10 Q WITH 1000 SMILES

Wednesday, 13 April 2011

BORAK-BORAK....

"U tak risau ke masa depan anak2 U" Tanya Mr X, semalam.
"Tak!Apa pasal pulak?"Heran pulak saya dengan pertanyaan nye tu.
"Why u think u are rich enough to secure a good job for ur kids?"
Ehhh..Mamat ni..ni nak bertanya ke...nak menghentam saya, gumam saya dalam hati.

"Nothing to worry! Dulu.. pasal diri I pun I tak risau!" Saya membalas.

Saya tak paham, mungkin dia terlebih risau..alah anak baru sorang dah tu berkedudukan...risau macam punya anak sedozen! Nyampah...

Bagi saya setiap anak yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya oleh Sang Pencipta, tugas kita sebagai orang dewasa dan ibubapa adalah memastikan anak2 diberikan pendidikan yang terbaik, perhatian serta kasih sayang yang tak berkurang dan tunjuk ajar yang berpanjangan.

Kekayaan mungkin ukuran kejayaan tapi bukan ukuran kebahagiaan , pada saya lah...jika ilmu penuh didada itulah nanti yang akan menjadi penyuluh kita di masa hadapan. Dilempar ke laut menjadi pulau , dilempar ke darat menjadi radar ...! Selebihnya kita serahkan kepada Allah dan sering2 berdoa agar kehidupan mereka diberkati dunia akhirat.

Terkadang saya tak paham...kenapa kekayaan yang menjadi ukuran kejayaan! U pakai kereta jenis apa, rumah apa, kerja apa...gaji berapa, kawin dengan siapa ...a.k.a pangkat apa...ahh..bosan lah...Tak bolehkah kita hidup yang sedang- sedang saja ...asal bahagia!

Kekayaan bg saya adalah satu perkara yang subjektif...tak de wangpun susah juge...wang perlu untuk survival. Wang menjadikan kita lebih berusaha untuk merubah aras hidup! Tapi janganlah uwang menyebabkan kita buta ttg tujuan hidup yang sebenar...bukankah hidup kita cuma seketika cuma..

Pernah satu ketika dulu...pada awal penghijrahan saya dari kg ke kl...kerjapun lum dapat lagi...baru je kahwin dan punya anak pertama, Abang Aiman..beberapa orang rakan kami datang berkunjung ke rumah kami...mungkin mahu menziarahi kami yang baru punya cahaya mata...di rumah kecil kami di Gombak.

Salah seorangnya rakan sekuliah my hubby bertanya, "Ko pakai keta apa?"...interviewlah pulak.
Kancil, jawab suami saya selamba.

"Issy...aku tak bolehlah dok kat umah kecik macam ni, rimas , bising dahlah tu sesak betul..nak parking pun payah! Dan.. Ko ni satu..pun tak de kelas langsung...pakai kancil!"

Mak oiii...bongkak dan indah sungguh bahasanya tu...ikut hati mahu aje saya halau keluar...patkal je ingat dia tu bertaraf tetamu!

Dan apa jadi dengan kawan kami tu....Selepas hampir 17 tahun berlalu...dia dok kat umah flet masih menyewa dan ke hulu ke hilir dok pakai kereta kancil...nasib tak baik...rumah tangga berentakan dan bisnisnyapun  tak pernah berjaya!

Moral of the story ...jangan pandang orang sebelah mata..dan jangan sesekali bermulut celupar..not good ok..

Bersyukur dengan apa yang ada dan...berdoa untuk terus berbahagia serta mohonlah agar rezeki yang dikurniakan kepada kita sentiasa melimpah dan yang penting....berkat!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...