10 Q WITH 1000 SMILES

Tuesday, 3 May 2011

BELGIUM, BRUSSEL


Berkelana ke Europe ni taklah sesusah mana...wa cakap lu! Mula2 tu memang saya dan hubby gelabah gak..takut2 kami akan macam "rusa masuk kampung" kat sini...iyelah selalunya kami follow travel agency kalau nak melancung...kali ni kami sesaja je buat2 berani...dan Alhamdulillah..saya ingat next time kalau kami berkesempatan untuk mengembara ke sebelah sini lagi...tak perlu lah susah payah pakai travel agent...redah aje le Cik Kiah weh..!

Dari Cologne ke Brussel, perjalanannya cuma memakan masa kurang dari 3 jam...Di Brussel kami akan menumpang rumah Pn Azida dan En Ikram...Azie my dear fren yang perkenalkan kami pada Pn Azida dan keluarganya! Perhubungan kami dimulakan dengan email meng- email laa...

Terima kasih buat Azida dan En Ikram kerana sudi menerima kami sebagai tetamu.





So..kami meneruskan perjalanan ke Brussel, Belgium.


Memandangkan berlaku perubahan jadual , maka kami terpaksa email Azida tentang hal ini...a very short notice given …Azida, very sorry about that!!

Dalam pada tu hati bimbang gak kalau2 Azida tak de kat umah atau punya jadual yang tersendiri…almaklumlah nak surf internet agak limited dari segi masa dan ruangnya..almaklum ..

Huh..kalau Azida tak de ..kes nanya..Mana nak digagau tempat tinggal ni!

Tapi ..Nasib baik semuanya dipermudahkan…Syukur kepada yang Maha Kuasa..dan thanks to Azie too…yang turut menolong I nun jauh dari Malaysia…nanti I beli u cokelat…ekkk..

Dalam dok menunggu hubby menelepon Azida untuk bertanya arah rumahnye, saya disapa oleh 3 orang backpackers …dari Kolumpo..katanya berkelana ke Europe untuk tempoh 10 hari…baru habis merayap ke London, Paris…katanya kat Paris .. hujan …dan mereka akan ke Amsterdam dalam hari sekian-sekian…olawei…ramah sungguh depa bercerita!Macam dah kenal 10 tahonn!

Nasib baik sepanjang waktu kami dok merantau ni…cuaca cantik jerr…dan saya sempat berpesan dengan depa…See u olzzz in Amsterdam…tata..titi tuuuuu..tuuu!

Hmmm…pada hubby I citer pasal kawan2 baru I tu..katanye..”U ni memang ler…mulut bertih!” Alahhh…agak-agak ler…lagipun tak rugi..mulut mesti manis…hati mesti baik ..Kawan mesti ramai, musuh jangan dicari!

Iyor lah tuuuu…




My Hubby and En Ikram


Ok..Mula tu kami bercadang nak gunakan tram..ke rumah Azida..tapi..pikir balik..ambik teksi lagi baik lah kot..dan Alhamdulillah kami sampai ke rumah depa yang cantik tu dengan selamatnye…siap dijamu makan nasi…yummi-yummi!


Pn Azida and Zie

Citer punya citer rerupanya..Azida and husband ni satu sekolah dengan I masa kat kolej  dulu..dan siapa sangka…kami berjumpa lagi kat Brussel! Cam mana boleh…bercinta ni? Cu citer…kat akak ko ni …kih...kih…Jangan le korang risau..Tak de nye..akak report kat Pn Semah, guru BM kami!

Adoiii…tiba2 teringat guru bahasa Malaysia I kat kolej ni dulu…Mana dia sekarang ni ekkk..Masa form 5, dia denda I basuh tandas…lama oiii sebulan…tulisan2 kat dinding2 semua disuruh bersihkan…bawak eraser..ingat sapu sampai berkilat!” Amuk nye!

Punca nye..I punya BM karangan dapat markah “below par” malu rase macam mahu nangis jer…Alah..memang dah nangis pun…Tak pernah I punya karangan kantoi tahu..dalam hati siap menyumpah…asal la cik gu ni buat aku malu macam ni! Macam nak lari balik ke sekolah lama…..dan-dan tu jugak! Emm.. Tapi tak pe lah…ingat2 balik…berkat ajaran cik gu jugak…saya sampai di sini pada hari ini..Thanks, cik gu!
Wah...bernostalgia lah pulak...bukan main panjang mukadimahnye! Ok la ...kita jalan lah pulak kami nak habiskan hari2 kami di Brussel ni ke beberapa tempat yang dikira menarik...jom follow!

Selepas mendapat penerangan panjang lebar dari Azida tentang macamana nak naik trem, metro dan pelbagai tips..kami mulakan perjalanan..


Kami nak ke Pusat Sains Atomium dan Mini Europe...berhenti kat Stesen Heysal ye..kengkawan!


Mini Europe ni terletak di Brupack, berjiran jer dengan Atomium


Mintak maaf lah kengkawan semua, we all tak masukpun ke Mini Europe ni...sebabnya..masa kat Shenzen, China dulu kami dah masuk...park yang gini gaye dan dah puas berposing dengan pelbagai bangunan "kerdil" ...dan rasenya tak ler banyak beza manapun..save budget!


Mini Europe ni reproduction of the most attractive monument kat Europe ni. Scale bangunannya adalah sekitaran 1:25...terdapat lebih kurang 350 bangunan yang merangkumi 80 bandar utama.



Bangunan miniturenya dibuat dengan sebaik mungkin untuk menyerupai bangunan asal..dan dikatakan depa ni telah menghabiskan uwang sebanyak 350,000 Euro semata2 nak membina monumen seakan Grand Place, Brussel...tu dia.. kalau di convert ikut duit kita...kira2 RM1.5 juta...


Park ini dibina ditanah berkeluasan 24,000m persegi dengan pelaburan awal sebanyak 10 juta Euro, siap dibina pada tahun 1989.


Dibuka dari jam 9.30 am sehingga 6.00 pm


Entrance feenya...ko orang cari sendiri ler..sebab..kita kan tak masuk kat dalam!


Kami jalan2 kat persekitaran aje..


Sambil menyedut udara segar..

Tak ramai pun orang kat sini...mungkin sebab awal pagi atau...mungkin jugak sebab buka musim cuti!


Terdapat 3 bahasa utama yang dituturkan kat sini, iaitu French, Dutch dan bahasa German..jadi agak2 le bahasa apa yang nak dipertuturkan dengan komuniti yang korang ketemu..hee..heee..


Mahu makan, snack?

 

Bila masa terbaik nak melawat Belgium ni?


Entah ye...some said the weather here is fickle...and when the sun comes out everyone is celebrates...heee..hee.. BTW, dengar citer masa yang terbaik untuk ke sini ialah between May to September..

Ok...kami nak gi tengok Pusat Sains depa yang macam bebola besi tu...


Ok..ok...dengar sini semoo...cehh...yo yo ooo..jer


Monumen ni dekat ajer dengan Mini Europe tu..dibina  pada tahun 1958 sempena World Fair...huaa... so canggih! Kite merdeka tahun 1957, depa dah pun maju gini gaye!


Atomium ini di reka oleh Andre Waterkeyn. Monumen ini berketinggian 102 meter...kalau naik ke atas boleh le tengok keseluruhan kota Brussel!



Korang nak tahu salah satu  idea asal adalah untuk membangunkan satu building versi upside down si Eiffel Tower kat Perancis tu tapi Waterkeyn berpendapat adalah lebih elok seandainya satu binaan yang lebih bersifat atomic didirikan bagi menunjukkan simbolik era kebangkitan zaman atom! Itu le...alwiz think out of box..ok!

 


Pada awalnya ia hanya mahu dibina untuk tempoh 6 bulan aje kat sini...tapi kekal terpacak lebih dari 50 tahun dan sudahnya menjadi salah satu tarikan pelancungan yang utama di Brussel dan dianggap sebagai simbol kemodenan arkituktur!


Meghilap-ghilap...macamana gamaknye depa bersihkan bebola besi ni ekkk..tahan karat u! Dah lebih 50 tahun ni!


Itu le korang...ni akak ko nak bagi tahu rahsianye!


Al kisahnya , pada bulan Mac 2004, Atomium ni telah mengalami pengubahsuaian secara besar2an..Tujuannya ialah nak tukarkan mana2 bahagian yang dah faded dan dan berkarat tu agar bersinar2! Tempohmasa pengubah suaian? Mungkin lebih dari 2 tahun..ekkk!

Apa yang depa buat diantara lainnya ialah menukarkan aluminium sheet yang membalut bebola tu kepada bebola tahan karat "stainless steel"...Jangan tak tahu depa ni pun bijak...Perbelanjaan pengubahsuaian ni memang memakan jumlah belanja yang besar!


Jadik? Kepingan aluminium tu dijual sebagai sourvenier kepada public. Satu keping aluminium yang berukuran 2 meter panjang telah terjual dengan harga 1,000 Euro! Hah...baru korang tahuuu...nilai barangan "antik" ni! Jadi jangan pandang sebelah mata..k

Psst...Agak2 kalo kepingan batu batan kat Penjara Pudu kite yang dirobohkan dulu tu, di jual  ...ada ke orang nak membeli nye?  Ahakss...who knows??



Akak ko ni takut gak nak "tempek" banyak2 gambar atomium kat sini..!


Bukan takut "hantu" nyerrrr!

TAPI... takut kena bayar royalti......sebab keluarga perekacipta Atomium ni dah register rekabentuk bangunan ni sebagai hakcipta terpelihara...Tapikan... akak tak gunakan gegambar ni utk tujuan komersial...tauuuu!  


Hak cipta terpelihara ini tercatat kat  SABAM( Belgian Copyright Company) 2010...Ingat tuuuu!






Ok le...kami nak gi melawat bandar nye lah pulak!

Korang mesti tahu citer patung famous ni kan...Akak tak nak story pasal macamana patung ni boleh didirikan kat sini...citer tu dah ramai orang story! Boring dah dengar kan...kan...kan!

Kalau tak ditunjukkan oleh Azida...mesti kami terlilau2 mencarinye..Ingatkan ia terletak kat bangunan yang besau gilerrrr... rerupanya..alahai ...kat penjuru bangunan tuuuuu...aje..silap2 tak terperasan pun!
Mannekin Piss

Pernah juga dicuri beberapa kali...maklum le popular! Berapa harga duit tebus nye? Entah jangan ko tanya akak soalan tu..akak lum study!
Jangan la korang heran tengok kali ni patung ni berpakaian la pulak..selalu nye  selamba "berbogel" tak tahu malu...kan!

Wei...jangan tak tahu...dia ada mak we tau! Azida dah tunjukkan kami mak we nye..tak le pulak I snap gambar tu..alah..tak cantik pun..kih...kih..Lupa nak cakap ...nama mak we nye tu...Jeanneke Pis .

Korang cari le kalau ke sini ..It is located on the east side of the Impasse de la Fidélité / Getrouwheidsgang (Fidelity Alley), a narrow cul-de-sac, some 30 metres long leading northwards off the restaurant-packed Rue des Bouchers / Beenhouwersstraat.

Dan ada kembarnye jugak..dok kat bandar Tokoshima, Jepun sana!

Patung batu ni dipakaikan baju beberapa kali dalam seminggu. Jadual bajunya korang boleh tengok..depa ada  a published schedule which is posted on the railings around the fountain kat situ!

Pakaiannya ni...huh..mewah ekk..consists of several hundred different costumes, korang boleh tengok "butik" yang menghimpunkan bebajunya ni..dipamirkan kat City Museum yang lokasinya terletak kat Grand Place.
 
Hmmm...sapa lah yang begitu rajin menjaga pakaian Si budak ni ekk!?

The costumes are managed by the non-profit association The Friends of Manneken-Pis, Persatuan ini akan memilih dari  beratus  designs baju yang dihantar pereka setiap tahun...mana2 pereka yang bertuah...terpilih le...sebagai pereka baju Mennekin Piss..hah..tunggu apa lagi kalau terasa diri tu kreatif...apa lagi...hantar design korang tu ...hantar jangan tak hantar!

Kat Belgium ni famous gak dengan cokelat dan wafernye tu...try le ..sodap!

Lagi please remember this.."If u are in Brussel, u must try the mussels" makanan lautnye...pehhhh! Sampai ari ni I dok teringat keenakan masakannya tuh!

Jalan punya jalan terserempak lak dengan Mat dan Minah Saleh ni berpiket...

Mereka berpiket secara aman...tapi bunyi bising mereka tu membuatkan I rase ngeri lah jugak kan!
Sebahagian jalan ditutup dan polis merata...
Dah macam jadi tradisi lah pulak...bila berpiket dan bercakap berapi-api maka kasut akan dilempar merata...

Lepas demo...ramai2 pegi cari kasut masut ni...mana2 yang boleh dipakai...sarung..aje idak pun jual borong!
Ok le...penat lah U!

Tapi...perjalanan kami mesti gagahkan jugekkk..

Lukisan  artis jalanan...cantik!

Kalau sudi ...boleh pilih dan bayar!

Ok ler...kami nak menjeguk pulak ke Grand Place atau disebut gak 'de grote Markt'
Dikatakan sebagai "One of the most beautiful town squares in Europe, if not in the world".
Saya terpana seketika tatkala berada di dataran berbentuk 4 segi ni...tak lah luas sangat tapi...bangunannya penuh berseni!
Hei..heiii..Posing aje lah...ada orang kisah!?

I like!
Hai...!

 
Brussel Town Hall

U all tahu tak...every two years in August tempat ini akan dihamparkan dengan permaidani bunga..."the carpet flowers"

 
Kalau tak cukup le dengan menengok beberapa pohon bunga yang dibuat jualan kat sini...
Puas hati??

 
I seronok kat sini...!

 
No worry...be happy!
Pemandangan bangunan2 ni dari pelbagai sudut...
Layan jer ..gegambar ni!

 
Berlatar belakangkan bangunan Guildhallls
Peace No War!



Guildhalls
I memang tak pernah puas tengok bangunan gini gaye!
 
The Maison du Roi (King's House), or dipanggil gak Broodhuis (Breadhouse)
Kenapa Breadhouse ekkk...entah ler!
Berasal dari rumah kekayu once upon a time..menjadi sebegini cantik..dan tanpa jemu menerima beribu tetamu sepanjang hari!

Tingginya kuda tu nak terbang!

 
Kecik aje tempatnye ...betuii tak!!
Kadang2 dia orang ada gak buat concert kat sini!

 
Nampak tak jam yang tergantung tu? Potong stim betui ler...Bangunan antik tapi jam macam moden narrr...tak sesuai tau!

 
Yang keng- kuning kat bangunan tu...kalau I cakap made from a  pure gold korang percaya tak??
Bergambar buat kesekian kalinyer...sebelum beralih arah untuk aktiviti shopping...yezza!
Alamak...shopping complex ni ramai betui Pak Arab + Pakistan+ Indian
Boleh tahan murah..barang2 depa ni!

 
Dan lepas tu... apa kata kite rilex dulu sambil pekena secawan hot cokelat ...!

 
Macam bangunan kat Amsterdam jer...

Worait...dah puas bergambar...macam2 gaye...besok kita gi jalan ke Brugge...jangan lupa, mesti rehat cukup2 !

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...