Hari minggu... Macam biasalah walau jam dah menunjukkan angka 10am pun ...anak2 masih ralit berselimut...berlingkar...sakan. Saya biarkan aje. Sunyi rumah sekejapan ...
Nak ngomel sikit pasal ari tua..maksud tua kat sini ialah...pabila usia menjangka usia pencen.Tak tahulah samada kala tu masih sempat idup atau...usia udah "tamat perkhidmatannya".
Bukan pasal duit yg nak dingomel dan bukan jugak pasal anak cucu...tapi pasal "perkongsian hidup"... terutama bagi mereka yg bergelar suami isteri...berbahagialah hidup kalau mendapat pasangan yang " susah senang hidup bersama"..
Tapi jika yg cuma mahu berkongsi waktu senang semata...cigana tu? Hidup bersama sampai ke tua semata2 kerana desakan tanggung jawab...tanpa disulami perasaan kasih sayang..kerana perasaan itu telahpun mati bersama usia yang makin menginjak!
Suramnya hidup..bukan?Sorang mengarah ke utara sorang ke selatan. No communication. Dalam hati dok sering bertanya..bila agaknya bapak atau mak hang ni nak di jemput Allah!!!!Subhanallah...
Emmm..tak de sapa yang tahu meramal masa depan...tapi apa yg diharapkan apabila usia...melewati usia emas..adalah utk mengharungi satu kehidupan yang harmoni...menjalani ibadah buat bekalan bersama..menikmati sisa2 hidup dengan penuh positif. Saling redha meredhai dan kasih sayang itu berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Nampak seperti satu permintaan yang mudah..tapi percayalah ia bukan semudah apa yang dituturkan!


0 Comments:
Post a Comment