10 Q WITH 1000 SMILES

Friday, 11 March 2011

TRAVEL TIPS: WHAT TO BRING?

Apa barang yang perlu di bawa kalau nak pegi bercuti for a long journey?

Benda2 seperti pakaian dan yang seangkatan dengannya tu tok sah citer lah ye. Cuma pastikan bawa pakaian yang sesuai dengan iklim. Dan jangan nak pi buang tabiat pegi bawa high heels seolah2 nak gi buat cat walk lah pulak…merintih kaki tu kan ..urat biru akan tumbuh toing..toing..melotup, wa cakap lu! Dan passport tu check betui2…bile tarikh mati nye!Juga tiket…jangan tersilap tarikh + waktu…kang nangis tak berlagu!Opppss…Fulus/Card Credit/Travel Insurance Policy…angkutkan sekali.

Orait benda2 mcm ni elok le di bawa:

• Ear Plug & Eye Cover : Kalau perjalanan tu memakan masa lebih dari 6 jam elok gak di bawak eye cover. Senang tido…dan utk eye plug …manalah tahu tempat penginapan tu riuh rendah.atau teman sebelah anda jenis tido berdengkor..ngalahkan enjin kapal terbang….tentu susah nak melelapkan matakan…so benda2 macam ni tersangatlah membantu…. Psstt…kalo naik kapal terbang “tiket mahal” depa supply benda2 gini gaye..siap stokingggg…tapi kalo naik kapal terbang budget…agak2 lah ye…ini dah di kira “barang mewah” yang perlu di koskan ke atas penumpang! Haa..haaa..

• Sewing kit/tissue/cottan bud :Ada sesetengah hotel dia bg benda2 gini gaya..tapi kalau yg menginap kat hostel atau yg seangkatan dengannya…bawak le, bukan susah manapun.

• Medicine : Panadol/Ubat selsema/Minyak urut/Minyak Cap Kapak/Balm/Plaster/healthcare Card seperti jenis darah ..kadang2 bile kita berjalan udara dinegara orang tak sama..jadi perubahan cuaca akan memberi kesan pada tubuh badan kita. Hmmm… kalau ada minyak urut boleh gak soh member tolong urutkan kaki kita yang lenguh buat berjalan jauh tu..Saya suka bawak minyak gamat.

• Gunting kecil/nail clipper/pad lock

• Kompas : Senang nak cari arah kiblat. Walau ke mana kita melangkah.. ingat …bumi yang kita pijak itu tetap milik Allah Sang Pencipta. So…jangan nak buat2 lupa solat..lah pulak!

• Umbrella yang boleh lipat : Agak2 lah musim apa yang u all pegi. Google kat internet tu.I teringat satu kali tu kita orang pi Hong Kong, adoi…hujan..payunglak tu mahai..ngalahkan arga “emas’’..nak tak nak belilah juga…mana tahan dok mencangak je…kata pegi jalan tapi..tak leh berjalan sebab ujan.. Beli aje…hujan pun berenti…huaaa…lari bajet gua!

• Sun block/Sun Glasses/Sun Hat/Lip Gloss :Saya selalunya bawak sun glass.. Kalau tak pun beli ajelah..wat tambah koleksi.

• Travel kit : Brg mandian dan pembersihan diri/perfume/deodarant/comb

• Botol air yang boleh re fill: Boleh wat bekas minum, air minuman sangat mahal disesetengah tempat..so pandai2lah budget…tambah2 lagi kalau pi segerombolan anak beranak.. benda2 gini gaya juga tersangat lah berguna untuk tujuan “pembersihan diri” tatkala menyahut seruan ‘nature call’

• Camera : Benda yang satu ni kalo kome tinggalkan kat umah aje…samalah maknanya kome tak gi holiday!Jangan lupa spare bateri lebih …karang potong stim…tengah syok bergambar…bateri kong…padan muka!

• Handphone /cable cord/Charger/pen drive : Dilupa…jangan!.

• Disposable Item : Kadang2 saya bawak juge Tupperware…nak wat tapau makanan. Dan..tuala pompuan/disposable pantiespun…bawak ajelah…just in case.

• Extra beg yang boleh dilipat2 tu…mana tahu…terlebih beli barang…maka senang sikit nak menyumbat… ingat…beg yang boleh dibuat hand luggage...Kalau barang dah berlebih sangat…sendiri mahu ingatle…fulus kena tambah…k!

• Note book/pen : Senang nak wat catatan dan pen tu kalau ada borang2 yang kena isi senang le nak nenyeh…kalau tak jenuh nak meminjam!

• Sudu/garfu : I bawak gak……sepasang jerrrr!

• Gula2 atau Asam Masin : hmmm…kalau loya-loya..amat membantu ni. Weiii..I bawak gak mee Maggie..malam2 kadang2 lapar narrr..so in 2 minutes time..dah boleh slurppp…mee magie..cepat di masak senang di makan!

• Stoking : Bawaklah sepasang.

• Sejadah kecil dan telekung : Ingat Allah!!!

And kalau my mom….dia mesti gak sumbat Surah Yasin dalam beg nye tu…dan…doa2 harian/perjalanan. Sepanjang dok dalam kapal terbang…kumat kamit…doa..panjang…doa pendek semua ade…Jangan coba2 ganggu!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...