Ok...masa utk membeli belah...kami tak de lah shopping beriya kat sini...sementelah tujuan utamapun cuma nak melancung...tapi bak kata orang ...walau tak memborong sakan ...tapi tak de salahnya kalau kita gi jenguk pusat perniagaan depa ni...sambil cuci mata sambil nengok budaya niaga omputeh...yok!
Hee...heee..menung sambil tenung...like mom like daughter...
Kami menyinggah di Harbour Town! Jangan tak tahu ...Harbour Town merupakan salah satu pusat membeli belah yang mengumpulkan pelbagai barangan berjenama dan tempatan dengan harga diskaun...
Bagi kaki shopping nak dok lama kat sini... maka boleh lah berkhemah dari pagi ke petangpun no hal...jika lapar...ada pelbagai jenis makanan yang ditawarkan dan jika boring apa lagi gi tengok ...movie kat Reading Cinemas 14 Screens Cinemaplex yang ada kat sini.
Kami makan kat satu restoren mamat Turkey...makan apa lagi...kebab + nasi...tapi nasiknye keras satu macam...mama tak lalu...tapi see..the daughter and the daddy...selamba jerk...licin!
"Issyyy...issyyy...manalah mama ni...di suruhnya kami habiskan ice blended dan tunggu kat meja ni sampai mama datang! Sudah nye mama dan Mie Tok sibuk dok keluar masuk-keluar masuk ke retail shop lots yang memangle banyak kat sini..."
Heee...heee..mereka dah hafal sungguh dgn top secret a.k.a top tips mama yang satu ni...kalau nak cepat melilau...maka anak2 akan mama belikan makanan ke minuman ...biar mereka ralit dan mama ada peluang "nyusur" barang 15-30 minit ...gi shopping kejap...tak delah berekor panjang...ke hulu ke hilir...
Huh...nasib dapat anak yg mendengar kata...jangan ikut tips ni ...kalau anak2 yang tak boleh diam...karang anak ke mana ...ibunya pulak ke mana...nanya...Cik Kiah wehhh!
Terdapat lebih dari 129 out let barangan buatan tempatan dan pelbagai jenama antarabangsa yang ada di jual.
Pelbagai design bag, jam, perlatan sukan etc..dengan harga diskaun...yang baguih..almaklumlah semua barang yang dijual kat sini disyaratkan memberikan diskaun bagi barangan keluaran mereka...jika ada yang langgar peraturan ni...alamat le...bagus ekkk...bagi tujuan tarikan pelancung. bisnes strategik yang baguih...
Masa niaga mereka:
Monday to Wednesday : 9.00 am to 5.30pm
Thursday : 9.15 am to 7.00pm
Saturday : 9.00 am to 5.30pm
Sunday : 10.00 am to 5.00pm
Matawangnya? Kita guna AUD…masa kami poi agak lumayan mahal AUD1.00 bersamaan dengan RM3.26….murah lagi kalo gi United States …kih…kih…
Climate kat sini?…Secara ringkasnya boleh le disimpulkan macam gini:
Spring : September to November Suhunya 15°C – 25°C
Summer : December to February Suhunya 20°C – 28°C
Autumm : March to May Suhunya 16°C – 26°C
Winter : June to August Suhunya 11°C – 21°C
Kalau penat..mahu ronda sekeliling...maka naik ajelah tren ni..pusing2...sampai pueh...hati
Ada gak supermarket kat sini...
Semua orang senang hati...
Maka apa kata ..tengok aktiviti kami kat Carrara Market la pulak...
Kami dah menapak ke Carara Market ni seawal jam 7am...korang bayangkan masa tu jam 5am…waktu
Dibuka cuma pada hari Sabtu dan Ahad. Kalo kat tempat kita ala2 pasar pagi ke pasar Ahad ke..Free Entry dan free car parking.Dikatakan sebagai a bargain hunter’s paradise with unlimited variety of products…aduhaii…Sorry to say..indah iklan dari ghupa..
Suka pelihara burung, rabbit dan lain2...kat sini ada dijual sangkar nye..
Mie Tok sedang pilih...sling bag utk Abby..
T.Shirt pun banyak dijual kat sini...macam2 ghupo!
Carrara Market ni di buka setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 7 pagi hingga 4 petang.
Courtesy bus dengan bayaran serendah AUD1.00 ada disediakan di beberapa pick up point. U all semaklah sendiri..k. tak jauh mana dari Surfer Paradise.
Kami datang pagi...senang dpt parking..
Macam-macam ada...
Barangan kraftangan...
Produk tempatan...madu...candies...sabun..
Dah abis...merayau kat Carrara Market...kita tengok pulak apa yg ada kat Pacific Fair Centre...
Di gedung membeli belah Pacific Fair
Merupakan sebuah pusat membeli belah yang seakan2 Jaya Jusco kat tempat kita ni.Ada pelbagai kedai yang merangkumi lebih dari 300 outlet termasuk gedung membeli belah Myer, cinema, café reataurant dan macam2 lah...
Banyak bank kat sini...Nak tukar duitpun boleh gak...
Kedudukan Pacific fair ni.. just berhadapan dengan apartment yg kami duduk kat Broad Beach atau jika memandu dr Surfer Paradise ia akan mengambil masa lebih kurang 8 minit..je
On the way ke Brisbane...singgah kat sini sat..Ware House sale for Golf equipments.
Banyak kedai jual peralatan "Golf" kat sini..kekononnya dilabelkan sebagai warehouse sale...tapi ukkkk...tak semengah mana.
Ooo..ya..Kat Gold Coast ni ...jika masih tak puas hati bershopping...anda juga boleh mengunjungi Robina Town Centre atau Circle on Cavill.Kami tak sempat nak poi ke sini sbb kesuntukan masa. Nak mengejar masa ke Brisbane...!
Ini diselitkan ...Surfer Paradise di waktu malam..agak happening berbanding tempat lain...kedai2 nya dibuka sehingga malam...jam 9.30mlm pun masih ada yang setia berjualan dan kebanyakannya adalah orang Asia..
Di Brisbane ..kami cuma pergi sekejapan...jer..sebab sampaipun dah agak lewat..dan kami byk menghabiskan masa di Direct Factory Outlet (DFO)
Terletak berdekatan dgn Brisbane airport, dibuka setiap hari dari jam 10am sehinggalah 6pm.Kalau dari airport, pegi ke kaunter pertanyaan dan tanya kat mana stesen bas mrk. Kalau tak silap saya, kat level 2. Kenapa…sebab ada perkhidmatan bas percuma dari airport utk ke sana .
Bestkan kalau KLIA kita pun ada pusat DFO gini gaye …tax free…sediakan bas percuma, so for those yg transit dan punya masa lebih kurang 4-5 jam boleh le buat pilihan utk menjenguk barangan bebas cukai atau barangan buatan Malaysia…boleh menjana ekonomi…lagik! Lagik…bukan pelancung ajer…kita org tempatan ni pun…pasti suko bebeno berkunjung kat situ..jamu mata!
BTW kat DFO Brisbane ni macam2 bendalah dijual kat sini…tak tersebut…dan tak tertaip! Jika anda berkesempatan ke Brisbane…jangan tidak2 singgah lah kat sini...
On the way back dari Brisbane kami sempat nyinggah kat Surfer Paradise sat...berbanding Brisbane..barangan cenderamata yg dijual kat sini lagi murah dan lebih banyak pilihan la..kan..And jgn tidak2...mesti singgah kat Hard Rocknya untuk "mengutip" fridge magnet..
Begitulah ...al kisah siri pengembaraan kami sekeluarga ke Gold Coast...6 hari 4 malam...macam2 nak ditengok tapi apalah sangat yg boleh diteroka dalam masa 4 hari tukan..BTW..Alhamdulillah..semuanya suka hati.
Cuma jika anda yg sukakan scenery...pada pendapat saya..tak banyak pemandangan yang menarik yg boleh dirakamkan di sini..mungkin kerana kami lebih tertumpu di pusat bandarnye aje..
Ok..jumpa lagi ..


0 Comments:
Post a Comment