Bad tempered * Selfish * Seldom helps unless asked * Daydreamer * Very opinionated * Does not care of what others think * Emotional * Decisive * Strong clairvoyance * Loves to travel, the arts and literature * Soft-spoken, loving and caring * Romantic * Touchy and easily jealous * Concerned * Loves outdoors * Just and fair * Spendthrift and easily influenced

Tuesday, 13 October 2009

SAND ART:AWESOME

Sand Art Competition @ Harrisan lake, British Columbia, Canada.
Jom layan....

"You can't depend on ur eyes, when ur imagination is out of focus"

Mark Twain


"Most people die before they are fully born. Creativeness means to be born before one dies"
Erich Fromm

"The hardest thing to see is what is in front of ur eyes"
Johann Wolgang Von Goethe


"The secret to creativity is knowing how to hide ur sources"
Albert Einstein



"Curiosity about life in all of its aspects, I think, is still the secret of great creative people"
Leo Burnett

"A man may die, nations may rise and fall, but an idea lives on."
John F. Kennedy

"Life is the art of drawing without an eraser."
John Gardner

"Life beats down and crushes the soul, and arts reminds u that u have one."
Stella Adler

"Ur living is determined not so much by what life brings to u as by what u bring to life."
John Homer Miller

Friday, 2 October 2009

MASIH DALAM MOOD RAYA?

Syawal datang setahun sekali...maka layan ajelah mood raye...Sabtu dan Ahad..banyak undangan mendatang..apa lagi rumah terbukalah. Rakyat Malaysia memanglah terkenal dengan sifat pemurah. Alhamdulillah semoga rezeki...bertambah.
Didalam hati dok bergembira ...jangan lupa tetangga kita yang teruk dilanda bencana. Memang tragis. Semoga negara kita dijauhi dari mala petaka yang sebegitu rupa.Amin
Gambar2 ni diambil di rumah my parents. Gambar atuknenek bersama cucu2 nya. Anak Anis dan Yimat tak de..sebab..lum sampai. Al maklumlah..bila dah berkeluarga maka berayapun kenalah ikut giliran. Sabar ajela....

Dari kiri: Syafina (my youngest sister) huh..manja giler niiii!, Mie Tok, Abah Tok, Aiman, Abby, Danial, Afnan dan Ikmal. Amar (anak abe yang bungsu tak dak dalam gambar..sebab dok sibuk merajuk..hee..hee)..

Abah Tok & Mie Tok bersama Cucu2 Pompuan.
Dari kiri : Hidayah (bakal Hafizah ni..steady kakak!), Sofea My Little Angel, Syafina, Balqis dan Hana.
Semoga Aidil Fitri yang akan datang kita masih diberi kesempetan untuk berkumpul lagi, Insya Allah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...