Malam tadi saya terpaku di kaca tv, layan cerita HANI…almost every week tanpa gagal.
Cerita yang menarik, punya mesej dengan gabungan pelakon yang memberikan lakonan mantap. Kredit saya utk Esma Daniel. Sebelum ini saya tak minat sungguh dengan lakonannya…sebab. kaku tak berjiwa..tapi kali ini dia membawa watak seorang ayah dengan cukup lucu, berkesan and so natural. Begitu juga pelakon remaja Nurul Elfira Roy, best sangat lakonannya.. dan pelakon watak utama HANI, sorry masih tak dapat digest namanya kat benak ni. Hani pelakon yang punya pakej lengkap. Cantik dan punya lakonan yang ummmmphh…manakala Rozita Che Wan…ok-ok sajalah..tak ada perkembangan dari segi lakonan…graf nya masih statik.. Weiii..jangan lupa lakunan pelakon buta lelaki yang selalu menyanyi tu…boleh tahan gak..!
Oraitt..Cerita yang dihidangkan mungkin kita lalui setiap hari…kisah tentang kehidupan keluarga yang serba sederhana tapi penuh kasih sayang. Agak malang akibat dari serangan tumor otak, sianak ie Hani menjadi buta selepas pembedahan.Bagiamana kesudahan citer ni..kite tunggu ajelah…biar suspense sikit!
Kisah ini menyedarkan saya bagaimana insan yang bernasib malang “cacat pancaindera” menjalani hidup serba kekurangan dengan penuh positif…dengan sokongan mereka yang sempurna segala.
Saya merasa sungguh terkesan melihat kesungguhan para pelajar2 buta menjadikan al Quran sebagai penawar hati, membaca Al Quran dengan penuh fasih …kalah kita yang celik ni. Saya masih tertanya2 benarkah kita kekurangan al Quran Braille dan betul ke kosnya sangat mahal?
Sekurang2nya kisah ini menyedarkan kita tentang satu kealpaan yang “tenat” dan mungkin ramai yang terlepas pandang.
Saya sering melihat ramai daripada kita menghadiahkan al Quran ke masjid atau madrasah…serata negara ..tapi berhabuk..mungkin akibat jarang dibaca atau bersentuh!
Hmmm.. apakata kali ini kita bermurah hati pula bersedekah duit kepada mereka yang benar2 memerlukan al Quran berbentuk braille..mudah2an pihak2 atau badan2 berkenaan dapat war2kan kepada masyarakat akan hal ini.
Psst…berkenaan komen tentang cerita ini menggalakkan budak2 sekolah bercinta..bagi saya itu soal remeh. Tak de cerita inipun budak2 kat sekolah tu masih lagi “bercinta monyet” . Naluri biasa anak2 di zaman remaja…yang mengomen tu pun “ macam bagus” aje…haaa…haaa!


0 Comments:
Post a Comment