10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 26 April 2011

SWITZERLAND....LUZERN

 Alhamdulillah ...di hari yang sungguh indah ini ...kami akan meneruskan pengembaraan  ke Luzern! Dari Interlaken , ia hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tak terasa lama..dengan pesona pemandangan yang indah...nak melelpakan mata walau sebnetar pun terasa sayang...!


 Sebaik sahaja sehabis sarapan pagi...cereal..roti moti dan fruits...dan menghirup secawan hot chocolatenya yang begitu...ummmphhh..kami keluar..bak kata oarang2 tua ..selepas subuh, dah keluar!

Sebagai penambah ilmu pengetahuan am....jom kita intai sikit sedikit sejarah awal Switzerland...Bermula penubuhannya pada tahun 1291 bermula dengan 3 negeri  Uri, Schwyz and Unterwalden -  so called "Ur-Kantone" . A citizen of each state swears on August, 1st 1291 on a small mountain named "Rütli":Bunyinye lebih kurang macam ni:
"We will be a one and only nation of brothers ..."

And this leads to the term confederation ("Eidgenossenschaft")

Luzern pula joined Swiss Federation ni pada tahun 1332.


Since Switzerland has no natural resources, education and knowledge have become very important resources. Therefore, Switzerland claims to have one of the world's best education.

Bahasa pertuturan kat sini...?  Terdapat 4 bahasa utama yang dituturkan di sini German, French, Italian dan Romansh..Sebab itu  Switzerland is also called as Schweiz in German, as Svizzera in Italian, as Suisse in French and as Svizra in Romansch...

tapi don't worry Bahasa Inggerispun digunakan dengan meluas dan their people also so friendly!


Kami dok ..kat tepi tingkap dalam tren..orangnye pun tak lah penuh sangat..so pilih aje tempat duduk yang kita suka...gambar ni diambil dari atas tren..tengok betapa jernih air nye tu kan..
Switzerland is surrounded by 5 countries; France, Germany, Italy, Austria and Liechtenstein

After Sweden, Switzerland has the highest life expectancy in Europe.
Amboi...mak bawak baby...the daughternye pun sama naik...Like mom like doter!


Kami dah sampai ke Luzern!
Berbanding tempat yang kami lawati sebelum ini, Luzern kelihatannya lebih modern and happening!
Lucerne was voted the fifth most popular tourism destination in the world in 2010 by Trip Advisor.
Pada masa kami poi tu...ramai jugek rombongan anak2 sekolah yang sesama memeriahkan bandar Luzern ni!
Dan saya terpandang sekor itik ke serati ke ..dengan amannya menyusuri lake di bandar ni..
Mak ooi..the water! Cyristal Clear!

Geram punya pasal saya turun ke bawah...

Jinak pulak tu!

Kami menarik nafas...Subhanallah..Jauh perjalanan...luas pemandangan!
Hubby turut bersetuju dengan pendapat saya...!

Kami dok agak lama kat sini...

Pemandangan di sekitaran Reuss River..

Luzern juge kadang kala di eja Lucerne

Nampak tak jambatan kayu yang panjang tu!?

Dan bandingkan dengan jambatan batu yang kat belakang I ni!

Jambatan kayu ni sangat istimewa!


Antara tarikan utama di tengah-tengah kota ini ialah Kapellbrücke Bridge, jambatan kayu tertua di Eropah (dibina pada tahun 1333), sepanjang 204m merentangi Sungai Reuss. Bersebelahannya terletak Wasserturm atau 'menara air' setinggi 34m yang dipernah digunakan sebagai penjara, pusat menyiksa para pesalah dan  juga pernah dimanfaatkan sebagai rumah api atau 'lucerna' dalam Bahasa German .

Ada citer menarik lagi pasal Bridge ni?
Sabar ...noo..nanti akak ko ni citer sat lagi!
Asyik sungguh kami kat sini!

Panjangnya Chapel Bridge ("Kapellbrücke" dalam bahasa  German) ini adalah sekitar  204 m (670 kaki) merentasi Sungai Reuss. Merupakan jambatan kayu berbumbung tertua di Eropah dan merupakan salah satu tarikan utama  pelancongan di Switzerland.


Hi every body!.

Jambatan ini sangat utuh biar terendam di air berabad lamanya... sesetengah pihak mengandaikan ia lambang keteguhan dan sikap Masyarakat Luzern yang sentiasa bersikap positif  dan tegar memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Nampak tak lukisan antik kat yang menghiasi bumbung ni?

Untuk pengetahuan semua, jambatan kayu ni dibina dalam tahun 1333 untuk tujuan keselamatan. Jadi all the paintings kat sini merupakan   series of paintings para karyawan from the 17th century, depicting events from Luzerne's history.

Malang sekali berlaku kebakaran besar pada tahun 1993 yang turut memusnahkan sebahagian daripada lukisan bersejarah tersebut.

Nampakkan...gondol tanpa lukisan ..

Mereka mengambil keputusan untuk membaiki dan memulihkan jambatan kayu ini tapi di tempat yang berlaku kebakaran tiada lukisan diletakkan bagi menunujkkan bahagian jambatan yang telah mengalami bencana kebakaran tersebut!


Terdapat jugek tempat menjual cenderamata di sini...

Nampak tak khemah-khemah putih di pinggiran sungai tu? kenapa ekkk???

Ada pasar pagi rupanya!!

Macam2 yang dijual kat sini... yok layan!

Ada madu hand made, jem and etc

Ada buah2 dan sayur2an...

Ada bunga2..

Pelbagai bentuk cheese...

Best gak tengok omputih membeli belah...cuma kena hati2 kat anjing peliharaan mereka nilah...silap2 haribulan datang nak manja2 kat kita lah pulak...adoooiii!
Dah puas ronda pasar pagi depa ni ...kami menruskan perjalanan...

Ke pusat membeli belah depa ni...jalan depa ni berbentuk coble stone..
Macam2 boleh dibeli kat sini! Ada duit semua boleh jadik!

Tak de duit kita window shopping aje lah!

Semacam satu trend...aktiviti berbasikal bukanlah perkara aneh di Europe ni...mungkin cuaca mereka sesuai..kalau kita berbasikal dengan bercoat kat malaysia..alamat lemas...dengan peluh!


Tiba2 hati berdetik bangga...Ohhh..proud to see  bendera negaraku megah berkibar di bumi Switzerland!


Banyak jugek kedai jam..


Jugek kedai cokelat...
Macam2 bentuk macam2 perisa
Jangan lak tak tahu... Cokelat Toblerone berasal dari sini..
Satu perkara yang bagus tentang orang Jepun...walau di mana mereka berada... Negara tetap diutamakan!

Kutipan derma untuk mangsa2 gempabumi..

Mereka menyanyi dengan penuh semangat...dan rase hati macam terharu...sesangat!


Di mana bumi berada di situ langit di junjung!


Alangkah syok nyer kalau sungai2 di negara kite sebersih gini gaye...

Saya dok bayangkan ..kalau musim sejuk agak2 sungai ni..pun beku..macam ais...
Masa tu..sambil main ski..boleh jadikkan aktiviti "mencandak" sampah beramai2 ...heeeiii...tak sesuai!


Saya nak ajak my hubby untuk ke tempat lain le pulak...

Kami berjalan dan merayau mencari arah...naik bas tersilap arah..maka naik le bas lain..dan jalan lagi..
Malu bertanya sesat jalan...moral of the story ringankan mulut...apa malu sebab tak reti cakap bahasa Inggeris??? No worries!Be happy!

Salah satu bangunan lama..yang ditransfromkan menjadi restaurant!

Korang perasan tak...
Bangunan depa tak de yang mencakar langit!

Dan dalam pada dok syok2 merendut..kami terdengar satu irama tiupan yang sungguh mengasyikkan!
Layan ajelah dulu...

 
Gereja...kat mana2 aje..tapi masjid?

The Swiss people are either Roman Catholics or Protestants and one will also not find any mosques in this country.
Kami nak ke mana sebenarnya niiiii???

Yok..ikut...dah hampir ni...

 
Old Swiss House

 
Ok...kami dah hampir sampai..follow the flow..ramai yang ke sini especially orang2 Jepun dan Chinese..
Lion Monumen

The Lion Monument yang juga dikenali dengan nama Lion of Lucerne merupakan ukiran batu yang menjadi tempat wajib kunjung jika ke Lucerne. Designnya dibuat oleh Bertel Thorvaldsen. Monumen Singa ini dianggap sebagai “Swiss Guard” dan didedikasikan buat  Helvetiorum Fidei ac Virtuti ("To the loyalty and bravery of the Swiss")yang berjuang sewaktu berlakunya Revolusi Perancis pada kurun ke 17 bagi mempertahankan keluarga dan istana Raja Perancis..

 
Penulis Amerika, Mark Twain mengumpamakan Lion Monumen ini sebagai “ The most mournful and moving piece of stone in the world’
Ada kisah menarik berkenaan dengan Singa yang baring dan kelihatan “bersedih’ ni…Jom kite susuri citernye sikit…

Alkisahnya, pada awal kurun ke 17, satu rejimen askar Swiss telah ditugaskan to be part of the Royal Household di Perancis. Pada tahun 1789, King Louis XVI telah dipaksa untuk meninggalkan istananya yang terletak di Palace of Versailles ke Tuileris Palace di Paris.

Akibat dari Revolusi yang melanda Perancis ketika itu, Raja dan keluarga telah dibawa keluar dari Tuileris Palace bagi tujuan keselamatan. Satu nota telah ditulis oleh Sang Raja bagi menitahkan Swiss Guards yang bertugas untuk berundur dan pulang ke barrack mereka. Malangnya nota tersebut telah lambat diterima. Dalam misi mempertahankan Tuileris Palace itu beratus orang Swiss Guards telah terkorban malah ada diantara mereka telah dipenjarakan.

Inisiatif bagi membina Monumen Singa ini dilhamkan oleh Karl Pfyffer Von Altihofen salah seorang dari Swiss Guard yang terselamat bagi memperingati rakan2 Swissnya yang terkorban dan yang telah berjasa dalam peperangan tersebut.

Beliau melancarkan kutipan derma pada tahun 1818 bagi membina satu monumen peringatan dan… walaupun si artis dikhabarkan tentang duit yang dikutip tidak mencukupi untuk membiayai hasil karya nya tu…monumen Singa ini telah siap diukir sepenuhnya pada tahun  1821. Nama2 Swiss Guards yang terlibat dalam misi tersebut turut dicatatkan di monumen berkenaan...

Ok...semua dah tengok...maka kami naik tren ...kali ini kami naik The Scenery train..yang warna hijau..saje nak tengok scenery yang memang cantik2...dan tak puas mata memandang...ni..besok kami dah nak meninggalkan bumi Switzerland...How I wish to come here again...and ...again...

2 Comments:

suz said...

switzerland..memang best..especially interlaken/murren/

Mardihah Adam said...

salam kak! saya sudah link blog akak untuk novel saya di mardihah.blogspot.com! sayang akak banyak-banyak. salam perkenalan dari saya ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...