10 Q WITH 1000 SMILES

Thursday, 25 November 2010

KALAU CINTA SUDAH HILANG HATI PUN DAH TAK SAYANG LAGI!

  • Emm...terkejut badak bila mendengar berita Abang "A" dah berpisah dengan isterinya. Kenapa????Apa lagi angkara cinta beralih arah la...Hai..anak dah bersusun paku..masih ada hati nak bercinta! Pulak tu dapat si anak dara..muda belia..
  • Si anak darapun tak kurang cerdik tauuu...dah tahu Abang "A" dah beristeri..dimasukkan syarat rombongan meminang mestilah dibuat secara beradat dan orang tua mesti turut serta...huh...haru biru.. Dipaksa si Omak masuk meminang!
  • Kata orang kalau hati udah beralih arah..cinta yang dulu mekarkan bertukar color... kuyu , layu, basi dan menjadi sampah..apa nasihatpun tak boleh pakai hatta Abang "A " mendabik dada mengatakan memang dah tersurat...lelaki boleh kahwin EMPAT!!!!! Malah dibuat alasan jugak..dah tercatat di loh mahmuz...dia memang direzekikan untuk berkahwin lebih dari satu...Olawei...hebat!

Menangis Kakak "A" melihat kegedikan si suami yang memang dah tak termampu dipulih...jadi..CERAI menjadi "rezeki" yang "limpahkan" oleh Abang A selepas 20 tahun melayari bahtera perkahwinan!...apatah lagi Kakak "A" tak mahu berkongsi a.k.a bermadu! Abang "A" mencemuh..Kakak "A" sengaja menolak tuah untuk merasa payung emas di Syurga...Hebat...!

Hmmm...MALAS a.k.a BENCI I nak comment...la!

PINDAH OFIS..

  • Lama jugak tak up date entry di blog ni. Sibuk memanjang. Baru-baru ni pindah ke opis baru di Damansara. Huh..kelam kalibut. Serba tak kena jadinya..pusing satu kepala. Stress tak usah nak cakap ler..berdengung...ngiung ngiang!
  • Pulak tu dalam sibuk2 pindah ...abah pulak dikhabarkan masuk hospital. Di serang minor stroke -saraf. Tak boleh cakap...macam orang bisu! Risau gak...dalam dua hari boleh bertutur balik tapi satu atau dua patah perkataan aje...itupun tunggang terbalik...lain yang nak dicakap lain yang keluar dari mulutnya. Kesian abah! Sudahnya kami adik beradik pakat bawak kedua orang tua ke KL...senang sikit sebab semua anak2 mereka dok KL belaka...
  • Raya korban tahun ni paling tak best...raya kat KL aje anak beranak..Sebab...cuti tahunan I sudah habis. Hubby ajak balik raya..tapi tak jadi gamaknye..sebab kesian nanti I tinggal sorang2 kat KL...So, pagi seusai solat Aidil Adha..balik umah...gedebak gedebuk tidoooooo...bangun ajak my hubby and anak2 pekena Satay Kajang...hmmm...namapun raya..maka kedai semua tak dak yang buka,,,sudahnya pekena Kenny Rogers..olawei...tak kena gaye langsung. Ayamnya pun tak fresh!

"Mama...orang KL raye macam ni ke...??" Tanya si bungsu...

"Entah..gamaknye lerr..."Jawab saya dengan penuh ketidaaan mood!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...