10 Q WITH 1000 SMILES

Thursday, 11 February 2010

ALLAH ITU SATU

Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan segala makhluk. Dan selama mana kita hidup kepercayaan bahawa Allah itu satu tetap terpahat, kemas dijiwa. Insya Allah ,semoga Allah menjaga iman kita semua dari segala dakyah dan godaan pihak kafir yang sentiasa mencari jalan memudarkan rasa keimanan kita kepada Allah Tuhan yang Esa.

Jika ditanya kepada saya tentang isu penggunaan nama Allah yang ingin dikongsi oleh pihak gereja. Jawab saya mudah saja:

Baca dan hayatilah maksud ayat Al Quran Surah Al Ikhlas : Terjemahannya:

  1. Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa
  2. Allah yang dituju (untuk meminta hajat)
  3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
  4. Dan tidak ada satupun yang menyerupaiNya
Seterusnya bacalah lagi ayat Al Quran Surah Al Kafirun : Terjemahannya

  1. Katakanlah (ya Muhammad): Hai orang-orang kafir
  2. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah
  3. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah
  4. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah
  5. Dan kamu tak pernah menyembah apa yang aku sembah
  6. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku
Diantara sebab ayat al Kafirun diturunkan adalah apabila Kaum Quraisy berkata : Ya Muhammad, ikutlah agama kami, nanti kami ikut agamamu. Kamu sembah tuhan kami setahun dan kami sembah Tuhan kamu setahun pula.

Nauzubillah, kata Nabi, aku berlindung pada Allah daripada syirik itu. Kemudian turunlah ayat Al Kafirun ini.

Kedua2 ayat di atas jelas. Allah itu satu!

Jangan kerana ghairah mahu memberikan kebebasan penggunaan perkataan Allah kepada pihak yang tidak sepatutnya...kita turut terpalit dengan kegiatan mensyirikkan Allah. Nauzubillah.

Dan tidak mustahil juga pihak2 berkenaan, atas dasar human rights, kebebasan beragama , penghinaan terhadap kepercayaan mereka bahawa (Tuhan /God yang ilani dok heboh mahu disamarkan sebagai Allah ) adalah tuhan bapa, ada anak dan sebagainya...maka satu perintah lain pula di bawa kepada mahkamah keadilan agar Surah Al Ikhlas dan Al Kafirun ini diharamkan!

Parah! Saya tak sanggup!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...