JOM KITA KAWAN....

Tuesday, 17 August 2010

ISTANBUL TURKI : BLUE MOSQUE & HAGIA SOPHIA

Assalamualaikum....Hari ini saya ingin membawa anda bersama melawat ke Hippoderum of Contantinaple, Masjid Biru dan Hagia Sophia...Yok!

Kedudukan mereka berdekatan di antara satu sama lain....just a walking distance!


Hippoderum ini terletak di Sultan Ahmet Square. Hippoderum dikatakan berasal dari gabungan dua perkataan Greek yang iaitu "hippos" bermaksud "kuda" dan "dromos" yang bermaksud "way" ...lorong???Merupakan medan lumba kuda utama pada suatu masa dahulu!

Ini namanya The Wall Obelisk...


Ini tak tahu namanya...



Inilah dia Masjid Biru. Hasil ilham arkitek terkenal yang bernama Sedefkar Mehmet Aga.

Terdapat beberapa kubah kecil (kalau tak silap berjumlah 36 kesemuanya) yang menjadi sebahagian dari struktur Masjid Biru begitu istimewa

Inilah rupanya Masjid Biru yang terkenal seantero dunia...Memang cantik!
Masjid Biru ini juga sebenarnya panggilan istimewa kerana keunikan warnanya...masjid ini juga disebut sebagai Masjid Sultan Ahmed (Sultananehmat Camii). Dibina pada tahun 1609-1616 pada zaman pemerintahan Sultan Ahmed 1.



Mengikut cerita Sultan Ahmed 1 ingin membina ssebuah masjid bercirikan senibina Islam tulin bagi menyampaikan maksud bahawa arkitek Islam juga dapat menyaingi senibina Hagia Sophia yang begitu tersohor tika itu.
Diperintahkan agar masjid ini dibina bertentangan dengan kedudukan Hagia Sophia. Dititahkan sultan agar menaranya dibuat dari emas dan disebut "altin" dalam bahasa Turki.


Hmmm...cantik bukan!
Apa terjadi pada kisah menara emas ini? Mahu dengar lagi?... Hmmm..sang arkitek telah tersilap tafsirkan altin tadi sebagai "alti" yang dalam bahasa Turkinya bermakna enam.
Maka dengan perkiraannya itu masjid ini telah dibina dengan ditemankan enam menara!

Hatiku begitu terpukau!

Sambung lagi citer ni...Sang arkitek merasa takut...kalau2 Sultan Ahmed akan memenggal kepalanya akibat tersalah tafsiran perkataan " altin '. Tapi...cerita duka bertukar bahagia kerana sang sultan begitu terpegun dengan senibina agung dan hasil ilham sang arkitek yang memukau.
Cuma yang menjadi masalah kerana masjid ini dikatakan pula sengaja ingin menyamai atau menyaingi Masjidil Haram yang menempatkan Kaabah di Mekah. Untuk mengatasi masalah ini Sultan telah menitahkan agar sebuah menara tambahan di bina di Masjid Al Haram Mekah dan menjadikannya 7 menara kesemuanya.

Mengambil masa enam tahun utk disiapkan..

Dengar citer Sultan Ahmed berumur 19 tahun ketika titah Masjid Biru ini didirikan. Umurnya tak panjang ...mangkat tatkala umurnya dalam lingkungan 27 tahun!

Tak lengkap kalau ke Istanbul tanpa melawat ke Masjid Biru...tauuuu!

Interior of Blue mosque



Kombinasi warna biru dan merah keperangan menjadikan dome ini begitu cantik...


Kata Abe...ada tandatangan Sultan kat atas ni...


Perasan tak...One of four enormous circular pillar yang juga dikenali sebagai elephant feet

Hamparan permaidani dibawah juntaian lampu bergemerlapan

Posing sikit...

Cantik!

Pengunjung memang bertali arus ...tanpa henti sepanjang waktu



Masjid Biru dari sudut yang berbeza


Sebahagian dari pili air yang digunakan untuk mengambil wuduk .
Ok lah dah menjenguk ke Masjid Biru...apakata ikut saya menjenguk ke Hagia Sophia pula!

Ini adalah Hagia Sophia yang bermaksud "Holy Wisdom" yang asalnya sebuah gereja dan ditukarkan kepada masjid di zaman kegemilangan kerajaan Ottaman dan kini kekal sebagai sebuah muzium.


Kedudukannya adalah bertentangan dengan Masjid biru. warnanya merah kesamaran. Kedua2 nya mempunyai tarikan yang tersendiri. Msajid Biru dengan enam menara manakala Hagia Sophia ada empat menara!

Seni binanya berasaskan binaan arkitektur Byzantine 900 tahun sebelum kedatangan kerajaan Ottaman.Kami tidak dapat masuk ke dalam kerana tiada dalam senarai lawatan. Sekadar mengambil gambar dari luar sahaja....jadilah!

Masih utuh! Menurut cerita peninggalan gambar2 kristian masih dikekalkan di sini...
Oklah macam biasa...dah habis berjalan2 ..tibalah pula masa untuk kami jala-jalan cari makan....


Restoren terbuka di tepi jalan...tertib tersusun...tak macam kat Kuala Lumpur...berselerak dengan kerusi bangku yang menghalang jalan.

Karyawan Jalanan...menegur saya dengan ramah...nye...From Malaysia???? Emmm...Rakyat Malaysia memang dikasihi di sini!Jangan tak tahuuuu...

Menanti hidangan dengan penuh sabar...muka masing2 macam disapu minyak gitu..bersinar-sinar!

Turki memang terkenal dengan pinggan hiasan berlukis tangan cantik2 wehhh..for those yang minat menggantung dinding dengan pelbagai hiasan pinggan ni...layan!
BTW ...Apalah yang nak dihidangkan kami pada kali ini...kurrr semangat!

Olawei....ini aje ke?
Lama2 boleh kuruslah I....balik dulu lah...sambung citer lain kali...lapr narrr ni!






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...