10 Q WITH 1000 SMILES

Friday, 26 February 2010

LAMPU PAGAR

Emmm...ini pulak rumah my friend Razlan di Country Homes. Sengaja saya minta dia hantarkan gambar lampu pagar ...kotlah boleh berkongsi idea..

Razlan ni memanglah kalau bab2 mengemas rumah huh..ngalahkan pompuan..kreatif pulak tu..saya suka berkongsi idea dengan mamat ni..dia memang best lah!

"Ko tengok betul2.. Jie ..dan ko jangan lupa gunakan lampu yang betul kat garden..bargu menarik!" Beriya2 dia nasihatkan saya .Hee...heee..tanah ada secoit..kat depan rumah ada hati nak buat garden..

Hiasan dalamannya pun tak kurang menarik...tauuu..!

RUMAH BARU DICE & FREDA

Hee..hee..ini bukan nak citer pasal rumah I, tapi rumah baru Dice (My brother) dan Freda kat Bukit Subang. Dah lama depa dok wat house warming ni tapi baru lani saya berkesempatan untuk upload gegambar.Almaklumlah...

BTW, Tahniahlah sebab akhirnya berjaya pindah dan membeli rumah sendiri. Sekurang2nya duit yang dibayar bg rumah yang diduduki terasa berbaloi dan lebih bermakna lantaran tahu rumah tu akhirnya jadi milik kita..berbanding jika dok terus menyewa..bayar bulananpun agak mahal dan kita hanyalah bergelar penyewa bagi rumah berkenaan.

Amboi Anis...bukan mesra lagi dengan Kak Yah tu..gosip mendda la gamaknya..Aiman yang kat belakang tu pulak..dok cari sape?

Freda..berbaju hitam..asyik melayan tetamu yg datang..

Sebahagian dari keluarga disebelah Freda..

Ok..jom ronda ..tengok..isi dalam rumah nye pulak..

Warna tema..Purple the Glitter..hee.hee..pandai-pandai je..

Ada dua kerusi kecil ...1 untuk Danial dan 1 lagi untuk Balqish..senang tak dak yang berebut..

Nice..matching color. Aiman cukup berkenan dengan combination warna purple ni!


Dan saya pula...berkenan kat lampu gantung tu..kena dan terletak..

Hmmm..tak banyak rupanya gambar yang diambil..maklum lah masa tu saya tak berapa sihat..tak dapat nak ambik gambar byk2..jadi..ini ajelah yang dapat dipaparkan..


Oppsss...Abah Tok..nak ke mana tuuu...?

Wednesday, 17 February 2010

WOW...KAYO NYER..DEPA!!

40 Top list orang2 paling kaya di Malaysia telah dikeluarkan.

Adussss...bilo la gamaknye"mokcik' nak disenaraikan dalam list ni...kwang-kwang-kwang!

Sekadar menyenaraikan Top 10..Country's Richest:

  1. Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) : RM42.76bil
  2. Tan Sri Ananda Krishnan (Raja Telekomunikasi0: RM27.00bil
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation Bhd ) : RM11.92bil
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) : RM10.86bil
  5. Tan Sri Lim Kok Thye (Genting Group) : RM10.28bil
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) : RM7.09bil
  7. Tan Sri Syed Mokhtar ( Al Bukhary Foundation) : RM6.00bil
  8. Pn Sri Lee Kim Hua (Genting Group) : RM4.40bil
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) : RM3.5bil
  10. Tan Sri Vincent Tan ( Berjaya Group) : RM3.2bil

Bagaimana agaknya hidup dikelilingi timbunan wang?? Syok & Happy nyer...Petik jari semuanya bertukar wang/emas...emmm..betul ke?

Diberitakan bahawa Karl Rabedar, 47 tahun seorang Jutawan Austria yang dikatakan mempunyai kekayaan berjumlah RM16.2 million (Millioner...belum tahap billioner lagi..k) mahu hidup sebagai orang biasa. Beliau di dalam proses menjual dan menderma sebahagian besar dari kekayaannya bagi tujuan kemasyarakatan, kemanusiaan dan kebajikan.

Katanya, "My idea is to have nothing left. Absolutely nothing.Money is counterproductive-it prevents happiness."

Beliau berasal dari golongan orang yang susah. Bertahun berusaha gigih untuk mencipta kekayaan.Malah percaya makin kaya seseorang itu maka makin happylah hidup mereka. Hal ini menjadikannya seorang yang tidak pernah puas untuk memburu kekayaan. Malah sehingga ke satu saat merasakan beliau telah menjadi hamba duit. Bekerja dan terus bekerja untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya tidaklah diperlukan sangat dalam sebuah kehidupan.

Selama bertahun beliau memikirkan hal ini dan merasakan diri tidak terlalu berani untuk meninggalkan kekayaan yang dimilikinya walaupun di dalam hati berkata kehidupan biasa adalah lebih baik.

Akhirnya dia menemui satu kekuatan untuk menjadi manusia biasa..setelah pulang dari bercuti di Hawaii bersama isterinya..katanya.."If I don't do it now, I won't do it for the rest of my life" Dan apa pula pendapatnya apabila menjual harta bendanya untuk tujuan bantuan kemanusiaan dan menolong golongan yang tidak berupaya..."Free, the opposite of happy!"

So... Biar tidak bergelar jutawan...don't ever regret with ur life! Lagipun pengakhirannya kita didunia ini hanyalah dengan membawa balutan kain putih semata...Nikmatilah kehidupan dengan penuh rasa keinsafan, akhirat jua yang kekal.

Walau bagaimanapun, seandainya kita ditakdirkan untuk berada dalam golongan jutawan...maka bersyukurlah dan gunakan kekayaan yang dilimpahi Allah untuk kegunaan yang diredhai-Nya.Insya Allah..selamat dunia dan akhirat.


Monday, 15 February 2010

AKHIRNYA...BOLEH PINDAH RUMAH!

Hari ini 1 Rabiul Awal 1431 bersamaan dengan 15 Feb 2010...berakhir satu penantian yang agak panjang. Kami pindah rumah. Bukan rumah baru..tapi rumah lama yang baru habis dibuat make over.

Lamanya nak siap rumah...jenuh menanti...saban hari jiran tetangga dok bertanya.."U punya rumah bila mahu siappp...haa?"Adoii..penasaran..agaknya depa dah tak tahan mendengar pekikan mesin dan ketuk ketak yang berdentum saban hari...bingit telinga beb!

Tak de lah cantik dan besar sangat..tapi kira ok..la...Yang penting impian anak2 nak punyai bilik masing2 dapat direalisasikan 5 + 1 bilik tidur , 5 bilik air, 1 ruang tamu dan 1 family hall...Alhamdulillah..

Perabut dan hiasan dalaman?...Hmm..masih dalam proses pencarian dan banyak lagi ruang yang togel....dalam erti kata lain ... sebenarnya banyak lagi yang perlu disiapkan.Wardrobe & Kitchen cabinetpun masih belum diluluskan belanjawannya...hee..hee..al maklum..ongkosnye...waduhh..perlukan kesabaran... sihhhh!

Pindah masuk dulu sebab ..nak jimatkan harga menyewa rumah...

Gambar???...Tunggu...!!!

Thursday, 11 February 2010

ALLAH ITU SATU

Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan segala makhluk. Dan selama mana kita hidup kepercayaan bahawa Allah itu satu tetap terpahat, kemas dijiwa. Insya Allah ,semoga Allah menjaga iman kita semua dari segala dakyah dan godaan pihak kafir yang sentiasa mencari jalan memudarkan rasa keimanan kita kepada Allah Tuhan yang Esa.

Jika ditanya kepada saya tentang isu penggunaan nama Allah yang ingin dikongsi oleh pihak gereja. Jawab saya mudah saja:

Baca dan hayatilah maksud ayat Al Quran Surah Al Ikhlas : Terjemahannya:

  1. Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa
  2. Allah yang dituju (untuk meminta hajat)
  3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
  4. Dan tidak ada satupun yang menyerupaiNya
Seterusnya bacalah lagi ayat Al Quran Surah Al Kafirun : Terjemahannya

  1. Katakanlah (ya Muhammad): Hai orang-orang kafir
  2. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah
  3. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah
  4. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah
  5. Dan kamu tak pernah menyembah apa yang aku sembah
  6. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku
Diantara sebab ayat al Kafirun diturunkan adalah apabila Kaum Quraisy berkata : Ya Muhammad, ikutlah agama kami, nanti kami ikut agamamu. Kamu sembah tuhan kami setahun dan kami sembah Tuhan kamu setahun pula.

Nauzubillah, kata Nabi, aku berlindung pada Allah daripada syirik itu. Kemudian turunlah ayat Al Kafirun ini.

Kedua2 ayat di atas jelas. Allah itu satu!

Jangan kerana ghairah mahu memberikan kebebasan penggunaan perkataan Allah kepada pihak yang tidak sepatutnya...kita turut terpalit dengan kegiatan mensyirikkan Allah. Nauzubillah.

Dan tidak mustahil juga pihak2 berkenaan, atas dasar human rights, kebebasan beragama , penghinaan terhadap kepercayaan mereka bahawa (Tuhan /God yang ilani dok heboh mahu disamarkan sebagai Allah ) adalah tuhan bapa, ada anak dan sebagainya...maka satu perintah lain pula di bawa kepada mahkamah keadilan agar Surah Al Ikhlas dan Al Kafirun ini diharamkan!

Parah! Saya tak sanggup!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...