Kami cuma berada kat sini selama setengah hari. Kalau korang datang ke Belgium ni..di cadangkan selitkanlah aturcara lawatan ke Brugge ni sebagai salah satu lawatan wajib…tak do korang menyesal punye lah…
Emm.. dari Brussel ia cuma mengambil masa dalam 1jam 25 minit aje. Naik tren lah..Kena jalan ke dalam sikit ye..exercise..tak de nak sesat punya lah..just follow the crowd!
Yok ikut I melangkah masuk ke Brugge…Maksud I ke town nye..le!
Apa!! U all tak de banyak masa kat Belgium dan tak tahu nak pilih samada Brussel ke Brugge..? "Camana ni ekkk..any idea, my hero?"
"Tak susah mana my darling...u suruh dia orang ambil dadu, lambung dan ikut nasib sendirilah ye!"
…ahakss…a very good idea!
Kami jalan...pusing2 bandar depa ni...dont worry tak penat punya lah!
Worrait…Mengikut sesetengah pendapat Brugge ni macam bandar plastik “a fake city”…so artificial dan tak ada originality!
Pada pendapat I pulak…cantik ke tak cantik, suka atau tak suka… adalah satu hal yang subjektif, walau apapun orang.nak cakap...yang penting adalah kepuasan yang dirasai tatkala kaki melangkah masuk ke sini…
Kebijaksanaan pihak berkuasa negeri memanupulasi dan menjelmakan keindahan townnya mengikut gabungan medieval city berdasarkan idea lama dan baru ini telah menimbulkan cetusan keinginan para pelancung untuk terus mengerumuni dan berada di sini…aduss….apa ayat yang I gunakan ni? Berbelit -belit!
Sebelum akak terlupa, bangunan ni namanye Church of Our Lady.
Manakala …Brussel pula is more difficult. Very people love Brussel at first sight. Often becoz they don’t know where to go…hee...heee..
Ok …berbalik pula kepada Brugge ni, jangan tak tahu ada jugek yang menggelarkannya sebagai “The Venice of the North” Kota Medieval ini dianggap sebagai one of Belgium ’s Crown Jewel.
Kami suka dengan keindahan panorama kat sini!
Berbaloi...
Bangunannya banyak gak didirikan dipinggir air..
Entah apa ler nama bangunannya ni!
Gruuthuse Hof
Mereka menjaga kebersihan bandar ini dengan begitu baik sekali!
Sekali tengok macam Castle impian para "Cinderella"!
Atau tempat bertapa Puteri Rapunzzel dok tunggu puteranya!
Kenapalah pulak patung ni dibina gini gaye?
I nak u all turut merasai keindahan dan kedamaian yang I rasekan waktu dok kat sini...jom layan gegambar berikutnya ni!
Tak tahule...samada..."kampung" demo ni akan turut mengalami banjir kilat kalau hujan "mengganas"..almaklumlah cuaca kat Belgium nikan tak menentu!
Kalau mahu...boleh gak menyusuri sungai atau canal ni dengan boat pelancung...yang sememangnya ditawarkan kat sini..
I jengok2 gak kat air ni ada tak ikan..bukan apa ...dok terpikir bukan ke senang nak buat lauk...agak2 suka je...bukak tingkap dan halakan pancing ke canal tu...jimat belanja dapur!
Tapi...awas...takut crocodile yang memanjat diiding kome tu nanti...issyyy..tak sesuai...tau!
Nak tengok lagi...pemandangan yang so coooolllll?
I suka yang ini...sesangat...
Alangkah best kalau dapat snap picture yang gini gaye...dengan kamera yang lagi canggih dan sharp!Hmmm...
Konon...lah tuu...sebenarnya I nak tunjukkan apa yang korang patut jenguk dan shopping kat sini...jom..
Lace...tangguhkan pembelian any lace kat Brussel..borong kat sini, Brugge
Halus buatannya dan lebih murah! Tapi janganlah hangpa pegi bandingkan dengan kraf tangan made in Thailand ke, Indonesia ke atau China...tak sesuai tau!
Makna murah tu...kalau dibandingkan dengan harga yang dijual kat Brussel le..kalau dek non convert ikut matawang RM...still...mahal!
I "terpaksa" beli...walau Cik Abang...dok bagi amaran...lampu merah!Tak banyak mana pun ...sedozen jerrrrr!
My Darling: "Alah...kanda oiii...kalau kita bawak lace ni...tak berat manapun luggage kite tu...I takut kalau kite tak beli..nanti dok terbayang..dan nyesal giler bile balik kat Malaysia..U gak yg susah kalau I ajak u datang balik kat Brugge ni hah..."
My Hubby: "Hiii...tak kuasa!Pompuan memang selalu mengada-ngada...tau!Bab-bab nak mengempiskan RM..I ni..U memang bijak!"
My Darling: Muuuuuaahhh! !
Dan ..lagi I nak beli Tapestries...ni sikit bulih...dok!!!!!?
Aikkk...ingat kat Belanda jerr...ada terompah kayu gini gaye!
Kalau nak tengok macamana depa bikin candy pun boleh...percuma jerrr!
Clog?
Cuba le..
Boleh muat dalam 4 - 6 orang!
degap...degukkkk..
Kat sini gak ada pasar pagi...
Kedudukannya ditengah2 town ni..Brugge Main Square
Jom jengok..
Yokk..
Choppp..Ambik gambar dulu...
1,2...3 senyummmmmm!
Macam2 gak yang dijual kat sini..
Ada buah-buahan..
Dan macam2 lah...malas lak I nak menaip satu persatu...
Huaahhh...tiba2 I tengok hari makin mendung...dan sekejapan aje hujanpun menyapa...
Beli2...
Selamba...strolling..
Terkadang bile kat Belgium ni I sedikit confuse..gue ni dok kat Holland ke Belgium...kenapa?Sebab...selalunya bangunan yang gini gaye menjadi identiti...rumah kat Holland tu...
Betul tak?...Jika I salah...pada sesiapa yang tahu tu..boleh le tolong betulkan..
Kat sini banyak sekali kedai2 yang menjual barangan kraf tangan dan sourvenier..
Memang ralit kat sini...orang pun tak sesesak mana..
Hujan rintik2...
Tengok bangunan ni pun dah tengok macam corak lace la pulak...
Layan...
Walau kereta bersusun paku...tapi so far masa I pegi tu..free from traffic jam..
Di Brugge Main Square
Tugu
Brugse Boekhandal
Best nyer...
Kami beli beberapa helai T Shirt dan barang cenderahati kat sini ler...
Cantik..berseni!
Sebahagian dari canal yang terdapat di sini
Jika anda nak bermalam kat sini...saya tengok kat Brugge Main Square...banyak hotel nye..!
Lepas tu...boleh membeli belah sakan kat sini..
Tak pun sewa basikal...pusing2 keliling town..
Dah hampir sehari suntuk kami kat sini...kami nak balik semula ke Brussel..
Tapi...beli poskad dulu dan poskan kat sini..
Atau kat sini...
My hubby...tersenyum..ade citer tahuuuuu..
Tak tahan...terus "terketawa"...kenapa? Ade lerrr.....Syyyy...Rahsia!
Ok..sehingga jumpa lagi...tataa...titi...tutuuuuu..


0 Comments:
Post a Comment