10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 31 August 2010

ISTANBUL TURKI : SELAT BHOSPORUS



Hmmm...terasa begitu cepat masa berlalu..sedang begitu banyak sekali tempat-tempat menarik di Istanbul yang belum sempat kami terokai. Sememangnya 4 hari di sini tidak cukup untuk menjelajahi kota seribu satu malam ini.





Ok..la apa kata ikut saya dan famili menaiki cruise menikmati Selat Bhosphorus.








Kami menaiki bas beramai-ramai menuju ke port yang akan membawa kami membelah Selat yang indah ini







Sudah sampai...kat belakang tu ialah Cruise yang bakal kami naiki...jommm!






My self and abah

Saya and famili memilih untuk berada di dek. Luas pemandangan sambil merasai nikmat bayu selat yang membelai jiwa

I nak stori sikit pasal Selat Bhosphorus ni...meh sini dengar...Kami akan menaiki cruise ni lebih kurang sejam lamanya.Harap2 tak ada yang mabuk laut..yo..Selat ni merupakan tanda sempadan yang memisahkan blok Asia dan blok Eropah yang mempengaruhi Istanbul sejak sekian lama.

Selat ini terletak di antara Laut Hitam dan Laut Marmara (yang merupakan laut terkecil di dunia) serta muara sebuah sungai yang dikenali sebagai Golden Horn (Tanduk Emas). Jadi apa specialnya Selat Bhosphorus ni?

Meh..sini I nak bisik...

Air di bahagian atas Selat Bhosphorus akan mengalir ke Laut Hitam TETAPI di bahagian bawah airnya mengalir ke arah bertentangan iaitu menghala ke Laut Marmara. Heran ke...? Apa nak di kisah...Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa mencipta pelbagai perkara yang ajaib yang tak terpikir dek minda...class bukan!




Lihat betapa cantiknya...bangunan2 yang menghiasi Selat Bosphorus ni...sepanjang pengemudian kami di sini didapati kebanyakan bangunannya lebih banyak dipengaruhi oleh reka bentuk nagara 2 sebelah Eropah








Tak tahu lah..apa nama kebanyakan bangunan kat sini ...tapi semuanya memikat jiwa!





Masjid di merata tempat ekkk...





Ini adalah Bhosphorus Bridge dan bangunan yang seakan melekat kat bridge tu adalah Ortakoy Mosque





Indah...


Padat





Walau tak dapat menyelusuri ke marata Istanbul, sekurang2nya dengan ber cruise ni kami masih dapat menikmati keindahan kota Istanbul


Beyberli Palace dibina oleh Sultan Abdul Mecid. Kediaman di raja di musim Summer.


Syok nye jadi raja yang punya Istana secantik begini!


Dolmabahce Palace yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Utmaniah dari tahun 1853-1922, menggantikan Topkappi Palace

Dikatakan dibina dengan kos sebanyak 5 juta emas Ottaman Pound @ 35 tan emas..olawei..Kat sini juga lah Kamal Atartuk tinggal sehingga kematiannya pada tahun 1938

Syafina dan Hidayah...mak dan anak saudara..lebih kurang aje umur depa ni!





Abah dan kenalan yang turut menyertai pakej pelancungan kami ni.




Rumah agam sapa lah gamaknya ni ye?


Aikkk...boat diperkarangan rumah menggantikan kereta..!



Layan ajelah gambar2 ni...


Tak takut dilanda tsunami ke depa ni...baut bangunan betul2 di birai air!



Masih mengekalkan kehijauan di sebilk taburan serata bangunan..


Wahh...bersantai sakan...! Kalau tak puas berenang kat pool tu...boleh terjun terus ke Selat ni haaa..kata orang kita boleh terapung..je kat air tu..ada kah ini benar??? Sumpah...den tak berani nak cuba!Takut terjun je..terus tak timbul-timbul...ahakkkk!





Sambil mata menikmati pemandangan yang indah ni..apa kata kita layan tekak yang haur dengan chaiyy..air teh Turki.I gelas kecil ni kira-kira 2 Lira aje..dalam RM4.00 lebih...

Lega...rasenya..dapat menghilangkan dahaga! Emmm ..jom layan lagi pandangan di kedua2 belah selat ni..






Bendera Turki berkibar megah..


Asyik..sungguh!




Private boat dan bagi pasangan yang berbulan madu atau meraikan annivessary ...cuba2 le ke sini ..hmmm..bayangkan anda berlayar dan karangkan impian itu dalam cerita Hikayat Seribu Satu Malam








Salah satu cruise yang berselisih dengan kami di selat ini..tengok airnya ..tak berketak langsung..tak nampak ombak pun!






Pelbagai bentuk boat , yacht serta kapal kecil sepanjang berada di selat ni..penuh warna-warni!



Ini adalah tembok Rumelhisari yang berada sepanjang selat Bhosporus ..






Ingat tak lagi cerita saya yang terdahulu berkenaan dengan tembok panjang yang menghiasi Istanbul ni ?

Tak tahu lah apa ke nama bangunan yang kecil tu..masjid ke pondok jaga ke..atau sekadar monumen!



Apa boleh buat...tak de tukang cerita..so layan ajelah...


Petite but...solid!


Rumah api ke tu...haaa.haaa..

Pelayaran kami dah nak sampai ke penghujung...senyum tanda hati kepuasan! Dengar komen dari mereka...ni haaa


Syafina: "I suka kat sini..release my tension!"

Abah dan Mie: " Waduh...rasa macam muda balik..!"

Abe and Atie: " Heee..heee rugi ur hubby tak ikut...opsss!"

<><><><>
<><><><>
Jangan mare...
Ok lah...sehingga berjumpa lagi...tata....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...