10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 22 February 2011

NORHAYATI BERAHIM :DARI KERANA MATA


Hari minggu yang lepas saya dan anak2 ke Brem Mall, Kepong.. cadangnya nak pi tengok movie..tapi cadangan dibatalkan lantaran tak de citer yang menggetarkan perasaan. Kami beralih angin ke kedai buku..merewang di situ …lagi syok!
Saya melilau mencari novel2 terbaru di pasaran…dan teringat dah dekat 3 bulan…saya tak membaca karya nya.. emm..mesti karya penulis pujaan saya ni dah berada di pasaran…

O..ye! Mata terpaku pada sebuah buku di rak paling hadapan:Dari Kerana Mata. Harga RM28.00 lepas diskaun 25% , dapat le saya milikinya secara sah dengan harga RM21.00. Tak sabar nak balik…baca!

DAN berikut adalah komen dari saya..

5 Perkara Yang Positif :

1. Banyak cerita tauladan samada berbentuk petikan peristiwa zaman sahabat nabi dan saintifik yang diterjemahkan melalui penceritaan secara bersahaja.

2. Kisah kasih sayang di antara saudara, sahabat, bapa tiri dan nenek yang dikisahkan secara tulus,lucu tapi masih bisa menyentuh hati nurani

3. Betapa persepsi negative (kemiskinan dan ketandusan kasih sayang) jika diterima secara positif dan berlapang dada akan berkesudahan dengan kemenangan dan keberkatan yang berpanjangan

4. Dari segi penceritaan Norhayati memang jagoan! Penghayatan dan pemerhatiannya dari kisah seharian dan kehidupan di kampong digarap dengan begitu baik sekali dalam bentuk novel.Emm..seolah2 kita juga turut berada di zaman tersebut!

5. Saya tertarik dengan satu petikan perumpamaan tentang perkahwinan tanpa cinta oleh Norhayati, di m/s 530


“ Kamu kena bahagiakan diri kamu, Nik. Perkahwinan bukannya sehari dua. Sering kita harapkan sampai ke mati. Perkahwinan ynag tak gembira, seperti serangga terlekat sarang labah-labah. Nak bergerak, tak boleh. Hanya menunggu nasib.Kalau nasib baik, angin datang merempuh. Sarang labah2 koyak, mungkin dia selamat.Kalau tak, tunggulah kematian dan di makan labah2”

Hmmm.. penuh hikmah!: Begitu juga tentang teori kenapa si anjing sering menjelirkan lidahnya..so interesting!

3 perkara yang saya TAK BERAPA Suka

1. Novel tebal berjela sehingga ke mukasurat 870, tapi Penulis seolah sengaja membuatnya panjang tanpa isi yang memberansangkan. Sebelum ini jika membaca novel2 beliau, saya tak sabar untuk mengetahui kisah yang selanjutnya..tapi kali ini saya seolah2 tidak terbuai lagsung. Baca & skip … sekadar nak habiskan isi cerita.

2. Adalah lebih baik jika Penulis mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris atau mencari olahan yang lebih “smooth”. Membaca petikan bahasa Inggerisnya itu seolah2 membaca sebuah karangan untuk masuk peperiksaan. Skema sangat dan macam tak berjiwa ! Sorry!

3. Garapan gelodakan “jiwa kacau” nya masih sama dengan novel2 yang terdahulu dan sudah boleh diagak. Pemberontakan jiwa seorang perempuan dengan kata2 hamburan berbau “sakit jiwa” melampau adalah satu pengulangan yang berpanjangan!

Walau apapun saya masih tak sabar utk menanti novel nya yang akan datang, mungkin 3 bulan dari sekarang lah ye..Mudah2an Norhayati tidak ketandusan idea untuk menyajikan kami peminat setianya dengan kisah2 yang lebih menarik di masa hadapan.



Insya Allah.



1 Comments:

Eryz Dwan said...

karya NB bakal kuar 2 novel serentak time pesta buku pwtc next month nant.. tunguu..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...