Saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang kematian sadis Allahyarhamah Adik Syafia Humairah Sahari, 3 tahun.Melihat raut wajah comelnya dan membaca ulasan lapuran tentang sebab kematiannya menyebabkan hati saya bagaikan disiat sembilu.
Geram, marah dan sedih bercampur gaul. Walau air mata darah sekalipun,dihamburkan oleh ibunya ...maaf cakap, ia tetap tidak akan mengembalikan adik Syafia ke dunia yang fana ini.
"Lucu" pula rasanya apabila berlaku perebutan mayat si mangsa oleh kedua keluarga. Entah apa yang diinginkan oleh mereka gamaknya? Publisiti..mungkin!
Bertambah "lucu" lagi rasanya apabila mengetahui si ibu sanggup bersekedudukan tanpa ikatan yang halal selama beberapa tahun dengan lelaki yang diketahui rendah moralnya dan boleh pula dia bertahan biarpun penderaan sering berlaku. Entah apa yang didambakan dari lelaki sebegitu? Cinta...issyy..geli bunyinya!
Alasan bahawa si suami yang berada dipenjara dan tidak mahu menceraikannya bagi membolehkan ikatan perkahwinan baru dapat dilaksanakan hanya menonjolkan betapa rapuhnya nilai keimanan, harga diri dan kedunguan akal fikiran.
Dan "Lucu" juga apabila memikirkan mengapa masyarakat sekeliling, kedua ibubapa dan keluarga terdekat turut bersubahat dan membiarkan sahaja perkara maksiat ini berpanjangan tanpa noktah. Tidak mahu dituduh busy body, mungkin. Atau mungkin juga kerana depa berdua ni dah "tak boleh makan saman"dan terlalu bijak berlakun.
Entahlah...mungkin pulangnya adik Syafia Humairah kepada Sang Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang adalah lebih baik baginya dari berterusan hidup dalam penderaan manusia yang bertopengkan syaitan serta lakunan orang2 dewasa yang hidup dalam ketololan nafsu sarakah.
Semoga rohnya tenang bersemadi. Al Fatihah.

0 Comments:
Post a Comment