Sebaik menerima result Afnan menalipon saya di pejabat...
Adik:"Mama..adik dah dapat result UPSR..."
Mama:"Ok tak...?"
Adik:"Ok..lah mama..tapi mama sedih tak ..result adik tak bagus! Tak ada A. Semuanya B..and C for English.." Perlahan saja bunyinya.
Mama: "Wah...ok lah tu..adik dah buktikan pada Mama dan Abah..tak tercicir...jauh!"
Sebenarnya..saya tidak memberikan harapan yang tinggi bagi pencapaiannya di dalam peperiksaan ini. Jika orang lain membayangkan 5A ..dalam fikiran saya pulak..sudah cukup baik jika dia lulus dalam semua mata pelajarannya.
Seperti yang saya nyatakan dalam entry yang terdahulu Afnan cuma pandai membaca diusianya 8 tahun..itupun tergagap2 dan tunggang terbalik..apatah lagi kalau bahasa Inggeris..huh..lintang pukang..sukar untuk mengenal huruf seakannya mempunyai ciri2 masalah "dyslexia".
Sebulan sebelum peperiksaan...dia seakan mahu menangis, guru sekolah memanggil kami ke sekolah..menyuruh kami memberikan perhatian yang lebih sikit..akan pelajarannya. agaknya para guru bimbang result Afnan akan "merosakkan" graf pencapaian keseluruhan sekolah...Al maklumlah...buku rekodnya banyak yang merah dari biru!
Pada awalnya saya termenung...tapi kemudian saya berkata kepada diri sendiri..Ini cuma UPSR dan bukannya ... end of the road!
Saya cuma katakan padanya.."Adik belajar dan buat yang terbaik..apapun keputusan nya nanti..mama tak kisah..yang penting..minat belajar mesti ada..Insya Allah..rezeki Allah ada di mana2..".
Dan..buat Adik..Mama tetap berbangga dengan apa jua pencapaian adik! Yang penting adik membesar menjadi seorang yang taat kepada agama, menghormati orang tua..dan berfikiran positif untuk terus maju! Buat adik...I love u so much...semoga adik akan terus gigih berusaha! ...Dan buat guru2 adik..saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan dan tunjuk ajar kalian buat anak saya. Walau resultnya tidak sebaik mana tapi saya tetap berbangga kerana dengan adanya tunjuk ajar yang berterusan dari para guru...dia tetap bersemangat untuk berusaha...semoga adik akan membesar dan berjaya menjadi insan cemerlang.Insya Allah.




