Cake dari anak2 ku..thanks a lot
Semalam hari ibu...maka reramailah di antara kita yang turut bersuka cita menyambutnye dengan ibu tersayang. Ada yang ajak ibu secara exclusively.. berjalan2, ada gak yang belanja ibu ,bagi hadiah , tak kurang yang cuma mengucap salam dan ucap selamat manakala yang masih malu2 dan tak biasa nak mengucap...I love u mom, memberanikan diri buat julung kalinya...mengirim SMS atau MMS buat ibu tersayang.
Ada gak yang terlajak tak nak buat apa2 dengan alasan, Hari Ibu ni bukan budaya Islam, Melayu atau kitaran dari perayaan Kristian etc....atau mungkin gak terlupa dek kesibukan mencari harta dunia...atau memang tak berpeluang utk mengucapkannya kerana "tiada ibu"..atau memang tak reti nak merayakan hari2 bertema ni...bak kata orang ...lemas!
Atau yang pompuan tu pulak...mungkin gak...mereka tak nak rase sedih...atau gusar...atau makan hati..sebab..baik anak ataupun sang suami tak pernah membukak mulut to say ...I luv u Mom and happy Mother's day...salah sendiri gak kot...cuba pikir...kalau kita sendiri tak pernah nak dedahkan rahsia bagaimana rase kasih sayang kepada ibu diluahkan secara terbuka...macamanalah pulak anak2 kite ni..nak tahu macamana nak luahkah...hahhh..tahu tak pe!
Manakala bagi sang ibu..pulak ...bukan hadiah atau RM yang didambakan dari si anak...cukuplah ingatan dan ucapan tulus ihklas dari si anak bahawa ...ibu masih lagi dalam ingatan sang anak..walau mereka ni udah berkedut seribu atau is nobody!
365 hari dalam setahun..cuma satu hari yang kita namakan hari ibu!Bagi sesetengah orang kedengaran tak logik kerana pada kita setiap haripun hari ibu...betul tak? Maka perlu apa ditabalkan hari sekian...sekian sebagai hari ibu...bukankah ibu sering melekat di hati kita?
Tapi mungkin kita alpa...bahawa hati siibu akan gebu membunga jika sesekali kita meraikan mereka..Jika kita boleh celebrate birthday setiap orang yang rapat dengan kita...atau membeli pelbagai hadiah utk cikgu2 yang kita sayangi pada Hari Guru..maka apalah sangat jika kita turut meraikan hari ibu yang cuma setahun sekali tuuu..sebagai salah satu dari kalendar untuk kita sesama adik beradik berkumpul, membahagiakan sang ibu yang begitu banyak berjasa kepada kite..Kalau ibu jauh di kampung ...maka cukuplah..."flying kiss" kita hulurkan dari jauh!
Dan..di malamnya pulak..anak2 tambah satu lagi hadiah special untuk mama...jam kapal!..Thanks anak2 mama semua..I love u all..sepenuh jiwa raga..semoga anak2 mama membesarmenjadi insan yang berguna dunia dan akhirat!
Dan..di malamnya pulak..anak2 tambah satu lagi hadiah special untuk mama...jam kapal!..Thanks anak2 mama semua..I love u all..sepenuh jiwa raga..semoga anak2 mama membesarmenjadi insan yang berguna dunia dan akhirat!
Cubalah bayangkan betapa...sedihnya nasib orang yang tak punya ibu...atau tak pernah berpeluangpun untuk menyebut "ibu/mama/ummi/mummy..etc"..dan kita yang masih punya ibu masih lagi berkira2 samada perlu atau tidak...meraikan Hari Ibu dengan pelbagai modal alasan...
Dan cubalah pulak bayangkan pada mereka yang tak punya peluang untuk bergelar ibu...sudah pasti turut merindukan detik2 ini..
So...pikir2 kan lah sendiri!


0 Comments:
Post a Comment