10 Q WITH 1000 SMILES

Friday, 4 February 2011

HO CHI MINH ...LAGI!

Hari yang seterusnya kami meneruskan perjalanan ke tapak peninggalan perang gerila Vietnam dan askar Amerika. Siapa sangka dalam keadaan penuh kedaifan mereka memenangi peperangan ini dengan penuh bergaya...caya lah!


Kami ke Chuchi Tunnel...

Jalannya agak jauh masuk ke dalam...dan "penuh ranjau berduri".. Rasenya my abah tak boleh bergerak jauh ...dan kami tinggalkan abah di pinggir masuk ke Chuchi Tunnel ni..kesian abah..apa bulih buat..

Kami posing dulu sepuas hati dengan mamat-mamat patung ni...
Posing..jangan tak posing..perasan tak 2 hamba Allah yang tiba2 menjadi ahli rombongan kami tu? Pasangan dari Singapore yg ditipu oleh si pemandu teksi..duit mereka dikebas, ditinggalkan di dalam hutan ni... dan mereka penasaran kerana taka tahu bagaimana mahu pulang ke hotel penginapan di bandar Ho Chi Minh.

Oleh itu..pesan saya berhati2..di negara orang!
Adoi...udah2lah posing tu..boring dah rasenye ni..
Aikkk...jumpa kepal perang pulak dah...posing lagi...

Kami meneruskan perjalanan meredah hutan..yang bagusnya..tak dak pulak nyamuk yang datang menggigit..kalau kat M'sia pantang di pelawa..macam hantu langsuir laju aje datang si nyamuk mengetip2 darah kita yg begitu berharga ni..


Jalan jangan tak jalan

Sorry ye...acara potong stim"..sebenarnya gambar ni diambil sebelum sampai ke Chuchi Tunnel ni..dah termasuk kat dalam entry ni malaslah pulak nak delete..layan ajelah my mum bikin "kerepek beras"
Mula-mula lemping di letak atas loyang dan cepat2 di kirai..menggunakan kayu khas..
Lepas tu di jemur gini gaya...
Hasilnya gini... "nama nya "Rice paper"
Macamana cara nak makan? Ok kita "close up sikit"...cakkkk..kalau kat tempat kita ni ala2 kulit popia lah ye!
Ok..peredahan kami dihutan ini diteruskan..bagus untuk pemerosesan pembelajaran sejarah terutama buat Aiman & Amie ..padah dan susahnya pabila negeri berada di dalam peperangan..moga dijauhkan Allah
Mr Hero a.ka.a Mr Hai our tourist guide bertindak sebagai jurucakap dan demostrator menunjukkan lubang kecil yang digunakan  oleh para gerila memasuki terowong bawah tanah yang panjang merentasi tanah Vietnam di sini.
Kecil aje lubangnya...agaknya kalu saiz Aiman..parah gak nak masuk ni..

Ayuh..kita melilau lagi..

Kecil aje ..boleh telus ke ni?
Daa..daa...askar Vietnam masuk lubang dan tengok...ngam2 aje!
Periuk api ditanam merata tempat disini..tapi sudah banyak yang telah dimusnahkan ..ia ditanda dengan pokok kecil yang ditanam sebagai penunjuk di situ ada periuk api!
Cuba teka..ape ke benda nye ni? Ahaks....lubang angin! Yang direka khusus bagi memastikan terowong bawah tanah mendapat udara yang mencukupi..

"Mama...kat Vietnam ni tak de tempat yang happening sikit selain dari belantara ni...?"
OOO.....banyak awak punya happening...!
Penat dah..kita rehat dulu!

Seterusnya kami di bawa melihat bagaimana askar2 gerila Vietnam mencipta peralatan perangkap perang dengan penuh kreatif walau dalam serba kekurangan...
Tajam menikam


Rolling Trap
Window Trap
Folding Chair Trap
See saw Trap
Di belakang Aiman ..merupakan tempat para gerila bermesyuarat mengatur strategi perang..dan pembuatan peralatan senjata perang

Seterusnya kami menuju ke Shooting Range di mana latiham menggunakan peralatan senjata moden diajar kepada para gerila
Ini semua merupakan peluru hidup tau..bulih terburai perut kalau kena tembak ni! Kalau mahu para pengunjung juga boleh mencubanya..beli peluru tu..dan ....
Tembak...jangan tak tembak!
Abang Aiman ni eksyen je lebih... 10 peluru yang di bagi..satu pun tak tepat!
"Ada satu lagi peluru ni...Mama nak cuba ke?" ... Issy
Hmmm..ini bukan selipar jepun..tapi selipar tayar ..made in Vietnam
Cara2 membuatnya...bedal tayar kereta omputih..dan potong ia seperti ini..
Potong mengikut saiz yang dikehendaki..dan...
Cantik tak??????
dah berhempas pulas kat hutan belantara ni maka...kami dijamulah pulak makan2 dan minum2..heee..heee..dengan hidangan ubi kayu rebus berserta tea Vietnam..duga..dugaa!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...