- Emm...terkejut badak bila mendengar berita Abang "A" dah berpisah dengan isterinya. Kenapa????Apa lagi angkara cinta beralih arah la...Hai..anak dah bersusun paku..masih ada hati nak bercinta! Pulak tu dapat si anak dara..muda belia..
- Si anak darapun tak kurang cerdik tauuu...dah tahu Abang "A" dah beristeri..dimasukkan syarat rombongan meminang mestilah dibuat secara beradat dan orang tua mesti turut serta...huh...haru biru.. Dipaksa si Omak masuk meminang!
- Kata orang kalau hati udah beralih arah..cinta yang dulu mekarkan bertukar color... kuyu , layu, basi dan menjadi sampah..apa nasihatpun tak boleh pakai hatta Abang "A " mendabik dada mengatakan memang dah tersurat...lelaki boleh kahwin EMPAT!!!!! Malah dibuat alasan jugak..dah tercatat di loh mahmuz...dia memang direzekikan untuk berkahwin lebih dari satu...Olawei...hebat!
Menangis Kakak "A" melihat kegedikan si suami yang memang dah tak termampu dipulih...jadi..CERAI menjadi "rezeki" yang "limpahkan" oleh Abang A selepas 20 tahun melayari bahtera perkahwinan!...apatah lagi Kakak "A" tak mahu berkongsi a.k.a bermadu! Abang "A" mencemuh..Kakak "A" sengaja menolak tuah untuk merasa payung emas di Syurga...Hebat...!
Hmmm...MALAS a.k.a BENCI I nak comment...la!


0 Comments:
Post a Comment