10 Q WITH 1000 SMILES

Friday, 4 December 2009

SI TANGGANG ...ADA DI MANA-MANA

"SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji
. "


Petikan ini saya baca dari sisipan email ...dari teman2 yang ingin turut ingat mengingati agar...kita tidak berada dalam kapal yang sama dengan si Tanggang seperti di atas. Entah universiti manalah yang "malang" mempunyai tenaga pengajar yang "gitu-gitu" seperti di atas..bagaimana mahu mengajar anak bangsa kalau si tukang ajarnye..mempunyai hemah yang sebegitu rendah? Huhh...memang malang!
Kekerapan cerita tentang bagaimana ibubapa dibunuh, dicedera dan diabaikan oleh darah daging sendiri "memang mengerikan". Ada anak yang berbuat demikian terdiri dari golongan berpendidikan tinggi dan tidak kurang juga dari golongan atau spesis penagih dadah dan kekurangan dari segi mental (gila). Tapi natijahnya tetap sama...mereka ini diklasifikasikan di dalam kelas yang sama iaitu berhati batu, bebal, derhaka dan gila!
Malang sungguh nasib mempunyai anak yang lupa diri sehingga ke tahap "gaban". Bagaimana jika mereka turut diperlakukan begitu oleh anak2 mereka pula?
YaAllah Ya Tuhanku...Selamatkanlah dan hindarkanlah diri ini , keluarga ku, saudara2ku dan sahabat handaiku dari mempunyai walau sekelumitpun niat untuk menderhaka kepada para ibubapa..dan moga diselamatkan juga diri kami dari mepunyai anak cucu yang sedemikian rupa....Amin.

Tuesday, 1 December 2009

TANAH MERAH ...TETAP DI HATI

Kami balik ke Kelantan, malam raya. Huh...jem giler. Bertolak jam 10.30pm dan sampai keesokan harinya jam 7.05 am. Lama nye dalam kereta..naik kematu..punggung ni hah...

Tapi itulah...inilah trillnye...menjadi perantau...sesekali balik kampung...di musim perayaan terutamanya..pelbagai ragam dan cerita boleh dirakam!
Balik ke Tanah Merah kalau tak ke pasar besarnye ni memang tak sah! Tapi kenapa la...pihak MDTM tak "bela" pasar yang menjadi trademark dan berada di tengah bandar Tanah Merah ni..tak de bajet gamaknya...Aduhai..sendu sungguh!


Kami ke pasar..hajat di hati nak bikin laksa dan laksam...Tapi gak..Jemmm...susah nar nak dapat parking...Walau apapun ...demi laksam..hati kena sabar!
Barang2 jualannya? Hmm... Tok sah cakap la Dijamin "lebih mahal" dari harga kat KL..kata abah..harga barang2 kat Tanah Merah ni paling mahal berbanding dengan bandar2 lain kat Kelate! Wah...kelas gitu.. Orghe Tanah Merah ni banyok pitis belako! Sbb tu brg pun mahal macam Bedil! Betul..kaaa?
Apa2 halpun kuih muih masih murah di sini...mana kat KL dapat cari arga kuih serial dapat 6 ketul kuih...sedap2 pulak tu!


Kelate juga dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang dan orghe 2 Tino nya rajin2 belako. Maka jangan terkejut jika sebahagian besar peniaganya terdiri dari golongan hawa! Comel2..dan ramah tamah.. Pandai caghi pitis..



Pelbagai barangan dijual di sini..sebut aje lah..dan jangan takut untk menawar!


Ini Amar..anak Abe (my brother) yang bungsu..tersangaklah suka mengumpul "Kapal Korek" a.k.a kereta sodok! Pilih Amar..jangan tak pilih!


Yezzza..." Ayah kita balik lah....nak main kereta korek umah Mie Tok.. "..Wah..bukan main pandai..ngendeng ayah nye..dapat beli "kapal korek"...yang besarrrrr!

Di sini juga ada dijual...barang2 untuk menyambut bayi yang baru lahir...bekas lampin dan bedak!



Dah habis menjenguk ke pasar kami ke kedai kain Asyraf & ...Ayu Textiles (tutup la pulok..arghi ni!). Kabarnya di sini banyak dijual kain2 dan jubah yang menarik. Nampaknya Tanah Merah kebelakangan ini begitu pesat membangun..di sana sini banyak betul bangunan baru yang terpacak.. dan kedai2..Jange dok cayo..mace2...ado!

Kedai emas kat Tanah Merah.. huh.....lebih dari 10 kedai emas kat sini dari Cap Kepala Keretapi sampai ke Cap Wau Bulan..penuh dengan orghe..banyak duit sungguh la depa ni.
Kabarnya harga emas makin naik..tapi pembelinya tak pernah surut. Di sini harga emas di beli dengan kiraan "rial berat" tapi saya tidaklah pulak tahu andai ditukar ke gram bagaimana bacaannya!
Bee Gar...saya suka membeli barangan runcit di sini..murah...

Hai...kedai emas...di mana2...

Buah2..tempatan tak dok ko cik abe wei..terasa nok make ibu stelo dengan ubi badok...
Emm..jika2 ubi2 ni..banyak sekali dijual di Bukit Panau dan sepanjang jalan dari Tanah Merah ke Machang..murah..wei..ubi badak RM2.00 sekilo...bestnya... terutama jika di makan kala hari hujan..di hidang pulok dengan air kopi dengan ikan kering...huh..nyakut sungguh!

Trennnng....Rumah sapa ni???

Inilah dia Tadika yang mengenalkan saya pada huruf A,B,C di tahun 1975. Masih gagah perkasa ...dan masih mengekalkan rekabentuk yang sama. Nama Kelas saya ...Kelas Cawan .Cikgu besarnya? Cik gu Aminah! Kat manalah dia lani!?
Kenangan di sini...banyak! Di sini saya tahu siapa itu jagoaan tinju bertaraf dunia..siapalagi kalau bukan Muhammad Ali. Teringat bagaimana kami beratur di bawa menonton tinju ke rumah cik gu..semata2 kr tidak mahu terlepas dari siaran langsung Muhd Ali bertinju...haii..macam2!
Dan di sini juga saya belajar mendapat hadiah buat kali pertama ...hasil dari penglibatan sukan tahunan. Dan di sini juga saya belajar bagaimana "orang dewasa" mengelat a.k.a. menipu a.k.a buat lawak dalam memastikan diri menang dalam kejohanan sukan...bagaimana...???
Begini...
Orang dewasa..guru2 dan para ibubapa diminta masuk bertanding dalam pertandingan "Cepat Tulis Huruf".Ramai yang turut serta...
Sebaik sahaja pengadil melaung..."Tulis A, B, C sampai Z"..sekonyong2..tiba "orang dewasa" ke garisan penamat..mengatakan dia sudah siap! cepat sungguh!
Yang ditulisnya..."TULIS A B C SAMPAI Z". Pengadil menolak ..kertas jawapannya..tapi "orang dewasa" yang sorang ni beriya2..mengatakan apa yang ditulisnya adalah sebagaimana arahan. Pengadil pening kepala!! Dan..saya yang berada di situ pun rasa macam nak muntah! Auta sungguh!


Ini pula Sek Keb Tanah Merah..saingan utama Sek Ren Keb Sri Suria...terletak ditengah2 bandar Tanah Merah..
Saya juga pernah menjadi tenaga pengajar di sini sewaktu "break semester". Kala itu gurubesarnya ialah Cikgu Chamras...huh..cikgu ni..tersangatlah terkenalnya di Tanah Merah. Seorang yang tersangatlah dedikasinya terhadap sekolah dan para pelajar!
Jika Sri Suria terkenal dengan gurubesar CikGu Zainal Misai..maka Cik gu Chamras merupakan gandingan guru yang serasi di dalam persaingan membawa kedua2 sekolah ini dilandasan yang betul ..untuk muncul sebagai sekolah yang terbaik!! Kudos buat kedua2 gurubesar ini!
Hmmm..Tanah Merah tetap..di hati!

CANTIKNYA...PINTU-PINTU NI..

Hari minggu yang lepas saya mengajak hubby ke Rawang. Nak tengok design pintu. Kami tiba seawal jam 10.30am. Kedai bukak jam 11.00 am. Ghairah lah konon..perli hubby! Tak tahan tunggu saya telefon tokei kedai...
Mama :"Halooo..u mau bukak ini pintu kedai jam berapa...kami dah lama tunggu ni...?U berniaga tak hari ni"
Tokei : " Haiyyaa...u tunggu wa datang lagi 15 minit!"
Hubby geleng-geleng kepala.


Kedai pintu ni memang penuh dengan pintu-pintu..dari jenis murah hinggalah yang ke mahal. Terletak di Bt 17, Rawang. Tokei kedai memang peramah dan tak jemu melayan. Saya turut meminta izin untuk mengambil gambar..


Kebanyakan pintu sebegini banyak digilai oleh orang2 Cina..


Harga pintu lebih kurang dalam lingkungan RM750.00 (1 pintu) tapi gedebak gedebuk..alih2 dah jadi RM4500.00 lebih..haiyaa...


Banyak design dengan pelbagai pilihan kaca,warna serta jenis kayunya...


Saya suka yang ini...Tapi beli sebelah pintu aje di apit oleh "anak pintu" berkaca disebelah kiri dan kanannya...puas mengayat tokei utk dapat harga terbaik...huh...


"Side door" nya lebih kurang sebesar ini tapi di tengahnya ada kaca lah jugak...


Pilih-pilih.....



Memang tak jemu memandang...

Satu lagi design yang menarik...
Kami pulang ke rumah selepas kira2 2 jam menghabiskan masa di sini...asyik sungguh!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...