10 Q WITH 1000 SMILES

Thursday, 21 July 2011

SITI ROSMIZAH :LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


Novel karya Siti Rosmizah ni pun best! Saya beli masa kat "bandar " last week.

Bila baca tu..Sambil gelak sambil genang-genang airmata...kalau tak tahan boleh merembes...

Menceritakan tentang kisah anak2 Tengku Korporat dalam menyelusuri hidup.

Si bungsu dibuang sang bapa kerana terperangkap dek jiwa kacaunya yang mengatakan si anak pembawa sial.Si Sulung (yang agak cengil ) yang bercinta lebih 5 tahun dengan pak we yang juga merupakan sepupu mereka merelakan perkahwinan yang di wasiatkan oleh bapa pak we nya dengan si bungsu.

Maka bermulalah cerita sedih campur lawak jenaka yang di bawa secara bersahaja oleh karektor yang telah diwatakkan oleh Si Penulis.

Cuma...bila dah agak ke tengah sikit...bacaan saya agak terganggu kerana merasakan plot yg di bawa seakan2 meleret dan sengaja diada2kan utk menebalkan muka surat.

Apa2pun...saya masih enjoy membacanya..Belilah..tak do menyesal punyalah!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...